Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Tag Archives: tempat makan melaka

Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka

03/10/201502/11/2017

Hai. Rindu pulak menulis. Bestfriends saya datang Melaka minggu ni jadi kami spend banyak masa juga chit chat. Bila orang datang mestilah nak makan kan. Saya selalu sangat orang tanya, Ana, kat Melaka ni makan apa aje yang best? Tempat makan asam pedas mana yang best dekat Melaka ni? Atau, Nak pergi mana jalan mana aje kat Melaka ni?

To be frank, saya ngeri kalau orang tanya soalan-soalan macam ni haha.

Meskipun rasa cinta saya kepada negeri Melaka ini sangat dalam, tapi saya bukanlah tourist guide yang baik. Ini selalu buat saya rasa bersalah yang deep-deep tau. Yalah orang tanya nak jalan mana saya cakap jangan datang waktu cuti sekolah/ weekend dekat Bandar Hilir sebab jammed. Lagi-lagi orang nak tanya makan mana best di Melaka, saya ni simple sangat makan tak kesah. Comfort food saya Thai food set tomyam putih kawkaw pedas punya. Tapi apa-apa makanan pun menenangkan saya, asalkan bersih tempatnya, rasanya ok, oklah tu. Pretty boring kan saya ni haha.

Sekolah kat Muar dulu budak lelaki kelas selalu cari pasal dengan saya kutuk-kutuk team bolasepak Melaka. Lepas tu cakap negeri Melaka ni paling tak cerdik pergi buat kapal jadikan muzium tak belayar. Saya memang bengkek aje dengar. Lama-lama, saya sedar memang team bola kita sendu haha dan kapal tak belayar tu kelakar juga. Dulu sanggup tu bertekak-tekak merajuk-rajuk haha. Garang tapi kuat merajuk acaner tu hehe.

Jadi, selanjutan blog ini dah nak setahun, saya decide untuk wujudkan satu kategori pelancongan negeri Melaka. Tapi saya suka sesuatu yang lain sedikitlah. Maybe tempat yang jarang orang sebut juga. Unsung places (tempat tidak popular). Saya kalau ke mana-mana suka street food, warung ke. Iyelah nak kata saya cheapskate pun boleh. Kadang-kadang kita travel pun dengan anak-anak, rasa nak makan rilek-rilek juga takde nak protokol sangat. Ketawa riang-ria laki bini gosipkan orang meja sebelah haha. Travelling sekarang pun bukannya murah kan. Jadi mungkin ia ketengahkan pelancongan my style. Saya jenis suka pergi tepi laut tapi tak mandi pun. Saya tenung matahari terbenam tu gayanya macam sasterawan negara nak hasilkan puisi sepanjang zaman. Saya suka pergi berehat tak kiralah mana pun, asalkan tak bersesak sangat, tak skema sangat, dan saya sekeluarga enjoy.

Oklah intro tu tak tahan. Kali ni saya kongsi satu tempat makan asam pedas di Melaka yang boleh tahan sedap dan murah di Duyong, Melaka. Tempat ni dalam 10 minit dari rumah saya jadi kalau pergi call saya ok.

kedai asam pedas kak su
Inilah signboard Kedai Asam Pedas Kak Su di Melaka

 

kedai asam pedas kak su
Kedai Asam Pedas Kak Su 2 tingkat tapi bawah aje dibuka. Atas tu kalau ada booking rasanya.

Masa sampai kedai ni penuh kereta bas semua. Jenis makan berjam-jam dengan Normah dari pukul 2 lajak ke pukul 4 sampai semua orang dah balik haha. Si Normah menceritakan pelan-pelan perniagaan dia (macamkan saya ni terer sangat??) sambil melantik saya menjadi pegawai pemasaran Instagram Lemari Bhaju dia. Kau biar betul Normah. Akaun instagram pun baru nak create malam ni ( hint ni uols iols nak ada ig 😉 ).

kedai asam pedas kak su melaka
Jenis-jenis asam pedas di kedai Asam Pedas Kak Su. Lauk lain dan ulam-ulaman pun ada juga. Semua kampung style

Sebenarnya tak semua orang Melaka terer makan asam pedas. Saya asal dari pekan Masjid Tanah, kami lebih dekat dengan Negeri Sembilan. Asam pedas ni lebih kepada orang di area Bandar Melaka. Lepas kahwin dengan orang bandar barulah saya terdedah makan asam pedas ni. Sebagai pencinta apa jua makanan halal hehe, saya suka juga tapi tidaklah cerewet sangat. Kuah dia kalau betul-betul pekat, kita makan tu nak tersedak juga sebab terlalu berminyak. Bergantung kepada kedai dan tukang masak juga. Tapi kedai Asam Pedas Kak Su ni ok. Ia just nice. Budak-budak or orang tua manja dewasa yang tak makan pedas pun boleh makan.

Jadi mana testimoni gambar asam pedasnya?

asam pedas kak su melaka
Asam pedas daging kak su melaka

Saya kan segan sebenarnya ambil gambar kat kedai. Ini pun sebab datang dengan Normah plat kereta KL jadi rilek aje ambil gambar. Normah kata saya sepatutnya ada kamera spy tersembunyi macam pen atau klip kat tudung. Barulah food blogger. Motif nak ada kamera gitu? Nak ambil gambar deretan asam pedas dan lauk pun masing-masing segan tadi sebab ramai orang tengah beratur. Takut pulak dikecam masyarakat marhein sekitar. Orang tengah lapar beratur kau nak ambil gambar, nak kena hempuk ke haha. Oh saya pun nak belajar ketepikan perasaan malu tak bertempat ni bermula dari bulan ini. Ya sempena blog ini dah setahun. Sayang blog ni deep deep walaupun jarang menulis lepas ni.

Oh yang saya ambil tu lauk asam pedas daging berlemak. Yang lemak-lemak tu paling best fuhh. Saya makan memang kena ada sambal gitu, nasi separuh aje tak boleh banyak nanti gemuk —> macamkan kau kurus sekarang. Tapi memang sedap asam pedas dia tak lah pekat atau cair sangat. Harga pun ok kitorang makan berduet rasanya belas-belas ringgit aje siap air —> Normah belanja. Duduk lama sangat top up ambil keropok sambil bincangkan pelan perniagaan Normah.

Ha jangan tak tahu kedai ada ni ada facebook uols. KLIK SINI! Nampak pulak si Normah tag nama saya kat situ.

Untuk cari kedai ni ia di Kampung Jambatan Duyong, Melaka. Jalan menghala ke Semabok. Tepi jalan besar sahaja sangat mudah cari. Jalanraya depan tu ada pokok-pokok kayu besar yang rimbun  dan meredupkan sepanjang jalan. Owner baik setakat tadi siap terangkan masa bayar Ok daging ni 3 ringgit ya, ikan pari 3 ringgit… Gitu.

Saya suggest Kedai Asam Pedas Kak Su di Melaka ni kalau anda nak cuba asam pedas yang sesuai untuk seisi keluarga.

Oh ya kalau nak try tempat makan Yong Tau Foo best di Pantai Puteri Melaka, boleh baca dan lihat gambar DI SINI.

Bye. Tetiba buat ending sebab takde idea pulak. Lapar. Nanti ada review tempat mandi laut juga. Sebab ada orang tanya. Terima kasih baca post Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka ni.

Kalau korang nak bercuti tapi malas nak drive (nak fly yang senang dan affordable) KLIK SINI untuk baca cerita saya ok. Bye!

5 Comments

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • Malaysia Best Blog 2015
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes