Apa nak buat jika terima call dari mahkamah kata nak sita rumah?

Assalamualaikum. Quick sharing apa nak buat jika terima call dari mahkamah kata nak datang sita rumah hari ni, petang ni, kejap lagi???

Pertama sekali, stay cool.

Sebab takkan ada orang mahkamah nak call kita nak pergi sita rumah kita.

Kalau nak pergi sita pun, kita takkan beritahu sebab tak nak Defendan keluarkan barang berharga dari rumah.

Macam saya cakap, stay cool.

Yang call ni kalau tak scammer, mereka adalah agen bank/ pihak swasta/ agen pengutip hutang.

Bank lantik agen untuk hutang lapuk (lama) dan kes-kes yang mereka tak boleh pantau lagi.

Agen ni pula akan dapat komisyen ikut percent adakala sampai 50% dari payment yang korang akan buat.

Jadi dorang akan menjadi sangat rude, minta tak munasabah like kena bayar masa tu juga rm5000? (gilo apo)

Mostly yang call ada pernah kerja legal jap jadi dia biasa lah nak tiow orang sebut pendaftar, court, sita bagai ni.

Kalau dia call, takut-takutkan, stay cool, cakap ok, letak phone.

Takde sape orang court nak datang sita rumah korang.

Tapi tidaklah sis menggalakkan chuols tak yah bayar hutang. Hello hutang dibawa ke mati ok. Kau nak amalan tergantung bila meninggal??? (tetiba ustajah pulak heheh)

Tindakan dia adalah: call bank.

Walaupun bank sekarang cam hampagas nak cakap dengan mesin operator, pengesahan tok nenek bagai. Sila bertenang teruskan call, tunggu. Sampai dapat cakap dengan officer in charge.

Taktau no phone? Alamak buleh google no rasmi bank tu okeh. Or pergi bank. Well sekali lagi kena berhadapan dengan petugas bank. Maafkan dorang sebab dorang hidup dalam tekanan.

Dekat bank, bincang cara bayaran balik. Bayar.

Jangan ikut arahan orang call tu bayar sekian-sekian. Sebab jumlah tu banyak. Dan bank pun dah anggap hutang tu dah lama. Tapi kau still hutang ingat tu tau.

On legal side, nak sita ni kena ada saman- penghakiman – notis penghakiman- peguam failkan writ penyitaan- ambik bailif pegi rumah Defendan- sita. Dan takde satu pun aktiviti nak beritahu Defendan kita nak datang.

Kita boleh sita barang dalam rumah, bukan rumah tau barang sahaja (kecuali alatan masak dan tidur), alatan pejabat korang (bisnes sendiri) tapi tu lain kali saya terangkan.

Pendek kata, kalau dapat  call dari mahkamah kata nak datang sita rumah hari ni, petang ni, kejap lagi ke???

dengar nasihat ahkak, cakap je baiklah, terima kasih. Jangan layan dia. Call/ cari banker sebenar tanya. Bincang cara bayaran. Kalau korang jumpa post ni lepas layan call dia pun takpe. Call bank yang sebenar adalah kata kunci dia. Faham tak chuols. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge