Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort

bukit merah laketown resort 1

Hai assalam uols. Lama pulak tak update pasal cuti-cuti. Yang ke Perak pun terbengkalai, ke Legoland Johor apetah lagi tapi kali ni nak update tentang cuti-cuti singkat  ke Bukit Merah Laketown Resort bulan lepas buat kenang- kenangan. Sebenarnya dah pernah pergi 2 kali dulu masa sambut 1st birthday Aiman tahun 2006 (lama gila kan) dan lagi sekali masa bapak mentua bagi tiket free ke apa few years back. Jadi suasana, bentuk mukabumi, peta topografi (akak memang suka Geografi dulu uols haha) Bukit Merah tu memang dah ada dalam kepala ni. Kitorang bertolak dari Melaka ke Bukit Merah Laketown Resort pukul 8 pagi dan ambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk sampai. Biasalah akak 1 jam pertama aje jaga (read: membebel dan berlagu riang), yang lain akak tido dengan budak-budak ni tetiba dah sampai Bukit Merah yeahoo! Bila sampai sini mengimbau memori jugaklah sebab sambut 1st birthday anak sulung kot kat situ. Muda lagi masa tu, emo pun ye, fine wrinkle(s) pun takde lagi masa tu hahah. Good old days eh.

Kalau korang nak tau, Bukit Merah Laketown Resort ni adalah lebih kurang 3 jam drive je dari Kuala Lumpur dan masuk je ke  Jalan Tol Bukit Merah (Exit 150) menggunakan lebuh raya utara- selatan. Resort ni masuk je memang penuh dengan pokok-pokok hijau dan berhadapan pulak dengan salah satu tasik air tawar terbesar di Malaysia. Bukit Merah Laketown Resort ni dikelaskan sebagai destinasi eko-pelancongan utama kat belah utara sana. Aktiviti yang ditawarkan pulak meriah dengan macam-macam aktiviti dan kemudahan yang memang sesuai  sama ada korang nak bercuti dengan family ke (reunion cucu cicit), officemates or pertemuan kelab onion bff korang yang lama tak meeting tu kan hahah.

bukit merah laketown resort 2 chalet

Resort ni ada menawarkan pelbagai kemudahan dari bilik hotel ke chalet special dengan konsep ala-ala kampung  yang terletak bersebelahan dengan tasik. Kalau korang  sukakan aktiviti mencabar, bolehlah cuba percutian berkhemah dekat  tanah perkhemahan tepi tasik tu. Kitorang stay kat chalet dengan view tasik selama dua malam. Pemandangan dia indah gila ok bangun pagi tengok tasik dengan burung-burung mendarat dan berkicau bagai. Haa, semua yang ada di Bukit Merah Laketown Resort ni avalaible at Traveloka. So korang bolehlah melawat  app atau website dorang untuk dapatkan bilik kat sini dengan rate yang memang menarik.

bukit merah laketown resort 4 orang utan
pic credit to thatsofarah

Banyak jugak aktiviti yang kitorang buat kat sini. Antaranya, pergi ke Pulau Orang Utan. Kena naik bot selama 15 minit dari resort. Kalau korang bayangkan macam hello ni tengok kat zoo pun boleh? Nope you are wrong. Dekat sini korang boleh tengok orang utan dari baby hingga ke dewasa, pastu dorang ada ala-ala tadika untuk melatih anak orang utan ni sebelum dilepaskan untuk survive dekat pulau tu. Siap ada doktor dan trainer orang utan tau kat situ untuk ajar budak- budak tu. Iyelah dah hutan lain semua dicemarkan oleh manusia kesian kat anok-anok kita tok leh meraso (cilok lagu Hijau- Zainal Abidin), Bukit Merah Laketown Resort nilah yang take action to preserve this endangered species tapi bukan untuk pameran je but by giving real forest to them. Pastu kan kalau pergi pulau ni entah kenapa iols membayangkan Jurassic Park ok sebab ada jaring-jaring untuk melindungi kita dan orang utan tu ramai aje dalam hutan yang so real tu. Pastu terbayang pulak cerita Planet of the Apes macamana kalau dorang berkuasa eh kau ni dah kenapa kuat berangan macam nilah hahaha. But overall, it was really  good exposure to the kids and us jugak actually.

bukit merah laketown resort 8 zipline
pic credit to muslimtravelergirl

Lepas lunch, pergi pulak melawat area untuk zipline @ terbang dalam hutan. Dia macam ala-ala flying fox bagai tu untuk lihat keindahan hutan Bukit Merah ni. Akak takdelah kau nak suruh benda-benda gini (lemah semangat), Papa lak dia seperti biasa bertemankan puteri intan payung lemah- gemalai dia iaitu Princess Ica 24 jam manalah dapat buat aktiviti lasak macam ni. Kalau free nak aje dia try tu dengan dak Aiman. Seriously, bagi yang adventurous dan mendambakan adrenaline rush memang akan sukakan aktiviti zipline ni.

bukit merah laketown resort 5 kanu

Selain tu, Bukit Merah selalu juga jadi tempat pilihan untuk agensi kerajaan dan badan korporat untuk adakan hari keluarga dan team building. Ada banyak kemudahan macam bilik mesyuarat  dan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik di sekitar tasik macam berkayak, berkanu, memancing dan paddle bot. Aktiviti outdoor atas darat pun ada macam menunggang ATV (motor lasak tu), bola tampar, berbasikal dan bola sepak pantai. Untuk aktiviti berkumpulan pulak macam teambuilding, disediakan aktiviti seperti amazing race, berakit, team building games, jungle trekking, camping, paintball dan macam-macam lagilah. Pendek kata dapatlah uols mengeratkan silaturrahim sesama bos dan staf mana termarah, terasa ke, terumpat, ter ter bagai tu kira setellah kat sini haha. Motip nak bermasam- muka lagi lepas bekerjasama menewaskan pihak lawan??? Jadi, kalau company korang plan nak buat family day, boleh lah mencadangkan pergi ke Bukit Merah Laketown Resort ni ok.bukit merah laketown resort 7 waterparkWater theme park kat sini pun best dan memanglah wajib dicuba. Asal nama budak- budak inilah yang ditunggu- tunggunya. Theme park ni adalah salah satu taman tema terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Game menarik kat taman ini termasuklah Boomerang, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower dan Water Pillar. Budak- budak merangkap ke mak bapak semua memanglah bergumbira kat sini ok. Balik dari waterpark sure lapar gila kan kat hotel dan tibalah masanya untuk kita membaham makanan hehe.

bukit merah laketown resort 3 theme par
Boleh bayangkan diri slide kat situ tak? Yes? No?

Actually, memang banyak lagi aktiviti tapi masa kitorang stay kat sini sekejap lah pulak. Must stay longer next time. Memang terisi je dengan macam- macam aktiviti. Overall, walaupun dah berapa kali pergi, tempat ni masih berikan kegembiraan dan ketenangan yang saya cari- cari masa bercuti. Dengan harga bilik yang reasonable, jauh dari hustle bustle of the city gittew,  wonderful themepark for the kids, that exclusive Orang Utan ala Jurassic Park, maybe korang boleh cuba pergi juga. Insya Allah takkan menyesal. Till we meet again Bukit Merah Laketown Resort. Bye uols!

One thought on “Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge