Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Category Archives: Tudung Online

Kenapa saya suka tudung online glitter MK?

15/11/201515/11/2015

Kadang-kadang tengok tudung online ni macam-macam fesyen kan?

2 muka, instant, semi instant, awning. Apa tak pening ke orang lelaki baca haha.

Papa kadang-kadang berdebar-debar ditanyakan soalan maha penting iaitu:

“Pa, Papa rasa Mama pakai tudung mana paling ok? Tudung neelopah atau tudung ni?

Tudung neelopah.

Tapi, Mama rasa Mama pakai tudung ni muka Mama nampak kurus Pa”.

Tak ke pening nak jawab tu ya. Dah tahu tudung apa yang disukai, nakkk juga tanya orang hehe.

Bertabahlah….

Tip dia iyakan aje mana tudung yang paling dia suka. Cakap tudung yang dia suka tu markah dia 9, yang tadi tu 7 aje. Dia tu wife ye bukan gelfren. Gelpren akak tak campur uols. Kalau rasa badan tu nak seram-sejuk cubalah berterus-terang ada gelfren —> ini lawak dekat Whatsapp pasal minum madu tu. Aah kelakarrr sangatlah ye…..

Oh baiklah. MK baru-baru ni dia ada pakai tudung glitter. Bila dia upload gambar di fb personal seperti biasa nampak cantik angattt ramai tanya, lalu tanpa berlengah, dia telah melaunching Kedai MK dia. Ini juga  tip dari speaker Emma Sani Seminar SOHO yang lepas ya, bila ada kelebihan, orang tanya, “eh beli kat mana barang ni???” Itu peluang perniagaan uols. Itu tanda anda adalah duta produk yang berjaya. Jadi, terus berniaga. Cari pengalaman tu paling mahal.

Lepas tu MK ni bila jual dia cerewet yang amat. Pilih yang cantik-cantik aje. Saya pulak selalu lembap order jadi asyik habis. MK cakap tudung online dia yang terhebat adalah Tudung Glitter Butterfly. Ia adalah shawl yang berbentuk butterfly ya. Saya cuba beli 2, lepas tu terus beli lagi 3 hehe.

tudung online glitter MK
Inilah tudung online glitter MK

Sebenarnya segan juga nak letak gambar ni. Dengan tangan berselirat dekat spek Vincci RM35 tu. Tapi takde pilihan lain, inilah rupa ibu yang terkejar-kejar nak hantar anak pergi konvo tadika pagi-pagi, lepas tu bergegas ke Hari Kantin sekolah. Mungkin ada yang pertikaikan orang perempuan berselfie. Selfie ni sebenarnya untuk melihat kesesuaian tudung, warna, coverage ok ke. Bila bersiap ala-ala rockstar macam-macam pertanyaan seperti “Mama mana kasut abang, Mama mana getah rambut adik, Mama mana kupon abang, Mama Papa mana?” dan 1001 perkara lain. Nak keluar rumah seperti nak keluar negara macam-macam perkara nak fikir, sampah tadi nak buang, baju dah sidai ke, kunci rumah dan kereta pun hilang selalunya. Itu sebab kebanyakan gambar di dalam kereta, dan mungkin dalam lif. Itu ajelah beberapa saat bersendirian lepas tu campak telefon dalam beg meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi kena pandai-pandai juga maksudnya adalah batasan berselfie yang kita sendiri tahu baik dan buruknya kan 😉 .

Yang kau ni tiba-tiba lari tajuk kenapa. Baiklah. Ok tudung online MK ni saya suka sangat sebab:

  1. Ia tebal. Tidaklah tebal sangat tapi tidaklah berbayang-bayang nampak leher tu. Pakai anak tudung/ serkup tu ok dah. Tak perlu inner neck. Nak pakai pun boleh.
  2. Ia terbentuk dengan baik. Kadang-kadang orang perempuan ni sibuk nak bercorner kat atas tu kan. Saya ni pula jendul/ dahi lebar juga orang kata kecik-kecik dulu kononnya cerdik. Sebab kain dia tak nipis dan lembik jadi ia terbentuk dengan mudah. Pakai spek pun bentuknya tak lari —> lihat subjek di atas.
  3. Ia tak menyerap peluh. Ok saya kalau panas-panas bergerak ke sana sini berpeluh juga di bahagian dahi. Kalau pakai shawl jenis yang menyerap tu dia akan berkesan tau di tepi dahi. Segan juga pergi court atau jumpa banker kau ni dah kenapa berjoging ke hapa tadi datang sini? Shawl MK ni dia tak berkesan pun kalau berpeluh. Kira kita nampak tip top ajelah di bawah terik mentari. Perasan haha.
  4. Ia MUDAH. Nampak tak saya besarkan. MUDAH DIPAKAI. Bentuknya butterfly. Tak perlu nak pendekkan sebelah ke. Letak aje di tengah-tengah kepala, tarik sebelah dan pinkan ke belakang kepala. Pin sebelah lagi ke bahu. Siap! Tak perlu nak buat gulungan ombak rindu, lipatan kipas bagai. Tak perlu ya.
  5. Ia sopan. Hanya mild glitter/kilat yang tak jelas pun. Shawl ni juga tidak terlalu labuh. Bagi saya ia sesuai bagi orang yang tidak biasa melilit shawl yang terlalu panjang. Saya pernah beli shawl jenama Cattleya ia panjang sangat sampai saya tak tahu nak buat macamana dah. Pakai pula time hari raya sudahnya gambar raya saya tahun ni tak cantik. Tetiba nak salahkan tudung haha. Maksud saya tudung MK ini coveragenya ok, nampak sopan juga. Saya paling suka tengok orang yang bertudung litup sempurna tapi dia nampak cantik sangat. Bagi saya itu kecantikan yang sebenarnyalah. Mempesonakan. Doa-doakanlah kita semua ke arah itu ya. Amin.
  6. Ia MURAH. Ini serius tudung ni memang murah gila. Saya pernah beli tudung berharga hampir RM100. Saya boleh beli 4 – 5 tudung MK ini dengan bajet yang sama. MK ni baik sebenarnya dia tak jual mahal-mahal. Tudung ini kalau di butik berharga hampir RM40 tapi MK jual pada harga separuh sahaja. See, macamana saya tak sayang dia?

Kelebihan yang paling utama adalah ia dijual oleh MK. Dia cantik, jujur dan baik hati. Dia walk the talk, dia jual, dia pakai.

Anda boleh tempah Tudung Online Glitter Butterfly ini no. 019-2147220. MK ni pekerja bidang profesional juga jadi sila fahami jika dia sibuk sikit ya. Stok tudung sangat cepat habis jadi biasanya saya minta reservekan warna-warna yang saya selalu pakai bila dia ambil stok. Dia juga dengan jujurnya akan beritahu warna mana yang cantik dan sesuai. Saya selalu percaya dengan taste dia.

Saya taklah menjanjikan kesempurnaan, bulan bintang dengan tudung online MK ini. Cuma ia sangat memudahkan saya, dan tidak mahal juga. Untuk pergi kerja hari-hari, kita pun nak tukar-tukar tudung juga kan. Beli tudung online boleh, cuma lihat testimoni (gambar, komen) di page mereka dulu. Bukan model mekap cun-cun pakai, tapi rakyat marhein macam kita. Check out fb page Tudung Online MK ini di sini. Jumpa lagi. Bye 😉 .

2 Comments

Yang mana lebih kau cinta, tudung Neelofa atau tudung Rawdah?

21/05/201521/05/2015

Hai. Letih pula tengok blog balik-balik Project Makeover Royal Blue, jadi kali ini saya buat review tudung Neelofa v. tudung Rawdah.

Si Normah ni comel sangat minta saya tulis review. Saya memang suka menulis, masalahnya kena letak gambar. Apa kau ingat kawan kau ni supermodel ke Norm? Update gambar kat fb pun setahun sekali aje haha.

Tapi apa gunanya kawan kan. Baik saya akan berikan review tapi awas saya ni jujur orangnya hehe.

Sebenarnya, saya tau nama-nama brand hijab artis ni pun dari Normah. Bila dia sebut tudung Zeta en Rawdah, saya macam hmmm…. ok.

Rupa-rupanya Zeta en Rawdah (bacaannya Zeta & Rawdah) ni adalah brand tudung kepunyaan Che Ta dan adiknya Ayu Rawdah. Kau mampu nak namakan Zeta ala Catherine Zeta Jones? Che Ta aje layak tau 😉 . Zeta tu Zain + Rozita rasanya. Ala omel angat gabungkan nama ala-ala bercinta zaman sekolah dulu uols.

Sebab saya ketandusan tudung hitam jadi saya telah mendapatkan tudung Neelofa babes & basic, dan 1 lagi tudung Rawdah ni. Dua-dua warna hitam/ kelabu gelap.

Ok, tudung Rawdah ni dia seperti tudung Neelofa juga.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam, di bahagian dalam warna putih, piping hitam di tepi.

Bentuknya begini.

Tudung instant siap dijahit.

Cuma, materialnya seperti lycra. Seperti kain tudung awning instant. Ya, sama.

Ia boleh diterbalikkan, dan dipakai juga. Maksudnya jika anda beli, anda dapat dua warna.

Perhatikan lapisan dalam tudung tu berwarna putih kan.

Satu warna gelap, bahagian lagi satu lembut/pastel. Tak ke penjimatan hebat tu?

Di bahagian tepi tudung dijahit piping (ke lining?) yang sangat kemas. Ia akan dapat dilihat kalau anda memakai bahagian yang berwarna lembut. Ini akan buatkan tudung mudah terbentuk.

Ok ini saya memakai tudung Rawdah.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah hitam atau kelabu gelap rasanya

Ya ya ya saya ada nanderk birthmark di dahi, dan 2 lapisan dark circle bawah mata T_T.

Kalau anda sukakan tudung kain lycra, tudung Rawdah memang sesuai.

Saya tidak memakai inner, scarf atau apa pun. Ia sedikit licin di bahu jadi perlu pinkan dengan kemas sahaja. Maksudnya bila sarung terus pinkan ya. Jangan nak multitasking sangat nak sidai baju, dukung anak, memang jatuh jawabnya T_T.

Selepas dipin ia memang terletak dan selesa dipakai sepanjang hari.

Ia memang seperti tudung Neelofa cuma material berlainan (lycra) dan juga boleh diterbalikkan menjadi tudung putih pula. Saya tak pakai lagi bahagian putih sebab macam pucat sangat pulak. Adakah waktu sekolah dahulu saya menakutkan pelajar lain dan guru-guru? MK sila jawab haha.

Tapi, personally saya sukakan tudung Neelofa juga sebab saya sukakan kain t-shirt.

tudung neelofa
tudung neelofa black saya

Walaupun muka saya nampak bulat macam bola. Dah lah gosok tak betul sebab nak cepat. Ala kita nyanyikan aje lagu Ainan Tasnim – 150 Juta Kali:

Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada….

Gitu gayanya lawyer defend diri sendiri ya. Sentiasa ada jawapan haha.

Ini contoh warna tudung Rawdah. Ia terang dan pastel di bahagian bawahnya. Harga RM55.

tudung rawdah by ayu rawdah
tudung rawdah anda beli 1, dapat 2 warna

Semua tudung ini dijual oleh Normah. Anda boleh hubunginya di 019-3497286 atau di instagram Lemari Bhaju. Ada juga diletakkan di butik vendor di JB, Seremban dan akan datang banyak lagi. Nanti tanya dia atau follow ig dia  ya. Luaskan kuasa nampaknya ya Norm 😉 .

Samada tudung Neelofa ataupun tudung Rawdah, dua-dua pun best. Dan sopan juga. Bye.

3 Comments

Review Inner Tudung Habibi by Alkenali

21/03/201521/03/2015

Hai. Saja nak kongsi review “Inner Tudung Habibi by Alkenali” ni. Saya tau mesti ramai juga macam saya kan, tercari-cari inner tudung yang sesuai. Saya pernah beli yang harga RM5 sampailah yang harga RM30. Shawl yang semi-transparent ni sebenarnya membuat jatuhan yang cantik bila dipakai. Sebab itu inner tudung masih lagi jadi igauan wanita muslimah dan mungkin juga mimpi ngeri bagi kita yang berwajah bulat ni hehe.

Tapi, yang terkini saya beli adalah Inner Muncung Habibi ya. Bukan Inner Neck Anti Tembam (Inat) yang selalu iklan dia pop-up di fb tu. Nampak sangat saya ni targeted customer, asal online aje iklan dia keluar 😉 . Tau kan iklan di fb ditargetkan mengikut umur, jantina dan sebagainya. Tapi itulah, saya tertarik beli Inner Muncung Habibi ni bila ke website dia. Kononnya nak pakai style shawl + anak tudung nampak macam tudung syria tu.

Pengalaman membeli online di Habibi ok. Saya lupa password Paypal, tapi ok je bila register under debit card. Syukur Paypal ni cerdik juga mak-mak ni selalu lupa kan. Buku password pula banyak -_-“. Beli hari ni, esok sampai, I like 🙂 . Lama saya tak beli online ni. Kecewa pun ya juga bila beli tak sesuai. Sejak ada kedai pakcik kemboja kat rumah saya ni, saya beli shawl kat dia aje. Beli lebih, lebih diskaun. Perempuan mana tak suka diskaun hehehe.

inner tudung habibi

Inilah Inner Tudung Muncung Habibi by Alkenali.

Kain jenis tebal sedikit. Bukaan muka memang kecil atau sesuai bagi mereka yang berwajah kecil atau sederhana @ IKS hehe. Bila saya tetas sedikit memang tak boleh juga dipakai begitu sahaja sebagai anak tudung yang jelas kelihatan di dahi. Bukaan inner akan terus melekap di tepi mata atau telinga. Kainnya selesa cuma tidak begitu sesuai bagi yang berwajah bulat.

inner tudung habibi

Ini kotaknya. Style kan.

Kepada yang membaca review ini, Inner Tudung Muncung Habibi ini memang berkualiti. Ia juga terbentuk dengan baik kerana material yang digunakan adalah baik dan bertekstur (sedikit seperti corduroy lembut). Jadi jika anda memilihnya untuk dipakai seperti gaya tudung syria, ia memang sesuai. Cuma, ia kurang sesuai untuk mereka yang berwajah bulat seperti saya. Tapi, saya mungkin akan membeli Inner Neck Anti Tembam (INAT) Habibi juga di masa terdekat. Sebab mereka juga ada keluarkan INAT Extra yang lebih labuh. Bukan apa, mudah bila balik ke rumah mertua atau berekreasi (taman tema, laut etc) sarung INAT tu kan. Nampak gaya INAT tu macam boleh cover pipi (targeted customer lagi ni hehe). Insya Allah nanti saya share ok.

Tapi, saya dah jatuh cinta dengan Naelofar Hijab. Mudah sangat tak perlu inner pun. Beli pula dengan si Norma yang efisyen. Sebab dia tahu saya malas lilit-lilit complicated nih. Check out her Instagram, Lemari Bhaju atau contact 019-3497286. COD area Ampang, Pandan Indah, KL Sentral dan boleh juga dipos. Dia juga memang seorang yang passionate tentang muslimah wear ni.

inner tudung neelofa naelofar

See efisyen tak? Norma boleh mensuggestkan warna yang cun juga 🙂 

Ok, harap review Inner Tudung Habibi ni berguna juga. Jumpa lagi.

6 Comments

Best sangat ke tudung neelofa ni?

13/03/201524/02/2016

Seriously, best sangat ke tudung neelofa ni?

Kawan saya si Norma tak habis-habis promo tudung ni. Saya skeptikal sikit sebab takut tak sesuai, sebab muka kan bulat PAUh dilayang hehe. Lagi satu saya trauma beli online, bila pakai tak sesuai. Model pula muka bujur tirus runcing kan. Hmmmm….

Oleh kerana saya memang mudah dipengaruhi, maka saya order juga  satu tudung neelofa jenis babes & basic ni dari si Norma. Tak tahan godaan kew? 😉

Bila dapat beginilah rupa dia ya.

tudung neelofa

Tudung neelofa ni kebanyakannya adalah instant shawl. Naelofar babes & basic ni telah siap dijahit seolah ada inner neck sekali. Bagi saya ia praktikal juga. Tapi….

Bila pakai memang bulat juga muka, stress. Bulat tu memanglah kan, masalahnya dia melekap ketat di muka tu. Rasanya bukaan dia masih tak berupaya menampung kemakmuran pipi saya ni hehe.

Tapi kan, tetiba teringat tip blog Fatin Liyana Honeykoyuki, kalau inner agak ketat, dia ajar untuk tetas sedikit bahagian belakang. Masa tu zaman tudung syria sedang meletop dengan inner magic. Biasalah, saya baca blog remaja-remaja ni dulu. Jiwa muda gitu, ala korang pun sama kan, skodeng blog Fatin 🙂 .

Saya pun ambil pisau lipat dan tetas sedikit di bahagian bawah dagu. Ok juga, tak nampak macam kena tetas pun dari luar.

tudung neelofa

Alhamdulillah. Rasa selesa sangat pakai tudung neelofa ni. Ia labuh, kain tidak terlalu tebal, tidak jarang, tak panas dan mudah dibentuk. Guna jarum peniti dan brooch, siap. Memang cepat.

Walaupun pipi PAUh dilayang itu masih jelas di situ haha, saya pasrah.

Kalau pakai shawl agak jarang, perlu cover dengan inner neck kan, kosnya lebih kurang sama (shawl RM30, inner RM20, postage lagi).

Satu tudung neelofa babes & basic berharga RM53. Datang dengan pembungkusan yang menarik juga. Boleh jadi hadiah untuk yang tersayang. Boleh juga request untuk menjadi surprise/ pujuk gift seperti, tudung neelofa + kad + cokelat, dan diposkan kepada isteri masing-masing. Saya tak jual ya, tapi kawan saya Norm. Tapi bab menulis ayat-ayat simple but nice bagi memujuk isteri terchenta tu saya rasa saya akan assist Norm haha (sendiri lantik diri sendiri wakaka). Jika isteri kata, eh muka saya tak sesuailah, bulat, bolehlah merujuk entri saya yang tak seberapa ni hehe. Apatah lagi mereka yang berwajah tirus daun sireh, bertambahlah comelnya kan 🙂 .

tudung neelofa

Packaging untuk tudung neelofa babes & basic. Cantik kan!

Saya sentiasa mencari tudung yang sesuai selama ini. Tak sure berapa banyak tudung, shawl yang saya dah sedekahkan kerana tak menepati citarasa saya. Trending tudung dan pakaian sopan di internet sekarang memang sangat baik. Orang perempuan memang suka cantik-cantik, ini fitrah. Tapi, mestilah bijak juga memilih apa yang ditetapkan dan terbaik untuk kehidupan kita di sini dan di sana nanti.

Oh tudung neelofa boleh dijadikan hadiah untuk BFF masing-masing juga.

Contact Norma 019-3497286, COD area Ampang, Pandan Indah, KL Sentral. Pengeposan ke seluruh Malaysia. Or check out her instagram, Lemari Bhaju, Jika tak tahu nak pilih yang mana, boleh tanya dia juga. Dia kawan fashionista saya dari UKM. Orang lain pergi cafe pakai jeans & t shirt, dia pakai skirt dan cardigan okeh haha. Asalnya dia membeli untuk diri sendiri, suka sangat sampai jadi agen tudung neelofa dah.

Tudung neelofa best ke? Definitely, I will order again. Jumpa di review yang lain. Bye.

p/s: Kalau nak baca lagi kenapa saya suka Tudung Neelofa, KLIK SINI.

Nak tahu Tudung Neelofa best, atau tudung Ayu Rawdah ?, KLIK SINI.

REVIEW TERKINI, Tudung Neelofa Raya Thumbelina! KLIK SINI.

11 Comments

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes