Struggle is real

Assalamualaikum.

Kadang a few people message me, kau tak menulis lagi ke? Sejak Mak tak ada, kadang I rasa I lost a part of me. Kat sini dah membebel selama 4 tahun lepas, mustahil takde rasa rindu nak menulis tu. Cuma kadang kau macam berada dalam satu lorong gelap yang jauh sangat nak capai cahaya di hujung lorong tu. Itulah cahaya penulisan. Kemain lagi analogi haha. Puitis katakhen…

Sejak Mak tak ada, macam-macam perkara berlaku. Perkara yang aku boleh tuliskan tapi aku malas. Some posts dekat sini I keep as drafts dah. Some things are better left unsaid maybe?

Dari minggu lepas aku dengar macam-macam kisah hidup orang. Mostly ibu-ibu. Kadang bila dengar tu rasa cam nak high five sebab eh aku pun cam tu laaa. I mean every mother is struggling in their own way. Not every story is dreamy as you can see in social media(s).

Daripada perbualan-perbualan tu, aku rasa nak menulis balik. Kadang pening fikir nak blog ni jadi apa, niche (pengkhususan) apa, nak review aje ke, legal aje ke atau apa-apa benda lagi yang aku suka (tapi legal tu nyampah sikit haha).

Aku rasa the best way is to be myself.

Sebab bila kita jadi diri kita biasanya kita akan lebih gembira, post pun lebih jujur dan lebih fleksibel (suka hati nak tulis apa).

Kalau suka menulis, menulislah. Kalau suka lari, lari sampai masuk marathon triathlon apa semua tu. Buat sampai kau ada rasa menyesal kenapa kau start tadi tapi kau tak stop pun. Kau cuma menyesal 😀

Sekurang-kurangnya kau dah buat apa yang gembirakan kau. Selebih-lebihnya kau mungkin akan berjaya dengan apa yang kau suka kan.

Tq pada yang pesan keep on writing blogging semua tu. We are all struggling but please struggle to make us happy jugak.

Malam ni akak dah jumpa port blogging baik kat rumah ni harap-harap berterusan hehe.

Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge