Dalin Ali
Menu
Skip to content
  • Home
  • Siapa saya?
  • Tip Kucing
  • Tip dekorasi

Author: diana

Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort

31/12/201802/01/2019

bukit merah laketown resort 1

Hai assalam uols. Lama pulak tak update pasal cuti-cuti. Yang ke Perak pun terbengkalai, ke Legoland Johor apetah lagi tapi kali ni nak update tentang cuti-cuti singkat  ke Bukit Merah Laketown Resort bulan lepas buat kenang- kenangan. Sebenarnya dah pernah pergi 2 kali dulu masa sambut 1st birthday Aiman tahun 2006 (lama gila kan) dan lagi sekali masa bapak mentua bagi tiket free ke apa few years back. Jadi suasana, bentuk mukabumi, peta topografi (akak memang suka Geografi dulu uols haha) Bukit Merah tu memang dah ada dalam kepala ni. Kitorang bertolak dari Melaka ke Bukit Merah Laketown Resort pukul 8 pagi dan ambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk sampai. Biasalah akak 1 jam pertama aje jaga (read: membebel dan berlagu riang), yang lain akak tido dengan budak-budak ni tetiba dah sampai Bukit Merah yeahoo! Bila sampai sini mengimbau memori jugaklah sebab sambut 1st birthday anak sulung kot kat situ. Muda lagi masa tu, emo pun ye, fine wrinkle(s) pun takde lagi masa tu hahah. Good old days eh.

Kalau korang nak tau, Bukit Merah Laketown Resort ni adalah lebih kurang 3 jam drive je dari Kuala Lumpur dan masuk je ke  Jalan Tol Bukit Merah (Exit 150) menggunakan lebuh raya utara- selatan. Resort ni masuk je memang penuh dengan pokok-pokok hijau dan berhadapan pulak dengan salah satu tasik air tawar terbesar di Malaysia. Bukit Merah Laketown Resort ni dikelaskan sebagai destinasi eko-pelancongan utama kat belah utara sana. Aktiviti yang ditawarkan pulak meriah dengan macam-macam aktiviti dan kemudahan yang memang sesuai  sama ada korang nak bercuti dengan family ke (reunion cucu cicit), officemates or pertemuan kelab onion bff korang yang lama tak meeting tu kan hahah.

bukit merah laketown resort 2 chalet

Resort ni ada menawarkan pelbagai kemudahan dari bilik hotel ke chalet special dengan konsep ala-ala kampung  yang terletak bersebelahan dengan tasik. Kalau korang  sukakan aktiviti mencabar, bolehlah cuba percutian berkhemah dekat  tanah perkhemahan tepi tasik tu. Kitorang stay kat chalet dengan view tasik selama dua malam. Pemandangan dia indah gila ok bangun pagi tengok tasik dengan burung-burung mendarat dan berkicau bagai. Haa, semua yang ada di Bukit Merah Laketown Resort ni avalaible at Traveloka. So korang bolehlah melawat  app atau website dorang untuk dapatkan bilik kat sini dengan rate yang memang menarik.

bukit merah laketown resort 4 orang utan
pic credit to thatsofarah

Banyak jugak aktiviti yang kitorang buat kat sini. Antaranya, pergi ke Pulau Orang Utan. Kena naik bot selama 15 minit dari resort. Kalau korang bayangkan macam hello ni tengok kat zoo pun boleh? Nope you are wrong. Dekat sini korang boleh tengok orang utan dari baby hingga ke dewasa, pastu dorang ada ala-ala tadika untuk melatih anak orang utan ni sebelum dilepaskan untuk survive dekat pulau tu. Siap ada doktor dan trainer orang utan tau kat situ untuk ajar budak- budak tu. Iyelah dah hutan lain semua dicemarkan oleh manusia kesian kat anok-anok kita tok leh meraso (cilok lagu Hijau- Zainal Abidin), Bukit Merah Laketown Resort nilah yang take action to preserve this endangered species tapi bukan untuk pameran je but by giving real forest to them. Pastu kan kalau pergi pulau ni entah kenapa iols membayangkan Jurassic Park ok sebab ada jaring-jaring untuk melindungi kita dan orang utan tu ramai aje dalam hutan yang so real tu. Pastu terbayang pulak cerita Planet of the Apes macamana kalau dorang berkuasa eh kau ni dah kenapa kuat berangan macam nilah hahaha. But overall, it was really  good exposure to the kids and us jugak actually.

bukit merah laketown resort 8 zipline
pic credit to muslimtravelergirl

Lepas lunch, pergi pulak melawat area untuk zipline @ terbang dalam hutan. Dia macam ala-ala flying fox bagai tu untuk lihat keindahan hutan Bukit Merah ni. Akak takdelah kau nak suruh benda-benda gini (lemah semangat), Papa lak dia seperti biasa bertemankan puteri intan payung lemah- gemalai dia iaitu Princess Ica 24 jam manalah dapat buat aktiviti lasak macam ni. Kalau free nak aje dia try tu dengan dak Aiman. Seriously, bagi yang adventurous dan mendambakan adrenaline rush memang akan sukakan aktiviti zipline ni.

bukit merah laketown resort 5 kanu

Selain tu, Bukit Merah selalu juga jadi tempat pilihan untuk agensi kerajaan dan badan korporat untuk adakan hari keluarga dan team building. Ada banyak kemudahan macam bilik mesyuarat  dan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik di sekitar tasik macam berkayak, berkanu, memancing dan paddle bot. Aktiviti outdoor atas darat pun ada macam menunggang ATV (motor lasak tu), bola tampar, berbasikal dan bola sepak pantai. Untuk aktiviti berkumpulan pulak macam teambuilding, disediakan aktiviti seperti amazing race, berakit, team building games, jungle trekking, camping, paintball dan macam-macam lagilah. Pendek kata dapatlah uols mengeratkan silaturrahim sesama bos dan staf mana termarah, terasa ke, terumpat, ter ter bagai tu kira setellah kat sini haha. Motip nak bermasam- muka lagi lepas bekerjasama menewaskan pihak lawan??? Jadi, kalau company korang plan nak buat family day, boleh lah mencadangkan pergi ke Bukit Merah Laketown Resort ni ok.bukit merah laketown resort 7 waterparkWater theme park kat sini pun best dan memanglah wajib dicuba. Asal nama budak- budak inilah yang ditunggu- tunggunya. Theme park ni adalah salah satu taman tema terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Game menarik kat taman ini termasuklah Boomerang, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower dan Water Pillar. Budak- budak merangkap ke mak bapak semua memanglah bergumbira kat sini ok. Balik dari waterpark sure lapar gila kan kat hotel dan tibalah masanya untuk kita membaham makanan hehe.

bukit merah laketown resort 3 theme par
Boleh bayangkan diri slide kat situ tak? Yes? No?

Actually, memang banyak lagi aktiviti tapi masa kitorang stay kat sini sekejap lah pulak. Must stay longer next time. Memang terisi je dengan macam- macam aktiviti. Overall, walaupun dah berapa kali pergi, tempat ni masih berikan kegembiraan dan ketenangan yang saya cari- cari masa bercuti. Dengan harga bilik yang reasonable, jauh dari hustle bustle of the city gittew,  wonderful themepark for the kids, that exclusive Orang Utan ala Jurassic Park, maybe korang boleh cuba pergi juga. Insya Allah takkan menyesal. Till we meet again Bukit Merah Laketown Resort. Bye uols!

1 Comment

Lelap

08/06/201808/06/2018

Assalam.

Ada 1 peristiwa yang berlaku minggu ni yang nak saya kenang, jadi kenalah tulis dalam blog.

Rabu 6/6/18 tengah hari gerak macam biasa ambil Ica balik sekolah. Kalau bulan biasa drive tu pun memang terhangguk-hangguk nak tidur, apetah lagi di bulan Ramadon ini. Saya ni rabun tapi tak pakai spek. Bila kena cahaya mentari tu seperti disorongkan bantal kat kepala nak tido.

Sampai depan sekolah dia 1.03 tengah hari. Dia keluar 1.05 so I decided untuk nap kejap. Pintu tingkap lock then zzzz. Lepas tu tetiba terkejut, tengok budak sekolah dah lengang, jam dah tunjuk 1.28. Terus otak jammed mana nak tutup aircond radio enjin bagai. Lepas otak berfungsi terus melintas dan kelihatan di bus stop sana…

–>anak aku menangis beria-ia berjuraian air mata bagai…

Terus ambik cakap sorry mama tertido tadi ada kat depan tu aje. Kereta memang tak nampak sebab parking jauh nak elak jammed.

Sambil pimpin dia tu semakin kuat dia meraung aku macam urm oi apo nak buek ni.

Susah jugak nak pujuk si ketot ni agaknya sama cam aku kot. I kalau teruk nau nau mengajuknye ajak makan pizza je ok 😀

Lepas tu kena ambik Aiman pulak sebab Papa dia ada apo bondo audit datang. Sepanjang jalan tu dia mengongoi nangis lagi sedih benar gamaknya. Kalau aku dulu lagi over sampai tersedu sedan aka tak boleh bernafas 🙂

Actually Papa tu dia selalu aje ambik Ica lambat tapi dia ok je. Maybe sebab puasa kesedihan ittew berada di tahap tak terkawal. Sampai tertido-tido nangis haha.

Actually saya ni kurang sikit kesobaran nak menghadapi tangisan budak ni, tapi mengenangkan bulan puasa, setan pun tak ada, jika kau marah, kaulah setan ittew 😀 . Lagipun memang salah saya.

Bulan puasa kudrat mak-mak ni memang sampai ke tahap bateri kelip-kelip di dada ultraman. Wah tetiba lepas kalah kau ada kekuatan semula. Tidur beberapa jam sehari dan sentiasa memikirkan orang lain. Kita penat tapi tak sanggup rasanya nak terlepas sahur, nanti anak dan suami nak puasa macamana? Kita kalau lapar kita boleh tidur. Nikmat dapat tido oi..

Peristiwa Ica nangis kat sekolah ni mengingatkan saya 1 drama masa kecik dulu masa awal darjah 1 saya pernah jalan balik sekolah sampai pekan sorang-sorang sambil melalak. Nangis sebab tak nampak Abang Zam kat kelas dia. Abang Zam darjah 5 of course lah balik lambat, lepas tu di ke kelas Muzik. Yang aku melolong-lolong balik sorang-sorang jalan kaki bodoh sombong lak tu tak mintak bantuan memakcik bawangs di sana. Nasiblah ada sorang kawan Mak menemui diriku di pejabat pos Masjid Tanah sambil bertanya,

Kau anak Sarah kan?

Aku kenal makcik tu lepas tu angguk ikut dia balik naik prebet sapu. Nasiblah jumpa orang baik. Yang mak dah huru-hara kat rumah terperanjat ngat si ketot ni boleh pulak balik sendiri. Dak Zam pun kena marah apesal kau tak tengokkan adik kau? 😀 Tu Dak Zam selalu bengang aje dengan gue sebab asal dia kacau je aku jerit Ayahhhhhh, tengok lah Abang Zam ni.. terus dia kena marah haha. Daddy’s girl heh. Itu sebelum Dak Wan lahir.

Esoknya mak temankan aku lagi sampai habis sekolah, carikkan kawan sebaya yang tunggu abang dia jugak-Fizah nama dia. Kalau fikir-fikir gedik mengada jugak aku ni dulu haha. Mak dengan perut tengah sarat melayan drama anak dara kulit hitam dia ni. Nasiblah dah besar ni cerah sikit. Aku dengan Abang Zam? Kita stay close sampai sekarang, ada lawak-lawak dewata raya dia tu, weols je faham. Nak membawang pun dalam bahasa dewata raya haha.

Ica, nampaknya Ica terlupa plan B kita. Kalau takde orang datang ambik:

  1. Tunggu dekat guard
  2. Minta pak guard atau cikgu callkan mama/ papa
  3. Sentiasa bawak duit syiling spare untuk guna public phone like we trained before
  4. Jangan keluar dari kawasan sekolah

Yelah budak tengah puasa kan. What do you expect?

Kau pun drama lebey dulu haha..

Alhamdulillah takde apa-apa. Tq Allah jaga anak-anak kita masa kita tak ada.

Dah berapa lama Allah tak pernah jemu-jemu jaga kita –> tikaman di tangkai hati

2 Comments

I translate..

04/06/201805/06/2018

Assalam.

Sibuk beli baju raya eh.

Hidup ni penuh kejutan jugak kadang-kadang. Tetiba sangat sekarang ni saya ada satu jawatan iaitu:

Penterjemah.

Ya saya sekarang penterjemah berita luar negara di Tazkirah net.

Satu tengahari saya baca iklan diorang, I whatsapp the person in charge, try to persuade him, he didnt impressed knowing I was a writer there sebab beliau bahagian design, lepas tu I bagitahu I buat kerja translation setiap hari.

->Then I got it.

Lepas tu aku nangis sorang-sorang matilahmaknak sebab translation yang aku buat setiap hari adalah baca berita free kat iphone, lepas tu cerita kat suami & anak masa makan. Like everyday. Itupun berita dalam negeri. Kadang-kadang adalah South China Morning Post. Nak terangkan dekat Ica cik polis tu kena guna bahasa mudah sebab dia sentiasa ada soalan peluru dia kenapa, kat mana, macamana jadi macam tu, apa makna perkataan tu – yang Abe pulak seorang puitis sentiasa nak tahu moral setiap kejadian. Karang dia buat rumusan hidup ni kena begitu begini –> sasterawan negara. Papa? Dia pasrah je I cerita tapi dia suka bab kereta macam Ford buat vending machine jual kereta kat China he loike. Akak perati aje perangai theyols ni.

Lepas tu kerja biasalah kita baca akta dalam English kebanyakannya dan kena buat kesimpulan, pemahaman dan sebagainya. Kes pulak kadang-kadang baca memang dalam English.

Lepas tu editor berita ni pulak belajar kat oversea. Biasalah I google everyone 😀

Matilahmaknak!

Tapi apa salahnya mencuba ye tak.

Hari ni dah berita ke 4 saya terjemahkan. Mula-mula nak simpan aje rahsiakan tapi apa salahnya berkongsi dengan korang yang gigih baca akak membebel selama ni. Saya maintain blog ni sebab saya perlu sentiasa menulis sebab saya tahu dalam hati saya, saya akan kembali menulis satu hari nanti.

Tak sangka pula jadi translator.

Lepas tu terngiang-ngiang kat telinga lagu Mawi ke apa tu tetiba jadi macam soundtrack kat telinga:

Bakat yang ada jangan disalah guna

Jangan kufur nikmat yang diberi percuma

Menulis rasanya adalah satu kelebihan yang Allah swt berikan kepada saya. Saya suka sangat menulis. Menterjemah ni pun saya suka sebab kurang stress. Tapi biasalah akak menggunakan falsapah penulisan akak sendiri iaitu apa yang kita tulis biarlah sampai ke hati orang lain.

It will be easy to just google translate everything, but it is not easy to understand what the writer is trying to explain. Kadang-kadang ada jugaklah lepas google search perkataan, google translate, check antonim/ sinonim, kamus online PRPM Dewan Bahasa  pun still tak jumpa gak perkataan yang sesuai, akak hentam aje guna perkataan yang anak aku akan paham haha. Thanks Ica you are the policegirl.

Tapi editor oversea I lepaskan aje, oklah tu kot hehe.

Percaya tak kalau kita berniat nak buat baik, Dia akan datangkan orang-orang yang baik untuk membantu kita. Dan semua dalam team saya baik-baik. Alhamdulillah.

Translating the latest news is not easy.

Beritanya pendek sahaja, but I cried before and after finishing it-sebab ada video dekat artikel asal.

Rasa cemburu, rasa nak jadi seperti dia. Muka dia bersih sangat, terlihat keikhlasan di wajah dia. You all should watch the video, and let s cry together T_T

Tq uols yang baca blog ni selama ni. Yang kutuk pun ado tapi takpe. Koranglah penceria hidup ahkak. Jika ada hater, itu tanda kita popular-Irfan Khairi –> tetiba

Jemput baca terjemahan berita saya yang ke 4 – KLIK SINI.

Boleh share di whatsapp dan media sosial yang lain sebab sharing akan memberi kekuatan kepada link berita itu. Dan berita kawan-kawan saya juga.

Aiman is the happiest boy masa tahu I am a translator now. One of the reasons why I choose to write again. This boy!

Berita 1

Berita 2

Berita 3

Bye!

2 Comments

Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!

30/05/201830/05/2018

Assalam. Sepatutnya taip ni dari minggu lepas, lepas tu berlarut dari semalam lepas tu account pulak suspended. Seperti biasa kacau web hoster (ada ke perkataan tu haha) En Zul lepas tu beliau setelkan tanpa banyak hal. Berkibar-kibar semangat nak tulis tentang Join Slimfit 2018 Bukit Jalil ni sambil masak, drive pun draf secara verbal (gittew) sekarang ni baru sempat nak tulis hehe.

slimfit2018bukitjalilintansiza2

Dapat whatsapp dari Tantan minggu lepas, beritahu dia jadi coach Slimfit area Bukit Jalil. Saya memang tak terkejut sebab dah tahu dia ada apply dan dia memang fit untuk tugasan tu. Saya kawan dengan Tantan ni dah lama, dari tingkatan 4 sampai sekarang. Kalau kau ada kawan sama tinggal dengan kau dekat asrama atau uni ke, bangun tidur celik mata dah tengok muka dia sampailah malam karang, kau akan kenal orang tu in and out. Kau tau dia sewel, sengal, baik hati, setia dan seangkatan dengannya. Sifat-sifat internal seperti itu.

Dengan Intan ni kita dah melalui zaman media sosial yang panjang. Dari zaman dia blogging kat blog lama dia pasal masak-masak, selalu gelak macam nak tersembur kat ofis baca cerita mak-mak. Dia seorang yang happy go lucky, kelakar if you know her personally. Tapi kalau kau tak kenal pun dia memang ceria sentiasa pun. Maybe itu sebab dia awet muda???–> dont forget my sushi tantan.

Lepas tu dia try move on to  wordpress tapi maybe lebih selesa dengan Ig/Fb. I am not so Ig/Fb thingy sebab maybe I malu nak mengexposekan diri haha. Lagi satu saya suka menulis jadilah bertapalah diriku di sini tehehe.

Dan kita melalui dari zaman debab mak-mak sebenarnya orang tengok ok je tapi kita sendiri merasa tak selesa faham kan. Aku bulan puasa ni merasalah kurus sikit Tan memang aim tak nak dikecam sis tu yang kata lebih 60kg dont go to fashion show okey –> bajet orang nak jemput kau ke fashion show. Tantan yang I kenal well you may skodeng her Ig/ Fb u tahu dia gilo malam-malam lari semua, subuh alam dah keliling kondo, lepas tu hiking, masuk marathon, ultra marathon bagai are u a human Tantan? Sometimes I hate you because you are living in Bukit Jalil (tetiba) and mostly because you run/ ran without me. Saje buat touching sikit padehal aku yang malas kakaka

Tapi yang penting untuk pilih coach adalah kita kena pilih coach yang ada sifat humanity. Coach yang tak kejam/ garang sebab kau satu hari dah lalui macam-macam tekanan kat ofis rumah fikir nak masak apa semua lepas tuh tetiba lak dapat coach yang nak kecam-kecam orang. Ada sesetengah orang dia jenis yang confidante – ni macam kau huru-hara cerita masalah kat dia, dia boleh tenangkan kau balik.

Tantan is the confidante type. (see Tan I bold this phrase)

Ada beberapa kali saat aku insaf mesej dia Tan camne aku dah gemuk ni, nak kurus macam kau, I am lazy bum tan lepas tu dia dengan kepasrahan mendengar lepas tu sampai sekarang aku ingat nasihat dia pasal eat clean semua tu:

“Ana kau sebenarnya dah tahu dah pasal eat clean sumo ni. Kau cuma nak buat aje”.

See she hit the point. Kita memang dah tahu tapi kita malas. Atau demotivated. Dia start ajar sikit-sikit dari tahun lepas Ana mulo-mulo kau buat ini. Lepas tu ini. Lepas tu ni. I applied dekat 2-3 bulan and lost permanent kg(s) –> lawyer suke buat ( ) gini 😀 . Bila pergi court pendaftar tanya kenapa u kurus I macam alamak nak bodek kew I just said sibuk Tuan. Lepas tu baru teringat I apply benda yang dia ajar macam xxxx dan xxxxx dan yyyy. Rahsiolah dia kan dah jadi trainer sekarang –> extra sushi sebab simpan rahsia Tan 😉

Tapi berat wanita ni pun turun naik jugak. Ada masa kau makan macam bela hantu raya. Tantan kata ok dio pun sama turun naik. So kenalah bersenam. Yang penting body fit kau boleh rasa. Dia cakap bila dah terlupa/ terlepas, mula balik. Lebih baik mula balik dari kau terus ke sasaran yang salah.

It is not easy to find a trainer yang memahami sistem fisiologi wanita seperti Tantan. We err, we are human. But we get back to our plan. Girl power!!!

Lagi satu saya suka Slimfit ni sebab dia untuk WANITA sahaja. Kita pun dah dewasa kan untuk fikir kenapa group wanita sahaja ni lebih baik.

I tak pernah ucap terima kasih to my best friend since gilo years di MRSM. Tq Tantan ajar aku eat clean, suruh2 manja agar kerap berlari tapi join marathon belum lagi. I will and best of luck to your future group Slimfit 2018 Bukit Jalil.

Hey kawasan Bukit Jalil dan seantero dengannya. Meet coach Intan Siza.

slimfit2018bukitjalilintansiza

Join coach Intan Siza di Slimfit 2018 Bukit Jalil dari 4/8 -15/9 nanti. Boleh book early bird price pendaftaran bermula 1 Jun 2018. You will never regret it because you will get a COACH and a FRIEND. I mean a real good friend. Dengan syarat korang tak poyo macam iols. Just look at her Ig and you will understand because she is so sincere and friendly.

Check out her profile HERE. IG to skodeng and follow her.

I love you Coach TanTan.

p/s: Intan cakap post ini bias sangat haha untuk makluman uols ada 40 coach ya untuk Slimfit 2018 ni di kawasan yang berbeza. Do check out the website SLIMANDFIT!

3 Comments

2 minit

18/05/201823/05/2018

Assalam.

Hari tu punyalah menaip post ni sekali yang taip-taip hilang.

Ini video first sparing Aiman.

Aiman = biru.

Tunggu dekat 4 jam lebih dia lawan 2 minit aje.

Atuk punyalah risau dia ni dah lah pernah patah kaki tangan semua.

Saya cakap ala Pa 2-3 minit aje. Insya Allah takde apa-apa.

Saya suka perhati orang lawan. Ada jenis yang pasif aje – tunggu orang sepak. Ada yang aktif – kejar. Ada yang bengang bila kena sepak-sepuk bertubi-tubi. Paling best tengok budak perempuan lawan hah rasakan tendangan girl power 😀 . Yang kita 3 orang (Mama, Papa, Ica) dok menggelakkan dan juga kagum tengok game orang.

Video ni amatur so maaflah kalau terdengar suara macho akak dan suara Ica gelakkan orang nak tendang abang dia tak kena haha. Ada juga yang tetiba menghalang rakaman akak macam dah hmpffttt sangat nasibbbbb dia beredar –> tarik nafas lega sambil simpan kekuda wakaka

Result = Aiman kalah (Aiman – biru)

Sesiapa tengok pun tahu dia main belasah aje tendang lepas tu tak kena pulak tu. Tapi saya gembira dia berani mencuba dan berani masuk gelanggang. Biasalah kena kutuk dengan atuk mak pak sedara semua biar dia belajar menerima kritikan. Dia ni happy go lucky je orangnya. Bukannya kesah sangat pun 🙂

Lepas tu aku tetiba rasa lega okey kalau kata kena buli ke atau kitorang dalam bahaya ke (kitorg adalah gegirls: me and Ica) saya tahu dia akan lawan dan bukan pasif sahaja.

Semua perkara memerlukan latihan Abe Aiman. Belasah aje dulu adalah teknik saya dulu juga sewaktu mula menulis. Bukannya tahu apa pun yang ada cuma minat yang mendalam. Yang penting kita berani masuk gelanggang. Gittew.

Lepas ni nak masuk tournament dekat Perak pulak. Ok tengok dulu result periksa pertengahan tahun ya Bro 🙂

Jumpa lagi. Bye!

p/s: Dia selalu nak tendang muka sebab nanti dapat markah lebih. Lepas tu nampak tak tendangan ke belakang yang selalu praktis kat rumah tu haha. Abe Aiman budak bertuah!

2 Comments

Satu Quran warna biru

16/05/201817/05/2018

Assalam.

Kadang-kadang kau pun tak tahu kau boleh melalui satu2 kepayahan itu atau pun tidak..

Sampailah kau dah laluinya kan.

Macam semalam, I was super sleepy lepas lunch, dapat call Mak jatuh kepala berdarah. Call Ayah dia dah gabra dan balik-balik dia tanya “kau kat mana ni?”

Modus operandi kalau kes macam ni adalah abang Zam akan update keadaan dan kitorang akan jumpa kat mana-mana – hospital ke. Benda ni dah banyak kali berlaku mungkin dah berpuluh kali, so kata kunci dia adalah remain cool sahaja sebab bapak aku dah gabra. Ayah tahap gabra dia adalah dia akan terduduk aje, macam tu.

Tapi abang Zam pulak tengah demam panas so dalam keadaan tak tahu macamana keadaan mak tu aku pun start kereta dan balik kampung.

Cuaca was nice redup seredup mata aku yang nak tertutup-tutup ni.

Dalam hati fikir Ya Allah, mak macamana, teruk ke, siapa nak ambik anak balik sekolah, hadiah hari guru tak beli lagi dan paling penting Quran Ica tak beli lagi sebab dia nak naik Quran malam tu.

Ica naik Quran adalah waktu yang ditunggu-tunggu dah lama janji dengan dia nanti kita pergi beli Quran sama-sama. Aku tak tahulah orang lain tapi masa dengar setiap kali anak-anak cakap “mama, ustazah cakap esok dah boleh bawak Quran” aku rasa macam nak melompat-lompat happy gila. Like I am halfway to complete my part to introduce this Holy book maybe? Insya Allah..

Ada masa bawa kereta semalam tu memang tak sedar apa. Zombie mode. I pray a lot janganlah famili aku pulak nak melawat aku kat hospital pulak choyyy tak ke drama. Alhamdulillah sampai klinik, luka mak tak teruk kena gam aje. Hantar mak balik biar dia tidur dulu aku pun start kereta balik. Masa tu 6 lebih petang kepala sibuk fikir mana nak cari Quran ni Ya Allah Ica nak pergi mengaji pukul 8 dan perjalanan balik dekat 1 jam. Oh tak lupa siap pergi beli kek nak bagi Ustazah nanti. Itu ajelah yang sempat capai lepas tu Mak pun ada kirim nangka kat Ustazah. Mak ni adalah spesis yang kau balik jangan tangan kosong. Ada je nak kirim untuk besan, kucing kat rumah pun kadang dia kirim ikan goreng -_-” . My one and only Mak.

Cari Quran dekat satu kedai tak jumpa. Ada yang muslimah macam beg kecik punya tu tak sesuai lah kan nak belajar ngaji. Telefon Papa dia dah handle semua ambik anak, dinner tinggal nak beli hadiah hari guru aje. Ok fine tak apa. Hari makin gelap lepas tu Aiman call kata Ica menangis teruk dalam bilik sebab tak ada Quran lagi Papa pulak dah keluar kena kerja jap. Dia ni dramatis like me, kalau start menangis tu memang over jugaklah -_-“. Kedai kat Melaka ni banyak tutup malam so masa tu pasrah jugalah.

I am super tired dah drive dekat berapa jam hari ni. Hari dah senja lepas tu aku tadah tangan Ya Allah pemilik alam semesta ini, Kau benarkanlah aku beli satu Quran untuk anak aku Ya Allah. Ica suka mengaji Ya Allah I know you know please Ya Allah let her have 1 cute Al-Quran of her dream. Amin.

I tried one last shop yang Papa bagitau. Masuk dan pilih ada 2 warna kegemaran Ica – purple dan biru Frozen. I chose blue because that is our (me & Ica) favorite colour. Bayar dan masuk kereta rasa bersyukur sangat.

Sampai rumah dia tunggu kat pagar. Berseri-seri muka tengok Quran dia. Lepas tu hantar pergi mengaji aku kepohlah ikut sebab anak nak masuk Quran dah. Kalau mengaji memang tunggu aje kat luar rumah ustazah tu sampai habis. Lepas tu pergi beli hadiah cikgu. Bersesak berpadat beratur dekat Family Store. Dekat pukul 10 baru sampai rumah. Kejap lepas tu aku pengsan dah.

—–

Semalam 15.5.18 adalah one of the hardest days in my life. Mak cedera, I drove like crazy and zombie, kejar sana-sini cari kek, hadiah bagai. Tapi adalah one of the happiest days in my life too. Kau susah, tapi kalau kau minta tolong, Dia pasti akan tolong. Ada helpful people around you. Mak alhamdulillah ok. Itu yang paling utama.

Ica, walaupun Ica masuk Quran kiranya lambat. Darjah 3 baru masuk, blame me. I was never consistent in teaching you well, blame the hormones.

Ica kalaulah Ica tahu betapa pentingnya Al Quran ni, Ica akan nak baca setiap masa, setiap hari. Kalau masa tak boleh baca Ica akan rasa kosong. Rasa rindu ketenangan selepas membaca tu.

Ica mama tak kaya takde harta bersusun-susun tapi mama rasa bersyukur sangat dapat kenalkan Ica kepada Al Quran. Tq to Papa juga hari-hari hantar anak-anak mengaji.

Ica belajarlah mengaji rajin-rajin sampai khatam. Mama sentiasa doakan.

One day maybe you will read this.

I am so proud of you. Ica kenit aje orangnya, but you did it. Yeay!

Ica ada tanya:

Macamana Mama tahu Ica akan pilih biru bukan purple? –> after I story mory

I just smile. Kadang bantuan Allah itu dalam banyak hal kan.

Alhamdulillah. Tq Allah for everything.

Sebuah Quran warna biru, may you be our witness later, may you help my kids forever amin.

Selamat berpuasa uols. Semoga diberkati Ramadhan ini. Entah kenapa kali ni sayu lebih ye tak ke aku sorang je rasa ni?

2 Comments

Diy meja palet, mini garden dan BBQ sepantas kilat!

12/05/201817/05/2018

Assalamualaikum. Sekarang memang malas nak fikir tajuk. Jadi post kali ini adalah rangkuman projek diy terkini dekat rumah iaitu meja palet untuk taman, taman mini berkolam ikan telah mati 2x dan bbq party sepantas kilat. Ceritanya adalah selepas ini.

Sekarang memang tengah panas pilihanraya kan. Saya dari sebelum, sedang dan selepas tak delah ambil port sangat. Sebab saya rasa kau sokonglah mana-mana pun, kau juga yang kena membanting tulang bekerja setiap hari. Kau jugalah yang perlu ubah nasib diri dan keluarga. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk negara kita. Kita pun dah tak berapa lama lagi nak hidup. Harapnya generasi anak-anak kita nanti semuanya baik, tak ada korupsi, negara pun makmur. Islam tak pernah dilupa. Anak-anak dah besar letih juga nak menjawab persoalan aku undi parti apa -_-“, apa beza Umno, Pas, Amanah dan lain-lain. Oh my! Okeh as I am really bad at politics let s move to the topic todayyy.

Diy meja palet

Okey selalu berangan adalah meja taman besi warna putih kat luar. Survey sana sini SSF Home Deco bagai. Tapi Papa cakap since kitorang ada stok kayu palet jenis pine untuk photobooth dulu, dia rasa dia nak buat meja. Saya macam urm – rasaa???

For your info dak Papa ni dia sangat bizi. I memang ragui bukan kebolehan dia cuma masa dia tu. Papa ni memang pernah cat seluruh rumah kitorang dalam dan luar (dengan adik dia), buat wiring masa renovate rumah (pun dengan abang dia) dan sentiasa melayan apa-apa jua projek merapu yang aku dapat ilham seperti buai kayu dll. Talent saya seperti biasa adalah memberi cetusan idea, lepas tu dia yang akan terover excited plan nak buat itu ini (yang aku satu hape bende tak paham bab teknikal ni) pas tu tetiba benda tu siap. Kiranya dia ni suka mendengar idea lah lalu akan dikembangkan idea ittew menjadi realiti.

Tapi plan dekat 2 minggu jugak dengar nak buat-nak buat tapi tahu dia sibuk gila so saya rasa meja ni mungkin akan siap tahun depan. Lepas tu di satu petang yang damai…

meja palet diy

tetiba dia bawak balik meja palet ni dengan 4 bangku. Bangku tu memang saya dah ada cuma 2 dah spray putih guna untuk party dulu. Saya macam urm pandai pulak dia ni buat meja. Mula-mula dulu ingat nanti mesti tak lawa hahah matik lah kalau Papa baca. Dia kata dia cuba aje buat jadi pulak. Kalau siapa yang biasa baca blog ni tahulah Papa ni dia agak teliti nak ukur tu betul-betul precise you. Takde macam aku ni ha malas-malas nak ambik pembaris bagai. Ketidaktelitian? Never exist in dak Papa’s life. Kenkadang rasa terharu gak mesti dia teliti masa nak pilih aku dulu kan wakakak –> menyedapkan hati -_-”

diy succulent

Oh yang atas meja ni orang sekarang panggil succulents? I bajet adalah tumbuhan kekaktusan (tanpa daun) dalam pot kecil. Ica teringin so bagitau Papa dia juga yang pergi belikan. Bekas tin tu memang ada dah lama beli di Kaison cuma tin tu dilubangkan di bahagian bawah dia (guna drill gun), tanah hitam pun ada projek tanam herba dekat dapur (read: daun bawang) hari tu. So benda-benda ni pokok, batu, cendawan, candy stick tu semua ada jual kat kedai pokok. Saya suka plan benda-benda gini kalau cuti panjang so budak-budak akan excited gila. Belakang tu Aiman punya. Si Amira (sepupu) pun dah dapat riang ria bawak balik 1 tin. Pendek kata siapkan duit ajelah untuk benda-benda macam ni sekarang dah banyak pilihan. Tapi budak-budak suka. Pokok sila bertahan jangan mati cepat ok.

Mini garden revisited

diy mini garden

Walaupun rupa kolam ni tak berapa nak semenggah tapi saya share jugak lah. Bab luar rumah biasa Papa yang kemas. Kolam ni tak tahu kenapa dah lama terbengkalai macam tu aje mungkin sebab Papa tu yang sibuk gila. Kolam tu ada, pam tu sentiasa on, tapi ikan tak ada. Ada 1 malam tu saya terjaga pukul 3 pagi sekarang dah macam mak aku kat kampung sibuk slowkan kipas dengan tutup aircond bilik orang malam-malam 😀 Lepas tu masa renung kat luar tengok kolam ni suram aje macam eh nampak sangat aku tak pergi area sideyard ni?? (opposite of backyard)

Esoknya bagitau Papa kenapa kita bayar bil tapi kolam takde ikan bla3x. Terus dia mengambil langkah proaktif kata nak ambik grass carpet lama saya nak tampal, lampu photobooth saya nak hias, cendawan 2 ketul tu saya jumpa dekat stor. Bermulalah kerja-kerja penampalan rumput palsu itu guna gam beli kat kedai hardware. Dia ukur, lepas tu gunting, lepas tu tampal. Kolam tu memang sedia ada. Cuma lantai tu ditampal grass carpet yang beli meter. Saya beli 1 meter dekat kedai supply barang pengantin dalam RM110 dulu. Cukuplah untuk cover area ni. Nampak juga kesan-kesan gunting tu tapi overall I okey aje asalkan kau tak suruh aku buat haha.

diy gam rumput
Inilah gam untuk tampal fake grass carpet tu RM20 setin beli di kedai hardware

Lampu tu ada tapak kayu sebab untuk photobooth dulu. Papa buat satu plug untuk lampu petang tu juga. Bunga tu tambah kemudian. Oh anak-anak yang timba air kolam lama, cuci dan tambah air baru. Berarak pergi beli ikan. Saya pesan beli ikan yang susah nak demam sebab kita ni malas nak jaga. Macam pokok kat rumah semua mana pernah siram memang tahan lasak. Ica si lurus siap pesan kat Papa- Mama suruh beli ikan susah nak demam haha. Sejarahnya ikan kap 5 ekor tu hidup 3 hari lepas tu mati. Papa beli baru lepas tu masa tukar air lupa letak ubat klorin dah arwah lagi. Takpelah dah ajal dia sampai di situ saya cakap. Kita belilah lagi nanti.

BBQ party instant

diy meja palet

So meja dekat luar ni selalu letak tepi kolam lepak dekat sana. Belum boleh letak open air sebab Papa belum syelek lagi. TIP guna kayu palet adalah pilih kayu palet jenis pine sebab warna cantik, ira kayu nampak jelas, ringan, dah mudah nak paku, cabut paku ke. Papa cakap senang aje buat ni sebab ini bukan kayu pine yang berat yang biasa orang buat tapak angkat barang-barang tu. Harga memang mahal sikit sebab dia jenis yang baik sikit.

Bila cuti lama ni saje tergerak hati nak makan kambing, tapi bbq sendiri sambil lepak tepi rumah. Papa terus kata ok, pergi beli barang dekat Mydin yang dah siap marinate, pinjam ayah dia punya grill, terus malam tu on. Gembira lak rasanya malam tu appointment aku dengan kuali dan periuk nasi kat dapur tak ada haha —> letih woi hari-hari masak.

Budak-budak happy gila..

Anak dah besar-besar ni nak kena kreatif sikit merancang aktiviti. Lebih together2.

bbq party

Memang berguna grill ni mentua punya. Belah suami saya memang selalu buat bbq cuma saya prefer private party kali ni. Lagi satu plan nak buat birthday Ica ala-ala backyard party jadi nak tengok cukup ke peralatan rumah, apa nak standby barang-barangnya. Nak standby kipas berdiri sebab panas gak kat luar gitulah miss perfectionist memang gini semuanya nak direadykan hehe.

bbq party 2

Nak senang beli aje yang dah siap marinade kat Mydin, ambil kuah lebih, balik tu perap sosej sekali. Rumah saya memang jarang lah makan benda-benda segera macam hot dog, burger ni. Sekali-sekala boleh lah. Saya particular juga bab makan-makan ni. Kalau anak teringin McD drive thru le. Kat hujung sana tu sibuk si Siti Rubiah enterframe. Cubaan nak famous lettew…

diy meja palet 2

Kau tengoklah dengan rumput tak sempat nak panggil Bangla potong, si Ica dengan Aiman yang kemaskan meja cawan semua tu. Ada khemah Ikea siap pasang sekali itupun hampir nak buang sebab rasa tak relevan anak umur 9 dan 13 tahun sekali dia duorang berebut pulak khemah -_-“. Ada banyak imperfections dalam post ni. Kalau dulu saya tak akan post gambar yang tak kena, tak cantik, malu dengan orang rumah kau tak lawa/ tak kemas/ tak bergaya. Pagar cat terkopek haha (Papa bila nak cat tu Pa?) tapi ada banyak kenangan di sini.

Kita 4 orang bergelak-ketawa pilih barang kat Mydin. Semua boleh beli makanan pilihan masing-masing.

Aiman nak pilih yang belum marinade kau dah kenapa ini dah pukul 5 mana sempat kau nak marinade pukul 8 karang kau nak bakar. Kau ingat Mama kau ni pandai nak perap secara ultimate cepat macam tu?

Tentang anak-anak yang asyik tanya bila kita nak susun barang ni Mama? Saya cakap biarlah gelap sikit sebab malu kat jiran nak pergi masjid haha. Relevan tak malu gitu maksudnya orang sibuk gi masjid kau sibuk nak buat bbq. Gilo kan perasaan macam tu haha.

Ada banyak video dan gambar malam tu. Semua orang pun happy. Kucing pun kenyang.

Kadang-kadang life is about imperfections. Kau rasa hidup kau tak sempurna tapi sebenarnya tak. Dah cukup sempurna dah sebenarnya. Cuma mata kita yang selalu mencari kekurangan.

Oh Aiman nak balik tuisyen in 1 hour so I have to cook. Kau masak apa aje habis sekarang sebab again–> anak-anak tengah membesar. Thank you for reading this post-  meja palet untuk taman, taman mini berkolam ikan telah mati 2x dan bbq party sepantas kilat. I always noticed that HOME is where my heart is. Kalau orang lain suka bercuti atau apa-apa benda lain pun, kelegaan bagi saya bagi hari yang penuh serabut adalah balik, buka pintu rumah, rumah saya bersih (di mata saya) dan adanya orang-orang yang saya sayang yang dipinjamkan kepada saya. Kadang jadi monster but still HOME is where my heart is.

Always.

Jumpa lagi. Bye!

1 Comment

Be like you…

04/05/201804/05/2018

Hi. Kerap juga feeling nak menulis sekarang ni jadi baguslah. Life has been so hectic nowadays hence I need a little escape here.

Kadang godek blog tengok artikel lama kat Tazkirah net. Bila baca artikel Stephanie Kurlow kat sini yang berkata – for me dancing is like flying deep inside me I relate it to myself that

for me writing is like flying –> yang feeling diri penulis sahaja akan faham ayat ni

Kerja saya setiap masa adalah mengarang ayat sahaja. Nak bagi klien dan hakim faham apa yang cuba disampaikan. To simplify complicated things. Dulu saya selalu ikut sample orang bagi tak tahu zaman bila punya end up kena marah kaw-kaw depan hakim yelah kau simply tiru adjust sana-sini. Akta pun tak baca bila kena marah 3 hari tak boleh tidur sebab malu dengan lawyer lain kena marah dalam open court. I learnt the hard way. Tapi sebab kena marah tu lah I reti buat research, go to library, deliver my own submissions or theories and alhamdulillah never lost in battles. Selalu ingat nama hakim tu sebab dia marahlah I tak pernah kalah kes selama ini. Semoga Dato dianugerahkan kesihatan yang baik untuk marah lawyer2 baru nak up yang lain haha –> busuk hati tak 😀 . Kata nak kan kejayaan kan?

Kadang kau nyampahs orang marah, ajar kau tapi orang tu lah yang nak betulkan kau. Kalau tak ditegur, kau ingat kau jadi orang?

Oh esok Abe Aiman ada tournament. Saya tak pernah suruh masuk alih-alih dia nak masuk sparing. Sparing tu tahu kan yang orang lawan tendang-tendang tu. Budak form 1 dia sorang aje yang masuk lain semua seniors. Saya selagi kau suka, kau tak abaikan belajar, mengaji semua, kerja-kerja rumah –> silakan masuk.

Saya pertama kali masuk sparing masa umur 18 tahun dekat UKM. Saya menang gangsa 2 tahun berturut-turut. Kolej saya kolej sukan jadi mesti masuk apa-apa aktiviti kalau nak stay dalam kolej. Saya walau anak cikgu adik-beradik semua tengah naik manalah mampu nak duduk luar sewa rumah semua. So nak hidup kena pandai-pandai senior ajar masuk taekwondo confirm stay kolej so kemudahan cafe, bas semua 24 jam. Saya memang suka taekwondo so takde hal nak masuk tournament.

Bila Aiman nak masuk ni rasa terharu pun ada. Takde sape pun suruh dia. Dia cepat umur 13 dah masuk sparing. Tak taulah apa perasaan nak tengok anak kau nak kena terajang besok. Kadang kat rumah tengah buat homework tetiba dia bangun lantas menerajang ke belakang terperanjat jugak sis gaya praktis begitu. Rumah saya ada cermin besar so konon melihat gaya sepakan ke belakang kat cermin lettew. Excited dia nak pergi tournament ni dah dapat t shirt wakil sekolah kalau boleh nak tidur sekali dengan t shirt tu. Bila dia dah register baru saya bagitau saya dulu pun masuk sparing juga. Happy je dia dengar. Mamat ni dah bujang so ada juga saya mengamalkan nasihat Cikgu Titanium yang kata belajarlah let go-budak lelaki ni lain sikit. So saya bagitahu dia i trust you so dont break my trust ok. Nampaklah perubahan kepositifan hidup dia tu bila kita mula percaya (tapi bukanlah sepenuhnya). I pun dah tak de stress sangat hari-hari boleh aje rupanya dia menguruskan kehidupan dia siap buat kerja rumah, kerja sekolah semua tu tanpa disuruh-suruh dan buat keputusan sendiri. Sekali sekala kau spot checklah. So far so good so thank you Cikgu Titan atas nasihat yang bernas itu. I read all comments tau selama ni tapi tulah ada tak sempat nak balas.

Aiman ni dia minat subjek bahasa kadang bila dia menulis dia cakap dia nak jadi macam saya. Saya macam haa lawyer ke? Tak payah laa

Abang nak jadi penulis macam Mama.

Mama hebat, Mama penulis —> referring to Tazkirah Net

Yang aku rasa macam nak tercekik pun ada sebab saya sebenarnya dah berhenti menulis di sana. Tak tahulah bila nak start semula.

Tapi dalam ingatan dia saya sentiasa seorang penulis sebab dia pernah nampak profile menulis saya di sana dulu. Kagumlah kononnya di situ.

Dengan Aiman ni boleh heart to heart talk, saya selalu nasihatkan dia untuk sentiasa mengejar impian dia, saya selalu percaya dia akan berjaya sebab kita dah melalui macam-macam cabaran dari dia selalu sakit, orang cakap tak pandai, lasak melampau, ketinggalan dalam pelajaran tapi last minute biasanya dia akan mengenepikan semua tanggapan itu.

I pray that you ll be better than me, to fly higher than me, and of course to kick better than me 😀 !

Aiman good luck sparing esok 5/5/18.

Ok bye!

#betterthanme

#shouldijeelingmauttheotherteam?

#shouldisabotagethem?

#justkiddinguols

2 Comments

Oh no Tony Stark!

03/05/201803/05/2018

Hi assalamualaikum.

Kepada yang belum tengok Avengers Infinity War jangan risau takde siapa nak bagitahu sinopsis filem di sini.

Kids penuh penantian dan pengharapan nak tengok tapi I am not so Avengerians (?) sangat but still pergi juga. I prefer cerita yang kurang stress seperti Peter Rabbit haha. Cerita hantu is a big no-no. Selalu juga layan budak-budak ni tengok wayang kat Melaka best tengok dekat MBO Elements Mall sebab baru.

Ica tak sangka pulak dia suka balik siap google watak Avengers. Masa tengok cerita yang not Avengerians akan pening juga nak kenal pasti watak-watak ni lama baru paham oh ini Thor, Black Panther bagai. Aiman? Mata dia tak lekang dari screen, makan minum pun tak lalu. Baguslah nak, bolehlah mama habiskan mini bites itu dengan aman dan tenteram hihi.

But Iron Mask oh.

I just realised I membesar dengan cerita Iron Mask. Tony Stark dengan empayar bapa dia. Gelfren dia Pepper all I remember. Cerita Avengers kali ni ada kissing-kissing sikit tu tak taulah macamana boleh lepas. Kalau kat rumah terus I tukar channel (kuasa veto) dah kat panggung kau nak dihalau ke tetiba tukar cerita lain -_-“.

Ada satu part Tony Stark nak mati (eh terbagitau lak ye) tetiba hatiku berdegup kencang oh my please dont. Sedih tetiba suasana dalam wayang (bagi diri ini) nak menyaksikan hero zaman remaja ku nak pergi. Sedikit sebanyak faham lah anak kawan I Normah si Inas cakap cerita tu macam ruined my childhood memories —> gittew kellas Inas punya ayat puitis sungguh hehe.

Ada sesetengah cerita kau ingat seumur hidup kau. Macam Iron Man dah berapa puluh kali kut tengok macam cerita Jackie Chan. Walaupun bila keluar TV3 mengeji juga ala balik-balik cerita ni kedekut TV3 ni. Tapi keluarlah 20x pun mata we ols laki bini tetap tengok sampai habis especially cerita Fast and Furious. Masuk berita night line pun mengeji TV3 dah kenapa kau ada berita tetengah malam begini???

So to all Avengerians or half Avengerians like me, cerita tu not bad. I selalu pesan dekat anak-anak ambil apa yang baik dan lupakan yang tak baik. Hidup ni tentang membuat pilihan yang betul. Manalah ada manusia yang ada kuasa hidupkan orang mati dan buat sesuka hati macam dalam cerita tu. Tengok boleh, percaya jangan —> jangan obses. Lepas tu Aiman cakap yang I ingat sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila adalah ada watak dalam cerita tu macam gambaran Dajjal-hidupkan orang mati, berkuasa etc.

Urm, macam saya cakap, sendiri tengok, sendiri fikir.

Hidup ini sentiasa tentang membuat pilihan.

Kalau ada pendirian, orang campak kau kat mana pun, kau jadi orang. Insya Allah.

Jumpa lagi.

3 Comments

Best ke makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak?

27/04/201827/04/2018

Assalam hi. Just quick update sebelum sis meroyan lama tak update blog. Baru-baru saya dan kroni pergi makan di Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai Perak.  Trip ni memang tak plan langsung actually mentua yang nak bawa cucu-cucu semua pergi wedding di Perak tapi akhirnya ada hal lain so family saya yang pergi ganti sebab bilik hotel semua dah book. Papa tanya saya ok ke tak dan saya pun cakap ok je. I never expected anything except pergi jalan jap lah macam biasa gi kl ke eventhough ada dengar pasal nasi buluh bagai tu I macam ok fineee. Diriku bukan buruk lantak sangat pun khens —> kononnya

So you got nasi buluh?

That don’t impress me much

– lagu Shania Twain. Gittew

Perjalanan ke Perak lebih kurang 4 jam. Bawa sekali kroni wajib anak buah Danial dengan Amira yang memang akan dihangkut ke mana-mana hotel hopping kat Melaka ke, Sukan Sea bagai. Diorang ni sebaya anak-anak saya so saya suka bawak supaya budak-budak ni ada kawan takdelah kejap-kejap panggil Mama Mama dalam kereta dan diorang semua ni kelakar. Saya agak suka juga travel dengan budak-budak sebab saya memang suka budak-budak kot. Budak-budak jujur tau kau nak tau diri dah gemuk ke kurus pada pandangan manusia sejagat kau tanya diorang. I selagi Ica cakap Mama ok Mama tak gemuk pun I ll be just fine sambil belanja dia aiskrim depan sekolah sebab cakap I lebih kurus dari suspek-suspek yang I kenalpasti depan sekolah hahah.

So dipendekkan cerita bila sampai dekat area Sungkai Perak ni, senang aje nak cari kedai dia, please google because ladies are not good with maps ok, sekali tengok penuh gila parking dengan kereta motor besar bagai. Saya macam ok not good, not good. I am not that penyabar enough to wait, to park jauh-jauh tapi bila teringat Papa lelaki melayu terakhir yang kena cari parking I macam cool gittew. Terus cakap Ok anak-anak, sila berdoa dapat parking ye. Doa anak-anak kan makbul!!! Haa terus mode ustajah di situ. Kumat-kamit budak-budak ni baca sambil diaminkan oleh ostad Aiman (kononnye sebab dia sekolah agama). Dan seperti selalu, ya saya confirm selalu berlaku, tiba-tiba ada kereta keluar parking at the perfect spot dan Papa pun menunjukkan kemahiran parking sisinya yang sering membuatkan saya jatuh cinta. Ewah parking sisi pun nak jatuh cinta bagai. Ah lega dapat parking depan kedai puteri lilin macam nilah me no likey jalan panas-panas haha.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 1

Haa kitorang memang parking dekat depan ni. Never underestimate doa anak-anak especially budak-budak kecil tau. Masa ni dah pukul 2 lebih perut dah lapar gila saya bermohon kepada Ilahi agar janganlah tempat ni buat pasal nak lembap ambik order ke. Memanglah bawak bekal dari Melaka tadi segala jenis bagai ration tapi anak 4 orang jadi semua dah kena bedal. Bila jalan ramai-ramai ni merasalah title anak 4 orang kelakar jugak macam-macam perangai. Bila sampai sini untung anak dah besar-besar so yang lelaki terus cop tempat yang gegadis biasalah 100x nak pergi toilet tak sudah-sudah dari Melaka tadi. Kau orang minum air berbotol-botol asyik nak kencing ye? Toilet adalah horrible sikit kapasiti tempat tu dekat 200-300 orang dalam satu-satu masa sekali toilet dia untuk 2 lelaki dan 2 perempuan je. Kau rasa? Dengan segala pampers anak orang travel bagai oh my Nasi Bamboo Sungai Klah you seriously need to improve this toilet matter.  Surau ada tapi tapi saya tak masuk sebab nak jamak solat dekat hotel nanti. Lagipun masa lapar mana boleh solat wei kena makan dulu alasan sangat haha.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 2

Ini pemandangan bahagian bakar-bakar. Ada ikan, ayam dara, ayam mak dara ewah, ayam bunian (seriously no joke), kambing, ikan keli dan banyak lagi. Mula-mula masuk memang tak faham macamana sistem dia ni lepas tu baru faham. Biasalah otak jenis nak fikir sistem, kordinasi tempat bagai —> organized kononnya. Tempat makan di sini dibahagikan ke beberapa stesyen. Ada stesyen nasi buluh (nasi dia dalam buluh aje ya kat situ jangan nak nasi briyani ke), stesyen bakar-bakar (gambar yang atas ni), stesyen lauk-pauk, stesyen air, stesyen bakeri (yup kek tart semua ada), stesyen goreng-goreng macam pisang goreng, stesyen manisan macam coconut shake, ABC, buah dan banyak lagi. Ada juga dia promo dessert aiskrim durian pendek kata kalau kau bawak orang cerewet mana pun dia takkan mati kebuluran dekat nasi bamboo Sungai Klah ni sebab bubur pun semua ada. Bubur chacha eh macam-macamlah. Nak kena cari aje.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 4
Cemas lettew adik ni blogger terkenal nak review lantas menjadikan post nasi bamboo sungai klah ni dekat 1st page google dan adik terkenal 8 keturunan –> perangai memang macam ni suka berangan haha

Amazingly, walaupun kau lihat ramai gila manusia beratur, tapi semua bergerak laju aje sebab pekerja dia ramai gila. Saya yang malas beratur ni pun tak sempat nak marah ok. Laju aje dan tiada kehegehan di kaunter. Lauk pauk boleh pilih nak mangkuk besar mana nanti dia isikan. So faham kan nasi buluh kat kaunter lain, lauk ni di kaunter lain. Macam saya anak-anak dah duduk kat meja so dah hantar siap-siap makanan buat alas perut macam kerang rebus, buah, air. Ada banyak kiosk jual makanan kat situ so kau boleh aje beli dulu untuk family sementara nak pergi beratur beli makanan berat. Nanti dah ambil lauk-lauk ni, bayar kat hujung kaunter. Harganya pun ok, takdelah mencekik sangat.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot spring sungkai perak 3

Ini semuanya lauk-lauk kampung dan semuanya memang nampak menyelerakan, jangan tengok adik tu pulak -_-“. Saya beratur 2 kali juga beli kerang hantar kat meja (Ica hantu kerang) lepas tu baru tambah yang lain. Makanan dekat sini rasa dia macam kau makan dekat rumah atau dekat kampung. Bagi saya ok sedap. Lain orang lain seleranya kan.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot spring sungkai perak 5

Dekat sini ada juga Rendang Tok yang glamer tu tapi takdelah banyak sangat makanan Perak sahaja kat sana. So far saya happy dengan pemilihan lauk yang pelbagai, bersih tempatnya dan tiada staf yang poyo haha. Kalau masak sedap macamana pun tapi eksyen, me no likey hehe. Introvert beginilah suka tengok perangai orang ada aje teori itu ini -_-”

Papa masa ni dia beli nasi bamboo atau nasi buluh tu. Lepas tu pergi beli ikan dan kambing bakar. Saya pula pergi beli lauk dan air. Air dia jual dalam gelas atau dalam jag terus. Satu jug sirap RM6 dah tu mintaklah berapa cawan nak. I opt for jag senang budak-budak jangan nak banyak songeh nak pilih-pilih air. Dua kali juga pergi beli air ni. Air kelapa, ABC ke ada beberapa booth lagi yang korang boleh pilih sendiri di tempat lain kalau memang niat nak menambah kandungan gula dalam badan. Memang lautan manusia juga kat sini tapi kerusi kosong tu memang ada aje cuma kena pandai-pandai cop. Mana yang family kecil dengan baby ke wife memang kena duduk dulu dengan baby dan si bapalah kena berkorban ulang-alik beli makanan ye. Kadang tengok yang ada baby kesian juga sebab fahammm sangat (been there) tapi bila lagi kaum bapa nak dapat pahala ambilkan makanan untuk anak bini pakai dulang ye tak. Oh yes semua lauk ambil isi dalam dulang silver ayan macam gambar atas ni. Ha apa lagi silalah sopan-santun bawak dulang dengan mangkuk bagai tu sambil kawal step jangan buat malu kampung okey 😀

Habis kau dah penat-penat ambik makanan beratur bagai ni, best sangat ke makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah ni? Berbaloi ke akak nyanyikan lagu Shania Twain tu tadi???

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 6

Sejujurnya bagi saya sefamily memang sedap. Dah kenapa lauk-pauk ini terhala kepada saya adalah sebab saya nak ambil gambar–> penafian haha. Range harga lauk bakar-bakar dekat nasi bamboo Sungai Klah ni dari RM10 ke atas. Kambing bakar, ayam bakar dan lauk lain kerang semua kat meja budak-budak dan dah selamat kena bedal. Masa ni memang malas nak ambil gambar sebab dah lapar gila. Macam bakar dia tak bakar guna oven ke tapi guna bara macam tradisional. Saya bukanlah food hunter sangat tapi bila rasa ni baru faham kenapa ramai gila orang datang nak merasa termasuklah konvoi motor besar dan artis vvip semua. Untuk vvip ada bilik air conditioned yang boleh dibook. Selesa lah sikit kan. Lauk memang sesuai dengan tekak sis yang kampung gila ni. Dan apalah maknanya kau makan lauk-pauk ni tanpa signature dish dia ni kan?

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 01

Nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak.

Masa dapat tu rasa cam banyak gila lak nasi ni biasa saya makan separuh aje nasi. Tapi lebih mengejutkan bahawa saya boleh habiskan nasi tu dengan yang bakar-bakar aje. Dasarr. Lauk-lauk lain tu lambat sikit habisnya sebab kita akan makan yang bakar tu dulu sebab sedap sangat. Meja sebelah saya tengok pun sama tak berapa makan sangat lauk-lauk lain. Jadi kalau pergi sana unless korang ramai sangat boleh lah ambil lauk kuah bagai sayur semua tu banyak-banyak. Kalau grup bawah 10 orang macam saya ni ambil bakar-bakar tu lebih dan yang lain-lain tu cuma buat syarat ajelah pun dah lebih dari cukup.

Oh ya nasi bamboo ni ada aje trolley yang ditolak sepanjang hall tu kalau korang nak beli buat tambah nasi. Kut tadi malu dengan adik tu takut dilabel pelahap ke atau tetiba teringat pesan Kevin Zahri nasi segenggam bukan sebuluh ye. So satu nasi buluh ni harga RM2 aje. Dia akan bunyikan loceng macam aiskrim tu so boleh panggil adik trolley tu nanti dia hantarkan nasi tu bayar kat situ jugak. So jangan cemas kalau tengah makan, nasi pulak tak cukup. Keep calm and continue eat nasi bamboo ok.

Bagi saya, Papa, Aiman, Danial makanan dekat sini memang sedap. Yang gegirl pulak lebihkan makan kerang rebus sudahnya lauk lain tak berapa makan. Balik tu singgah beli buah dan kek dia. Papa siap tapau nasi buluh, ikan keli bakar dengan ayam bunian bakar (kau mampu bagi nama mengerikan macam ni) buat makan malam sebab lepas ni nak check in kat Felda Residency Hot Springs kat Sungkai Perak ni juga. Dengar kata tempat ni jauh ke dalam dan susah nak cari tempat makan. Jadi lepas mandi dekat air panas dia sure lapar so dah siap-siap tapau nasi dan lauk. Ikan keli bakar ada kuah kicap yang sedap gila so far yang bakar-bakar memang kena sangat rasa dia dengan nasi bamboo ni.

Saya singgah makan dekat sini 2 kali masa sampai Sungkai dan masa nak balik Melaka esoknya. Kebetulan masa nak balik beli kek rupanya yang jual tu adalah owner Nasi Bamboo Sg Klah ni one nice lady umur dalam 40-an. Dia cerita buluh dan daun tu dia upah orang asli cari dalam hutan dan asalnya kedai dia hanyalah warung di tepi jalan aje. Tapi ada viral sekali teruslah jadi macam ni, kata dia merendah diri sambil tersenyum. Saya kepoh tanya sebab budak-budak ni tak sudah-sudah tanya asal-usul daun tu apa kau nak masak nasi buluh kat Melaka ke? So bila jumpa owner teruslah tanya kan. Baik aje dia low profile duduk dekat dengan deejay. Ada deejay ok kedai dia macam kat rumah orang kahwin.

Bagi saya viral tu semua adalah aturan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk dia. Tapi viral tu pun takkan terjadi kalau dia masak ala kadar aje masa tu. Bila makan makanan yang ikhlas dimasak kita akan rasa kesedapan dia. Dan bukan senang tau kau nak cipta satu sistem pergerakan orang dalam restoran kau yang ramai gila umpama buat kenduri kahwin tiap-tiap hari dengan berpuluh-puluh pilihan makanan yang pelbagai yang mostly nampak sedap. Sampai tak larat nak pilih. Deep inside my heart I respect her and the entire team.

Except the toilet (still tak puas hati haha tapi lupa nak complain hehe), we definitely love Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak. Danial sampai hari ni cakap Makngah apa lagi pegi nasi bamboo jom! Tak move on lagi budak ni haha kau ingat Perak tu dekat?? Masa makan kat sini kita bergelak ketawa and enjoy the time lepas tu terfikir budak-budak ni dah semakin besar wei dah boleh jaga diri sendiri oh time is running out. Agak-agak dorang sayang dan ingat tak kitorang bila dah besar nanti? —> tetiba nak emo. Kalau ada masa nak ajak budak-budak ni pergi bercuti backpackers kat pulau pulak walaupun macam seksa sikit sebab yang gegirl adalah sedikit divas. Ok till then jumpa lagi di next post saya tentang Felda Residency Hot Springs Sungkai Perak. Hotelnya biasa sahaja ok tapiii… ada something yang budak-budak ni suka gila. Thank you for reading. Bye!

3 Comments

Posts navigation

1 2 3 … 40 41 Next Page

Pages

  • Siapa saya?
  • Tip dekorasi
  • Tip Kucing

Instagram

Recent Posts

  • Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • Lelap
  • I translate..
  • Join Slimfit 2018 Bukit Jalil!
  • 2 minit

Recent Comments

  • yosef krisna on Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • yosef krisna on Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort
  • dalin on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dewi on Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?
  • dalin on 5 Sebab Kenapa Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Agama KAFA

Most Popular Posts

  • Tip Jaga Kucing Sakit Mata dan Selsema
  • Malaysia Best Blog 2015
  • Artikel 7 Mama vs. iPad
  • 7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik
  • Tip shopping barang deko di Kaison
  • Tip ubati batuk dengan lemon dan madu
  • Tempat makan asam pedas yang rare di Melaka
  • Best sangat ke tudung neelofa ni?
  • Home decor ideas: DIY spray
  • Doa lembutkan hati anak

Categories

Archives

  • December 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (6)
  • April 2018 (2)
  • March 2018 (1)
  • January 2018 (3)
  • December 2017 (2)
  • November 2017 (3)
  • October 2017 (5)
  • September 2017 (2)
  • August 2017 (1)
  • July 2017 (5)
  • June 2017 (3)
  • May 2017 (9)
  • April 2017 (5)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (8)
  • January 2017 (6)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (7)
  • October 2016 (5)
  • September 2016 (3)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (3)
  • June 2016 (8)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (8)
  • March 2016 (9)
  • February 2016 (12)
  • January 2016 (4)
  • December 2015 (9)
  • November 2015 (11)
  • October 2015 (13)
  • September 2015 (15)
  • August 2015 (13)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (11)
  • May 2015 (12)
  • April 2015 (19)
  • March 2015 (24)
  • February 2015 (17)
  • January 2015 (24)
  • December 2014 (31)
  • November 2014 (31)
  • October 2014 (17)

Blog hits


Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Site made with ♥ by Angie Makes
Angie Makes Feminine WordPress Themes