5 langkah asas buat foodprep dan jangan buat 3 kesilapan ini!

Assalamualaikum. Kali ni saya nak share tentang 5 langkah asas buat foodprep untuk beginner, dan 3 kesilapan yang saya buat, anda jangan buat pulak 🙂

Sejarahnya, saya memang tak suka masak selalu sebab dapur akan berkecah. Rumah saya kalau boleh nak kemas aje. Dapur adalah bahagian yang saya tak renovate sebab saya rasa tak penting kot masa tu (menyesal gak haha). Saya dulu jenis beli barang basah, lepas tu perukkan dalam peti sejuk. Ayam, ikan akan keluar masuk peti kadang masak kadang tak, sayur-sayur akan rosak bila nak guna. Bagi saya masa tu, asalkan rumah saya bersih, mat salleh kata spotless, tak masak hari-hari pun takpelah kan. Janji keluarga saya makan.

Tapi bila anak saya darjah 6, dia kena gastrik yang serius. Mungkin sebab selalu makan luar dan sibuk juga nak upsr masa tu. Sejak tu saya masak hari-hari juga. Sarapan, bekal, dinner. Lunch masa tu still kat kedai lagi.

Sampailah saya ada akaun Insta, follow kak yatie kitchen, masak cam senang aje dia buat. Lepas tu follow wanakamal79, cikinadodocheng dan  icookweeat. Lepas tu saya semakin suka masak. My husband is the happiest pasal bini dia dah pandai masak kari kepala ikan u haha 😀

Sepanjang pembelajaran saya tu, masak tu saya suka, tapi nak menyiapkan barang-barang time balik kerja tu adalah penyiksaan jiwa raga. Frankly, I still malas. So I try and error buat prep ni dan tibalah masa saya berkongsi di blog tentang foodprep ni.

Paling kelakar ada yang pm saya tunjuk gambar food prep depa, ada yang cakap dah beli bekas tapi letak ja dalam peti sebab tak sempat nak buat, ada yang cakap thank you sebab dah mula jimat masa + jimat duit. Yup memang betul. Bila dah start prepping ni, duit memang jimat sangat.

Tapi kenalah try and error. Saya sendiri ambil masa setahun untuk memahami selok-belok foodprep ni bagi mak yang bekerja. Lama-lama saya faham Allah ni maha baik. Sebab foodprep ni saya masih boleh masak hari-hari walaupun hari-hari jaga Ayah di hospital, even pada bulan puasa. Masak cuma ambil masa 45 minit dah siap kemas sinki + dapur dah (pinggan still ada kat tempat tus pinggan-motip nak lap cepat-cepat??)

Ok tip ini untuk beginner sahaja, harap dapat bantu sesiapa di luar sana.

  1. Cuba kosongkan peti sejuk

langkah asas buat foodprep 1

Kosongkan maksudnya keluarkan barang expired, yang takda harapan nak guna. Saya biasanya segala lebihan lauk, sayur, bahan basah akan diclearkan masa weekend. Stok barang basah saya untuk seminggu sahaja.

Jadi sebelum mula buat foodprep ni peti sejuk dah kosong dah.

Lap dan bersihkan apa yang patut.

Bila peti tu dah bersih, sel-sel otak kita akan mula berhubung.

Kalau nak inspirasi google aje fridge organization atau tengak kat Instagram #fridgegoal– confirm nak kemaih peti sejuk masa tu gak 😀 .

2. Senaraikan masakan yang menjadi kegemaran keluarga

Saya ada buku resipi personal yang simple- tulis tangan je. Ada senarai bahan dan step masak. Jadi bila nak beli barang saya tengok buku ni tahu dah nak beli apa. Kadang kita ni lupa bila nak masak itu ini takde.

Kita kadang nampak dekat Ig excited nak masak itu ini, tapi keluarga kita tak makan  pun. Mungkin kita sorang je yang suka makan lauk tu.

Bila masak lepas tu habis, lagi semangat kita nak masak kan.

Jadi tip saya dari membeli buku resipi/ save resipi kat Ig yang kita screenshot, simpan satu buku resipi kegemaran keluarga kita. Boleh buat kenangan untuk anak-anak kita nanti (kalau depa nak lah).

3. Beli bekas yang sesuai dengan bahan yang kita beli

langkah asas buat foodprep 3

Bagi saya, bekas yang baik adalah yang jernih. Sebab kita boleh lihat dekat dalam tu ada apa. Kalau nak lagi cantik, jelas, boleh letak label. Saya guna beli di Daiso aje sebab senang nak kopek semula. Tak sesuai beli yang permanent stiker tu sebab jenis suka tukar-tukar isi dalam tu. Guna bekas yang memang ada kat rumah pun boleh.

Contoh bekas untuk letak ikan, kena panjang sikit so boleh isi set-set cencaru segala. Lain-lain macam daging, sotong, udang tu bolehlah guna yang pendek sikit.

Nasihat saya beli jangan sekali banyak. Saya biasa beli 2 bekas dulu. Kalau sesuai pergi beli lagi. Boleh aje guna bekas yang sedia ada.

Bila dah ada bekas tu boleh adjust untuk letak maksima dalam peti sejuk nanti. Kadang bekas-bekas tu akan makan ruang kalau kita main beli ikut cantik aje.

Kena ingat peti sejuk tu kita nak letak lebihan lauk, buah, dessert dan lain-lain lagi.

4. Beli barang basah yang telah dirancang

langkah asas buat foodprep 6

Bahan ni kena listkan di kertas.

Contoh kalau nak masak kari kena ada serai, santan, rempah tumis – segala yang ada dekat buku resipi tadi.

Sayur pun sama. Beli yang anda gigih nak masak aje. Dan semua suka makan.

Beli pun agak-agak untuk 1 minggu atau kurang.

Saya biasanya Sabtu pagi dah mula beli. Benda paling utama macam bawang, halia, kunyit, cili boh tu wajib kena ada. Ikut keperluan keluarga masing-masing.

5. Mula bersihkan dan bahagikan ikut portion masak

langkah asas buat foodprep 5

Kalau hari prep ni biasanya saya akan makan di luar, atau masak sesimple yang boleh. Sebab akan letih gila.

Ayam bersihkan- letak tepung gandum sedikit untuk tanggalkan lemak dan hilangkan hanyir.

Ikan, udang, sotong bersihkan- letak perahan lemon/ limau kalau ada dan bilas.

Daging- potong lawan urat dan saya rebus dalam setengah jam. Dah sejuk baru simpan.

Sayur dan buah (bukan tropika pisang etc) rendam dengan cuka sedikit untuk hilangkan racun. Simpan sayur boleh alas dengan tisu.

Herba biasa tak cuci macam serai, daun limau dan kari. Sebab rasanya takde kena spray racun.

Bawang/ kunyit/ halia siap blend dengan minyak masak (agak2 asal boleh blend) kalau banyak frozenkan.

Lepas tu letak dalam peti sejuk/ freezer.

Kalau saya kan selalu tinjau balik peti sejuk (bukak katup) sebab rasa terharu sangat dah siapkan haha. What life has done to me? I am happy just to see a prepped peti sejuk haha T_T.

3 KESILAPAN FOODPREP YANG TAK PATUT KITA BUAT

  1. Beli barang, tapi tak rancang nak masak apa

Kita beli barang tanpa plan. Nampak aje beli. Sedap ni kalau masak.

Tapi bila nak masak itu ini tak ada.

Barang pula tak prep betul so mudah rosak.

Planning is the key if we want to avoid food waste @ buang duit ke tong sampah. This sound harsh tapi beli barang basah memang mahal dik non.

So make a list and live happily a week after.

2. Beli bekas mahal dengan harapan kita akan excited nak masak

Bagi kita kena beli barang yang ada brand baru berkualiti dan baru kita rajin nak masak.

Ada betul dan salahnya juga.

Barang berkualiti memang bagus dan tahan lama. Tapi dia takde kaitan dengan kerajinan nak prep dan kesegaran bahan (ini ada teknik).

Ia lebih kepada disiplin. Kadang  I dragged my feet to kitchen to prep. Rasa nak nangis kat sinki but who will see? Alah kejap je, dah siap nanti happylah.

Yang penting bekas tu food grade, freezer safe, bpa free dah settle. Start small but consistent. Itu aje.

3. Takde push factor untuk foodprep dengan konsisten

Push factor saya adalah saya nak bebas hutang (which I did this year) dan nak jaga kesihatan keluarga. Duit memang jimat sangat. Anak-anak dah jarang sakit kalau tak kejap-kejap nak ke klinik. Saya sendiri hilang 6 kg sekarang at 60kg. Masing-masing kurang kena sinus dah. And I produce less food waste. Sekarang kreatip sikit try habiskan apa ada kat dapur sebelum beli baru. Less time cleaning the kitchen everyday so I can focus on what is important in my life (read: browsing Ig for inspo haha). Mintak kena kecam sangat kan. Takdelah macam spend untuk family, beribadah agittew.

Lagi satu for introvert like me, makan kat rumah tanpa bertemu makhluk alam lain yang mengenali diriku adalah heaven haha.

Bila makan kat rumah moga tinggalkan memori untuk keluarga kita jugak. Lepas Mak meninggal, I cook more. Maybe because cooking reminds me of her. She loved to cook and we remember her like crazy. That is enough to kickstart me.

…..

Ok itu aje sharing kali ini. Semoga dapat bantu sesiapa yang teringin nak buat foodprep. Seriously benda ni adalah gamechanger in my life. Saya sendiri banyak belajar dekat Instagram aje. Foodprep ni bukanlah medan untuk kita bertanding sape prep dia bagus, sape tak buat dia bukan mak yang baik. Bukan macam tu. Bagi saya foodprepping ni adalah satu cara untuk ringkaskan urusan memasak kita hari-hari. Itu aje.

Selamat mencuba!

Drop a comment if you want to ask/ share your personal experience. Bye!

p/s: mat salleh panggil foodprep bila kita dah siap masak. Bagi saya foodprep is how i prepped the food to be ready to cook. my blog my rules gittew.

One thought on “5 langkah asas buat foodprep dan jangan buat 3 kesilapan ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge