Tip mudah dan murah atasi bibir kering dan merekah

Assalamualaikum. Dah lama sangat terfikir nak share tip atasi bibir kering dan merekah ni sebab I pernah suffer masalah bibir yang teruk. Sampai one stage I google and google and willing to buy anything that can cure it. Macam Maria Elena pernah share 1 lipstick ke apa, sampai siap aku survey benda tu harga ratusan jugak. Bibir saya memang sangat sensitif, even Maybelline pun ada jenis yang melepuh bila saya pakai (Avon is a big no-no), so nak beli benda mahal lepas tu takut alergik ke apa kan, baik tak payah. I tried few methods until recently baru ok bibir sistur. Alhamdulillah.tip bibir kering merekah

Ni gambar few months back masa rehat hari Jumaat feeling2 selpi kat bilik opis 😀 . Oh cahaya kat belakang tu bilik saya belakang tu ada tingkap besar, that was pure cahaya bukanlah akak edit ok. Dah tengahari muka pun plain ajelah, nampak tak nanderk akak  kat dahi tu haha.. Masa ni I just amalkan metod 1 and 2 so bibir tu still kering tapi takde lah merekah-rekah masa kau makan ke, at some stage kau macam rasa ada darah sikit-sikit. Trust me I understand. It took me months to discover how to cure this masalah bibir pecah merekah bagai ni. Masalah tu actually berpunca dari diri kita juga sebenarnya.

  1. The simplest method yang saya jumpa might be so cliche. But take it seriously. Please drink more plain water.

tip bibir kering merekah

Korang tak suka minum air? Takut asyik pergi toilet? Akak faham tu. Saya dulu pagi minum secawan kopi. Tengahari lunch dengan anak teguk air sirap dia sikit. Petang sampai ke malam adalah secawan dua kopi lagi. Air masak bila dah haus sangat baru minum. Walaupun takde google ke apa, saya rasa kafein akan buatkan badan kita kering sedikit. Akak pun tak nak membebel tentang kebaikan air ni sebab masing2 dah besar boleh google sendiri (sebenarnya malas nak taip haha).

For the sake of your bibir kering pecah merekah tu, cuba bawa sebotol air masak, mula dengan yang kecil dulu, dan target untuk habiskan setiap hari. Macam botol akak atas ni adalah 2 liter, selalu habis dalam 1.5 liter je sehari but at least I tried. Bila dah sibuk2 buat kerja, kadang kita pun lupa nak minum kan.

Tapi seriously, minum air kosong ni murah gila kot. Senang pulak tu. Boleh cuba kan 😉

2. Cara kedua saya amalkan untuk atasi bibir kering dan pecah merekah ni adalah dengan pakai lipbalm ni. Nivea strawberry shine. Harga dalam RM10. Sampai dah tanggal2 tulisan tu.

tip bibir kering pecah

Lipbalm pun kalau silap-silap haribulan beli, bibir saya akan kering, pecah, bengkak dan merekah jugak. Pernah beli yang Sebamed lipbalm tu tapi rasa macam telan petroleum jelly so dah buang. Sama juga dengan Vaseline. Bukanlah tak elok tapi tak selesa. So penyudahnya few months back saya guna lipbalm ni sebelum pakai lipstick. Lipstick pun beli yang Silkygirl aje sebab itu aje senang nak bersihkan tanpa perlu tonyoh beria. Bibir saya ni sensitif so memang elak untuk pakai apa-apa yang kekal lama lagi satu susah jugak nak solat kalau lipstick tu stay lama. Kecuali dia wuduk friendly lah kan.

3. Last metod adalah guna lipbutter. 

tip bibir kering pecah merekah

Lipbutter ni saya cuba dah lama juga. The best thing is dia ala-ala lipstick so bagi akak yang pemalas nak pakai berjenis-jenis alatan mekap ni (lipbalm, lipstick, lipgloss), guna ni aje satu senang. Bibir akan jadi moist, this type bau dia pun wangi. Dia ada colour jugak so muka kita takdelah pale sangat kan. Kalau korang nak tau I sebenarnya ada resdung/ sinus so biasanya orang yang ada sinus ni bahagian muka dia agak sensitif. Sebab tu saya tak leh simply pakai eyeliner ke, mekap pun kena tipis aje sesimple2 yang boleh. Tak yah lah nak try lipstick murah2 jual kat mana2 ke. Mana yang ok stick kat yang tu aje. Ada pernah muka bengkak try bedak compact baru, bibir bengkak tu tak yah cakaplah. Alhamdulillah dengan lipbutter yang ni, ok.

tip bibir kering pecah merekah

Dah kenapa dahi akak nampak jendul kat sini korang abaikan haha. Cara pemakaian shawl ke atas nama dia. Masa ni baru balik dari court tengahari balik rumah jap sementara nak ambik anak balik sekolah. Lipbutter tu saya pakai dari pagi. Itu ajelah mekap kat muka akak dari pagi, bedak 2 way cake + lipbutter. Eyeliner ke celak ke tak pakai sebab mata pun sensitif. Baju dan tudung ni sama aje dengan gambar yang first tu. Bila keluar kena juga muka tu touch up sikit kan, takdelah plain sangat. Kalau ada jual mesin memekapkan muka secara tipis nak gi kerja ke akak akan beli 😀 . Tapi takde. Kenalah kita bersiap sikit ye tak haha. Don’t worry girls, we’ve got this!

Apapun saya share tips ni semua mungkin tak berkesan untuk semua orang. Tapi apa yang saya nampak bila saya minum banyak air masak, kulit pun akan jadi lebih moist. Bila pakai lipbalm kat rumah, takdelah asyik nak kemam kulit kering kat bibir tu kan. Pakai lipbutter pulak lagi senang memudahkan hidup akak yang malas ni. Nak ambil wuduk pun senang. Ambil cotton pad, letak makeup remover sikit dah tertanggal semua. Takdelah kau nak basuh guna air je hilang kalau itu takrifan korang tentang wuduk friendly tu. Bukan. Kena juga guna makeup remover.

Bagi saya yang penting mudah nak solat. Pernah tengok 1 sharing Prof Muhaya tentang eyeliner yang tak bersih, atau foundation yang tak sempurna dibersihkan, akan effect solat yang nak didirikan. Lebih ringkas, lebih baik. Tak salah mekap2 cuma perlu bersihkan dengan sempurna. Kita pun dah dewasa untuk decide apa yang baik untuk dunia dan akhirat kita.

Lastly, lipbutter ni adalah dari Farra Lip Butter. Harganya RM55 free postage + ada free gift. Korang boleh order dari saya juga. Nak order dekat Shopee? Actually ada orang jual lipbutter yang rosak/ reject dekat situ so hati-hati ok. Make sure beli dari orang yang ada pengalaman sama bibir pernah kering, mengelupas, pecah atau merekah so dia faham apa masalah awak. Kalau beli dengan saya ada  free gift, free postage pastu ada 3 warna yang korang boleh pilih. Ada warna cerah dan natural. Macam saya suka warna yang terang sikit konon lah nampak ceria sikit. Ada jugak warna yang natural dan tak merah sangat.

Ini testimoni dari Kak Wan yang beli lipbutter Cherry Velvet dengan saya dari Terengganu. Saya post kat blog pagi, petang dia whatsapp, malam tu dia terus bayar. Dua hari lepas tu dia dapat. Masa whatsapp saya dia cakap kulit dia putih, tak mekap, tak suka lipstik merah dan bibir kering. Lepas tu Kak Wan nak lipbutter color yang sama jugak macam saya pakai tu- Cherry Velvet. Read her testimony:

tip bibir kering 7

Untuk order, whatsapp saya di 012-9061272 (Dalin). Saya mungkin sibuk sikit lambat jawab ke tapi I will answer your query as soon as possible. Bersama kita menghentikan masalah bibir kering, pecah dan merekah kita ni insya Allah. Thanks for reading this post. Tanpa reader, siapalah akak. Gittew 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge