Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Tag Archives: diy home decor

Projek diy spray meja kopitiam

17/07/201618/07/2016

Salam dan hai. Selamat Hari Raya. Dekat 14 hari tak update blog nak bersara ke apa hehe. Rindu juga nak update tapi saje letak syarat siapkan artikel dulu baru boleh post dekat blog. Kalau tak dipaksakan macam tu memang takkan siap dan hegeh-hegeh forever. Ok saya kejar lunch time ni jadi saya update Projek diy spray meja kopitiam saya yang sudah lama digembar-gemburkan itu. Terima kasih kepada pembaca entri deko-deko blog ni. Tetiba terfikir nak kena tukar niche blog ni kepada deko ke. Dah dekat 2 tahun blogging barulah kau nak terpikir niche blog bagai T_T. Buat dicemuh guru-guru internet marketing akak aje hurmmm hehe.

(*niche – kelainan/keistimewaan dalam konten)

Baiklah oh time is running out. Gambar-gambar ini menurut turutan ye. Semua gambar adalah ihsan Dak Papa yang sentiasa memahami keperluan isteri untuk menulis/blogging. Bak kata pepatah happy wife, happy family. Gittew.

1. Mestilah kena ada meja dulu

projek diy spray meja

Baiklah meja memang nampak sedih. Tapi inilah meja yang telah menerima sentuhan kasih-sayang dari Kak Dalin. Bukan auntie ok, ka-kak hehe.

2. Mesti ada kertas pasir

projek diy spray meja 4 - kertas pasir

Kertas pasir ini untuk menggosok dan meratakan permukaan yang akan dispray. Wajib okey.

3. Gosok pada permukaan hingga berpuas hati

projek diy spray meja

Ini meja setelah digosok. Memang tak banyak beza tetapi dia dah ala-ala flawless gitu. Kalau yang perempuan susah nak faham macam mekap lah khens, lebih flawless lebih cantik meletop-letop tahan lama gitu.

#nampaksangatbukankauyangspray

4. Letakkan di kawasan terbuka untuk spray

projek diy spray meja 6

Macam ni kami gunakan alas tapak palet sebagai tapak. Cuaca yang panas lebih baik, lebih cepat kering.

5. Gunakan spray dan cat yang sesuai

projek diy spray meja

Kami gunakan cat ini yang mencukupi untuk diy spray satu meja dan 4 bangku. Harga RM20 setin (1 liter).

projek diy spray meja

Ok spray ni dipanggil spray gun baru saya tahu rupa-rupanya ia berharga ribuan ringgit. Minta maaf sebab selama ini saya ingatkan tidak sebegitu mahal. Ok alternatif yang boleh digunakan adalah minta kedai perabot untuk spraykan. Oh tapi Papa cakap ada alatan macam ni harga ratusan ringgit sahaja. Ia macam portable atau kecil sedikit (*nanti saya update). Boleh tanya di kedai hardware. Guna spray gun lebih jimat berbanding tin kecil (setin RM7.90) sebab nanti perlukan banyak tin untuk perabot yang besar seperti meja atau almari dan penat juga nak spray. Meja begini kita perlu layer cat juga supaya lebih kemas dan jitu kemasan cat yang terhasil nanti. Dah kenapa kau macam penasihat cat Jotun? Jika guna spray kecil begini sesuai untuk objek yang kecil-kecil juga seperti lampu.

home decor ideas - DIY spray

6. Mula spray dengan sekata

projek diy spray meja

Entah kenapa gambar ni macam seram pulak haha. Dah nak senja sebenarnya masa ni. Biasanya kami spray 2 atau 3 lapisan begitu supaya lebih kemas hasilnya.

Baiklah ini hasil meja yang telah dispray sebelum Ramadhan.

projek diy spray meja

Kami tempah cermin bulat di kedai dengan harga RM50 sahaja. Tip untuk tempah cermin adalah lebih baik bawa meja tu ke kedai untuk kedai ukur. Sebab ada meja empat segi yang berbucu bulat, atau ada yang bahagian atasnya lebih kecil sedikit (macam meja saya ni) jadi kedai agak cerewet juga waktu terima tempahan. Bukan apa kalau dah potong nak kena adjust balik nanti jadi mahal pula. Dah tu takde kerusi ke meja weols ni T_T???

Sebenarnya ada 3 bangku kopitiam tapi gambarnya tak berapa berkenan di hati hehe. Nanti saya share lain kali ya. Total makeover meja ni RM70 sahaja untuk cat RM20 dan cermin RM50. Satu tin cat boleh mengecat 1 meja dan 4 bangku kopitiam.

Ok tip untuk guna barang lama dan deko secara bajet banyak saya perolehi di sini. Alam Anuar adalah designer yang bagus sangat sebab dia ajar kita untuk menghargai barang-barang lama. Tak semua designer ajar kita perkara ni ada yang tunjukkan barang-barang yang mewah sahaja. Bagi saya projek diy macam spray perabot ni berikan kepuasan juga kepada orang-orang macam saya. Tidaklah perfect sangat, tapi functional untuk kita sekeluarga. Meja ni patutnya guna untuk anak belajar tapi selalu guna untuk breakfast juga sebab dekat dengan tv. Ada plan nak deko lagi living room ni tapi nantilah dulu tunggu free sikit.

Sampai jumpa lagi di entri makeover yang lain. Boleh tinggalkan komen jika nak bertanya. Terima kasih sudi baca entri Projek diy spray meja kopitiam saya. Bye!

1 Comment

Tip shopping barang deko di Kaison

04/04/201504/04/2015

Hai. Lama rasanya tak menulis Berkurun-kurun rasanya hehe. Minggu ni saya demam. Demam nak mendeko rumah. Selain menulis, saya sukakan “dekorasi”. Bila lama tak buat, rasa macam tak lengkap hidup saya. Macam saya janjikan dulu, saya nak share tempat membeli frame atau bingkai ayat motivasi dan meaningful words. Saya sukakan quotes juga. Tapi, tulisan, quotes semua ini hanya beri petanda, pokok pangkalnya hati kita juga. Bacalah 4044 quotes pun, kalau tak diizinkanNya, hati keras, tak boleh juga kan. Usaha + doa jangan lupa 😉 .

Tempat yang saya nak share untuk deko yang cantik dan murah adalah Kaison. Sejak dia dibuka di Melaka, hati saya berbunga-bunga. Papa memang faham kalau saya masuk saya akan merenung di setiap lorong dan barang. Kadang-kadang dekat sejam kot kat situ. Deko dia moden dan cute untuk seluruh rumah, dari frame sampailah ke bunga-bunga. Bantal, carpet pun ada. Harga bagi saya ada yang murah dan mahal juga. Pergi ke tempat begini, kalau ikut Panduan Dekorasi, tetapkan bajet anda dahulu. Kali ni saya tetapkan RM30 sahaja.

deko bajet
ala comelnya frame-frame deko ni.. lemah badan haha

Selain dari bajet, kena tetapkan kod warna juga. Saya kalau ikut nafsu, nak beli yang life is beautiful tu. Cantik kan. Malangnya saya ni memang ayat tu berbunga-bunga kadang-kadang, tapi bab deko saya suka yang simple sahaja. Minah bunga tak suka bunga, macamana tu 😉 .

deko frame kaison
oh ada frame deko untuk home juga. Biru tu saya suka. Pitam!

Walau bagaimanapun godaan yang tiba, berpegang teguh kepada bajet dan juga kod warna kita ya. Nak tahu kod warna kesukaan anda senang aje, lihat deko rumah anda, banyak warna apa. Warna apa yang bertahan paling lama di rumah anda? Yang selesa anda lihat hari-hari. Itu je.

deko frame
frame untuk deko ni ada dalam pelbagai saiz juga

Oh lagi satu pastikan saiz tempat yang anda nak letakkan frame juga. Jangan nanti beli terlalu besar pula. Saya selalu ukur saiz dengan letakkan siku di kawasan yang nak diletak frame. Kira sekaki lah kalau dari hujung jari hingga siku tu kan. Memang old fashion habis. Ingat dulu cikgu Maths darjah 5 ajar sekaki gini. Semeter gini. Pemalas tersohor aje still guna gaya ukur macam ni haha.

deko frame
deko frame untuk family dan BFF pun ada 🙂
deko frames
ini deko motivasi. Termotivasi tak? Sape tak termotivasi memang hati keras 😉
deko love
deko ayat cinta pun ada

Ha siapa nak lebih kreatif cuba hantar ayat cinta kepada yang tersayang Aloha Au Ia ‘Oe. Biar dia google hehe.

Tapi banyak-banyak ni apa yang jadi pilihan saya untuk projek deko kali ini? Dapatkah saya mengikuti bajet saya iaitu RM30, saiz dan kod warna yang sepatutnya? Hmmm….

dekorasi bajet
saya pilih frame deko ini
deko love
dan wording love ini….

Oh nampak pulak dinding saya yang retak hehe. Frame harga RM11.90 + LOVE harga RM7.90 sahaja. Total RM19.80. Harga termasuk GST di Kaison. GST tengah trending, kenalah sebut khen!

Dan, hasilnya saya deko di tempat saya menaip sekarang….

deko bajet
dekorasi bajet style saya

Simple aje kan. Kod warna saya adalah hitam, putih, kelabu, cokelat. Saya suka merah tapi sedikit sahaja. Ironinya saya ni berani tapi ia terpendam di lubuk hati saya yang paling dalam chehwah haha. Oh mug tu saya ambil di stor. Buat apa nak beli tempat letak pen mahal-mahal uols, ambik aje mug tak pakai kat dapur tu. Kalau beli pun baru RM3 kot yang cantik-cantik kat supermarket.

Kaison ni ada cawangan di Klang Valley (Paradigm Mall, KL Festival City, Sunway Putra Mall), Melaka (Mahkota Parade), Perak (AEON Sri Manjung), Sabah (Putatan, 1 Borneo, Centre Point, Imago), Sarawak (Vivacity Megamall, Kuching). Alamat sila google sendiri uols. Ni nampak kat belakang resit aje hehe.

Ok itu aje. Sebenarnya semua panduan ni saya dapat dalam ebook Dekorasi Bajet ni. Saya rasa ia memang suit sangat dengan style saya sebab saya suka DIY dan tak reti beli barang mahal-mahal untuk deko. Saya suka ia ringkas, murah dan cantik style saya. Tip yang diberi tu memang kena sangatlah dengan keadaan ekonomi hari ni. Designer Alam tu ajar kita secara teratur untuk, PLAN YOUR PURCHASE. Jangan membazir. Barang free dan murah boleh kita dapatkan kalau kita tahu bagaimana caranya. Berapa banyak barang yang kita beli tapi tak guna pun, kan?

Ok jumpa lagi nanti. Jag alskar dig—> cuba cari makna dia hehe 😉

deko drame
lets coffee talk about happy things
15 Comments

Tip deko ruang terhad @ sempit

25/03/201531/03/2015

Hai. Saya kan ada dapat perabot free hari tu. Dah spray putih. Tapi tak tahu nak letak di mana. Cuba di laundry area, last-last letak di dalam rumah. Ada beberapa sudut @ corner di rumah saya ni kosong juga. Saya plan untuk deko ruang terhad ni, sambil cari idea di internet. Tapi, memang tak sempat nak letak hiasan apa-apa lagi, sebab minggu ni dah mula sibuk. Sudut ni gelap pula jadi susah nak cari angle gambar yang terang. Sebab tu gambar ni banyak bayang.

tip deko ruang terhad
bagaimana nak deko ruang yang terhad?

Kerusi tu memang tak sama bentuk tapi takpelah konon style designer haha. Asalnya ada meja kecil aje di sudut ni tempat letak modem dan telefon rumah. Cermin besi tu saya beli di IKEA 10 tahun lepas, dan masih tergantung di tempat yang sama. Turunkan bila tukar cat area living room ni aje. Area lain dah penuh juga, saya pula tak suka perabot banyak-banyak. Para kayu tu biasalah Papa ambil kat rumah mak mertua saya dalam stor. Sebab tu macam dah lusuh juga. Lilin vanilla dalam cawan tu beli kat IKEA 5 tahun lepas tak habis-habis. Dulu takut anak main masak-masak tak sedar. Sekarang pulak takut terlupa mengantuk terus tidur lupa nak padamkan. Takde mana nak romantik-romantik lilin-lilin ni bila ada anak. Propa aje Eric Leong tu letak lilin banyak-banyak —> dengki 😉 .

Kalau ikut style dekorasi bajet, kita kena survey dulu apakah style yang kita suka. Apa keperluannya? Macam saya, ruang ini boleh jadi coffee corner @ tempat minum kopi. Papa kadang-kadang dia comel dia masakkan saya maggie in cup, sebab dia tak reti masak yang lain. Kadang-kadang dia belikan burger dan kita lepak masa weekend sambil coffee talk. Bila dah ada anak, tak semua cerita kita sempat update setiap hari. Kadang-kadang dia faham saya cerita pasal blog, penulisan etc, kalau tak pun kami buat-buat faham aje cerita masing-masing. Faham komen. Tak faham diam angguk-angguk aje. Itu teknik dia hehe.

Saya plan untuk ruangan ni hiasannya simple sahaja. Ia memang akan kosong sahaja supaya sesiapa sahaja boleh guna. Boleh blogging, ipad-ing, homework-ing, charging, coffee-ing, telefon Mak kat kampung. Apa sahaja. Tapi nak deko ruang terhad begini dengan apa? Takkan nak kosong sangat kan?

tip deko ruang terhad
boleh deko ruang terhad dengan frame dan bunga comel

Idea deko ruang terhad dengan frame buat notice board pun comel. Kalau deko elakkan beli hiasan yang terlalu mahal sebab bila kita rasa nak tukar-tukar nanti taklah rasa serba-salah sangat. Bukan senang nak carik duit uols 😉 .

tip deko ruang sempit
lebih ringkas deko ruang yang terhad, lebih sedap mata memandang

Saya suka lampu putih tinggi tu. Ia jimatkan ruang, maknanya kalau kita nak menulis/menaip ke di bahagian bawah tak terusik pun ruangnya. Kalau dalam ebook ini, ada disebut pilih lampu yang mempunyai cahaya kuning, berbanding putih kerana ia akan menerbitkan suasana cosy. Wah siap nak guna perkataan menerbitkan haha. Saya personally memang suka night lamp. Rasa tenang walaupun ia taklah terang sangat.

tip deko ruang sempit
boleh deko frame dengan ayat motivasi juga

Saya cadang nak “deko ruang terhad” begini dengan frame ayat motivasi juga. Simple aje. Yelah kadang-kadang tu kita rasa malas dan letih sangat juga kan. Ada 1 tempat ni lubuk frame cantik-cantik macam meaningful words dan motivation juga. Murah pun ya. Nak pergi takde masa pulak T_T. Nanti lain kali saya share.

Untuk DEKO RUANG TERHAD @ SEMPIT, tanya diri anda, nak buat apa di situ. Membaca? Ruang simpanan? Siapa yang akan gunakannya? Apa peralatan yang perlu seperti lampu, plug untuk charge bateri handphone/laptop/ipad. Letak alatan yang perlu sahaja. Jadi diri anda sendiri dengan tidak terikut-ikut style orang lain. Ikut bajet sendiri dan tak apa kalau pun ia mengambil masa. Saya dapat perabot untuk ruang ini percuma sahaja. Rezeki saya dan juga ikut panduan di Dekorasi Bajet. Take your time and enjoy decorating. Nanti bila dah siap deko sepenuhnya sudut ini saya share lagi ok. Bye.

7 Comments

DIY Project Cuti Sekolah dan 3 Idea Deco SOHO anda

22/03/201531/03/2015

Assalam. Besok dah nak sekolah. Seminggu rasa macam sekejap aje. Semalam ke taman tema seharian, lepas tu hari ni ada ujian grading taekwondo Aiman. Bawa pula pergi gunting rambut sebab rambut dia dah panjang. Bila gosok baju sekolah pula perasan sampin sekolah agama hilang 1, t shirt singlet satu takde, stokin tinggal 2 pasang (daripada 5). Mesti tertinggal rumah Atuk bila Atuk tolong ambilkan dia di sekolah. Adik pulak cekak rambut dia semua patah, pergi beli juga. Tiba-tiba alasan cekak patah, basah sebenarnya jeles abang nak pergi beli barang. Sampai kat kedai Aiman tiba-tiba pulak teringat nak kena beli t shirt PBSM. Hurmmmm…. Sibuk juga bila penghujung cuti sekolah begini. Tapi saya ada DIY PROJECT tau. Ia tak dirancang pun, kebetulan dapat.

diy project 2
Dapat 2 kerusi ni untuk diy project saya
diy project 1
meja ni pun sama untuk diy project. Ia tinggi daripada biasa, sama macam kerusi tu

Agak-agak apa projek saya untuk DIY Project? Ada banyak juga idea ni. Saya dah spray eh Papa yang spray hehe. Tapi hasilnya nanti saya share ya. Belum sempat lengkapkan deco lagi.

Ok saya share juga “3 Idea untuk Deco SOHO” anda. Suka sangat tengok yang base warna putih ni. Saya selalu berangan tau dapat SOHO yang cantik.

soho deco idea
soho deco idea white theme

Yang ni memang kemas sangat sebab rak semua tertutup. Saya kan merancang Candy Buffet jadi peralatan saya yang konon-konon crafty sangat ni banyak juga. Saya collect fabrik, kertas, riben dan banyak lagi. Indah betul kalau dapat SOHO atau craft room macam ni. Tapi berangan ajelah, memang takde space lagi kat rumah T_T.

soho deco idea 4
small office home office idea

Oh yang ini cantik juga buat mini office. Meja bulat tepi tu kalau klien datang pilih jenis deco party diaorang nak ke. Kadang-kadang jumpa klien kat restoran aje. Berangan.. berangan. Saya save gambar ni kalau-kalau betul saya ada mini office kat rumah khen 😉 .

soho home deco 5
soho idea favourite!

Tapi yang ni paling favorite sekali. Comel kan. Ada kotak-kotak, huruf. Mesti bertambah-tambah idea membelog saya kalau ada SOHO macam ni. Iye ke? Sekarang ni kat atas sofa depan tv jua adanya kau berbelog hehe. Alasan!!!!

Tapi apa relatifnya saya share diy project dengan idea deco SOHO ni? Adakah saya akan buat SOHO dengan perabot recycle yang saya dapat tu??? Tetiba nak menjengkelkan orang tanya soalan haha. Taklah sebenarnya saya pun tak tahu apa halatuju diy project saya yang terbaru ni. Kita tengok saja ya nanti apa yang jadi 🙂 .

Saya dapat idea untuk DIY project ni dan juga di mana dapatkan perabot secara free ni di sini. Memang ada modal yang perlu dikeluarkan untuk DIY tapi sedikit sangat. Setakat ni baru RM50.

Ok juga dapat buat “DIY project” cuti sekolah ni. Sebenarnya kalau kita kemaskan meja kerja atau SOHO kita, ia dapat menjadikan kita lebih kreatif juga. Jumpa lagi. Bye.

7 Comments

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA
  • Anuar bin Safian on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA
  • diana on Never a pop star

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • Malaysia Best Blog 2015
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes