Teruk

Hai. Masih menaip lagi yeay! Cuma dah beberapa kali teringat benda ni rasanya patut taip simpan dekat blog. Macam kat Ig tu kadang tempel post takde banyak like pun, tetiba dapat komen yang kata post tu berguna. Tulah bagi saya ketulusan menaip tu biasanya dapat dirasakan oleh orang yang sepatutnya. Sebab tu mana-mana acc yang menimbulkan sifat-sifat bawang pada diriku akak unfollow aje. Yelah motip sangat kan. Kalau tak kenan tu unfollow je kan senang. Ko pun hidup dah tak lama senah–> tetiba haha.

Tahun lepas ayah ada admitted selama 26 hari dekat wad. Macam-macam perkara jadi sepanjang waktu tu. So adik-beradik pun gilir-gilir jaga Ayah dekat wad. Masa tu kat Ig I post gambar organizing banyak sebab yang tau aje tau, lagi saya serabut, lagilah saya organize barang. Rasa hidup tersusun balik pas tu walaupun hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu. Tak sempat nak masak, balik kerja ke hospital. Tengahari ke hospital. There were times I dragged my feet to park kat parking hospital yang gilo tu (selalu penuh). Hari-hari balik malam. Kadang sampai takde perasaan parking tepi bilik mayat forensik balik malam kul 10-11 macam tu. Sebab masa tu saya fikir kot hantu nak sergah I akan bagitahu I penat, please go away. Ape pon Papa dan anak-anak sangat supportive. Exam pun anak-anak survive sendiri semua. Makan kadang tapau kadang mentua bagi. Weekend adik beradik datang rumah. So memang takde rest dan privacy to be frank. And I lost 3-4kg sampai orang tegur.

Kadang dapat komen asyik kemas tak masak ke. Anak suami kurus tak kasi makan ke. I dah level pasrah aje. Macam saya cakap tak semua orang share di media sosial. Some medias are just escapism. Especially for a writer like me who needs to write something just to survive a day (sometimes).

Bila ayah dah keluar wad tu, saya kena sakit mata yang teruk. Teruk sampai mata tersembul. Yang adik beradik lain dah kena awal. Semua kena pergi jumpa pakar dan pakar semua cakap kuman tu kuat gila. Kakak saya sampai kanta lasik dia rosak bayangkan. Ayah kan dekat wad kanser hemato (lemah antibodi) dengan ubat kemo bergantungan kat wad tu, so memang mudah kena jangkitan sape yang teman tido malam especially. Bila kena tu saya cepat jumpa doktor yang biasa jumpa. Dia bagi ubat, tak jalan sangat, beli vitamin beta carotene blackmores untuk mata telan, baru ok.

Keadaan saya masa tu macam mayat hidup pun ada. Letih sesangat, mata tersembul air meleleh-leleh pekat tu. Kadang selalu rasa nak meraung panggil mak ke, sedih ngat rasanya haha. Tapi mujurlah masih waras. Tapi satu perkara yang saya ingat, masa jumpa doktor tu, dia ada buat kelas mengaji free. Infact dia ada bangunan yang dia wakafkan untuk taklim (mengaji, kuliah bla3x tu). Terus tanya dia nak join, dia registerkan, terus petang tu saya gi kelas mengaji yang pertama. Ya dengan mata yang bengkak tu.

Petang tu, dengan balik kerja hegeh-hegehnya sampai, sempat capai Al_Quran tafsir yang ngaji dengan Mak dulu masa hari dia nak meninggal, saya mula belajar ngaji semula.

Ada satu tulisan dekat depan Al-Quran tu lebih kurang bulan 8/2018 saya tulis, Mak Ana janji untuk belajar mengaji yang sebenar-benarnya. I promise!

Setiap tahun saya dapat khatam sekali sejak 2-3 tahun lepas. Tapi macam tak puas hati sebab tajwid banyak dah lupa. Alhamdulillah lepas melalui kind of horrible days akhirnya terjawab doa saya untuk belajar mengaji tajwid semula. Kadang Tuhan duga kita untuk beri yang lebih baik. Jadi kalaulah ada di antara kita sedang mengalami perkara yang sangat menyedihkan ke, menduga ke, tingkatkan kesabaran sebab dalam Al-Quran dah sebut hadapi dugaan dengan sabar dan solat. Kadang kau pun tak tahu macamana nak hadap ni semua tapi yakinlah Dia adalah sebaik-baik perancang.

Mak adalah orang yang beria-ia hantar saya pergi mengaji dulu dekat Nek Jariah. Saya dengan skaf mak itik ikat belakang tu terkedek-kedek gi ngaji menyeberang sawah darjah 3 dah khatam. Suka dia saya khatam siap buat pulut kuning, rendang dan telur rebus T_T.. Last activity dengan Mak mengaji surah al-waqiah dan ar-rahman sambil pegang tangan dia. Bila-bila masa rindu akan baca sampai basah lencun kembang-kembang page tu. Kalau rindu ngat lagi peluk  Quran tu. Bila rasa nak pedajal orang rasa cam eh jangan nanti kau tak jadi anak solehah Tuhan tak dengar doa kau hehe. I can still feel you Mak!

Rindu lak kat Mak malam-malam ni..

Ok lah saje membebel. Tak kuasa lak akak nak edit apa bagai ni. Till then bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge