Apa nak buat kalau dapat notis lelong rumah?

Assalamualaikum. Baru-baru ni saya dapat soalan ni dekat komen. Basically tentang apa tindakan atau apa nak buat kalau kita dapat notis lelong rumah?

apa nak buat bila dapat notis lelong rumah

Ok saya cuba terangkan dalam cara yang mudah difahami.

Notis lelong rumah ni biasanya akan dihantar oleh bank apabila ada tunggakan 2 bulan dan ke atas, bergantung kepada perjanjian yang kita tandatangan waktu beli dulu. Tapi, siapalah yang membaca sebiji sebutir perkataan dalam agreement tu. Peguam pun tak kuasa nak baca dik non. Tapi kesannya adalah sewaktu kita mula tidak dapat membayar mengikut masa yang ditetapkan.

Bila 3 bulan ke atas, bank yang ada sistem efisyen akan hantar notis kepada peguam untuk memulakan tindakan lelongan. Daripada notis tadi atau kita panggil Letter of demand (LOD), cukup masa peguam akan menghantar satu lagi Notis kemungkiran terhadap gadaian. Notis ni kiranya lebih serius kesan dia dan memberi masa yang singkat sebelum tindakan lelong difailkan di mahkamah atau pejabat tanah yang berkenaan.

Bagi tindakan lelong adalah penting peminjam atau penggadai mengetahui adanya proses lelong telah dimulakan terhadap mereka. Notis akan dihantar ikut alamat dalam perjanjian atau alamat terkini yang diupdate kepada bank.

Andaikata kita dah terima notis kemungkiran tu. Katakan tunggakan dah hampir 6 bulan. Kemudian kita ada buat bayaran tapi tak sepenuhnya. Bayaran ini diterima tanpa prejudis oleh pihak bank. Maksudnya, mereka mungkin nak 2500 tapi kita bayar 1500 dahulu. Mereka terima tapi mereka masih nak teruskan tindakan. Jadi walaupun kita bayar, proses lelong masih akan diteruskan dan anda mungkin terima surat untuk hadir ke mahkamah pula. Bank biasanya akan teruskan sampailah kita selesaikan semua tunggakan.

Ok bila terima surat dari peguam maklum tarikh sebutan atau peguam panggil siasatan- enquiry (maksudnya mahkamah nak tahu berkenaan pinjaman, peminjam, bayaran, tunggakan dan sebagainya), peminjam kenalah berusaha untuk hadir ke mahkamah.

Datang ke mahkamah ni a bit tricky sebab mahkamah memang mengelirukan, banyak bilik, ada kes depan hakim, ada depan pendaftar. Banyak kali saya jumpa orang datang tapi tunggu di tempat yang salah, sudahnya kes dah pun dipanggil dia pulak tak ada. Jadi usahalah untuk call pejabat peguam, maklumkan nak hadir, dapatkan nombor telefon peguam, dan buat appointment nak masuk sebutan kes dengan dia. Kena usaha sedikit, datang awal, dan call dia untuk remind.

Kenapa datang court masa proses nak lelong rumah ni penting?

Sebab kita boleh minta tangguhan dari mahkamah untuk penyelesaian yang munasabah. Contohnya kita nak selesaikan tunggakan lagi 2 bulan dan ada buat bayaran sekian banyak. Bila kita hadir, mahkamah tahu kita serius dan mereka ni sangat membantu orang awam.

Peguam pula kena faham kami ikut arahan bank. Tapi kalau peminjam sendiri datang dan mohon tangguhan, kita tak boleh buat apa-apa kerana kuasa di tangan hakim untuk putuskan.

Kena usaha untuk datang dan juga memberi cara penyelesaian yang munasabah dan boleh dipercayai. Semua dekat court tu dari lawyer, hakim, jurubahasa semua manusia biasa. Kita faham cuma kita ada etika kerja yang perlu dipatuhi. Jika peminjam usaha, insyaAllah ada jalan penyelesaian.

Prosedur lelong rumah biasanya mengambil masa yang lama anggaran 3-6 bulan dari tarikh LOD, ada yang lebih lama. Jadi kalau anda dapat notis untuk lelong rumah dan perlu hadir ke mahkamah atau pejabat tanah, jangan panik, tanya bank elok-elok nak kena bayar berapa, cuba bayar, dan datang sewaktu siasatan kes. Maklumkan apa masalah, cakap dengan teratur (ada buat bayaran/ akan buat bayaran), minta tangguhan. Budibicara memberi tarikh tangguhan adalah pada hakim. So try your best ok.

(Nota: Jika anda berjaya setelkan kali ini, kemudian mungkin akan tertunggak semula ke. Boleh cuba rujuk AKPK atau buat pengeluaran KWSP. Tapi kena check sendiri ok)

Itu aje sharing legal saya kali ni. Semoga bermanfaat. Tqsm Geena for the question.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge