You’ve got mail!

Assalamualaikum.

Baru-baru nak sesuaikan diri update blog malam-malam balik ni memang menduga.

Dah biasa tidur cukup tetiap hari hehe.

Bila berjaga sikit bukan main ngantuk lagi besoknya.

Last time post pasal Ramadhan tu saya tulis tak tau nak buat apa raya kali ni sebab Mak tak ada. Rasa blur rasa confuse sebab tugas mak-mak tu saya kena pikul sekarang.

Tak lama je besok tu bukak Ig nampak orang update status rindukan mak masing-masing yang dah lama meninggal. Ada yang hilang mak masa sekolah rendah lagi.

Dan saya terkedu sendiri masa baca tu..

Masa Mak baru meninggal tu, saya selalu sayu bila teringat betapa Islam sangat memuliakan anak yatim. Sampaikan kau tengok muka dia pun dapat pahala, apatah lagi menjaga dan memberikan sebuah kehidupan.

Patutlah Nabi Muhammad saw sangat menjaga anak-anak yatim ni sebab perasaan kehilangan tempat bergantung ni adalah tidak dapat dituliskan dengan kata-kata. Apatah lagi kehilangan pada usia yang sangat kecil. Ada rindu yang tak bertepi, ada soalan kenapa aku tapi semuanya perlu ditelan kerana dalam hidup ini kita perlu terus berjalan.

Pada saat kita rasa lemah kadang Dia hantarkan pesanan bahawa dah lama dipinjamkan Mak kepada kami. Dah 38 kali raya saya sambut raya dengan Mak. 38 kali. For that I must be grateful.

And I will be forever grateful insyaAllah.

Terima kasih Allah atas pinjaman ini.

Terima kasih atas pesanan-pesanan yang dihantar di kala kebingungan.

Terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan.

xoxo

Dalin Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge