Ada kopi tak? (Part 1)

“Ada kopi tak?”

Soalan itu. Saya tanya di mana-mana. Dekat warung, di restoran, di r & r, di mana-mana.

“Sini ada kopi tak?”

Pekerja Bangla kedai menggeleng.

“Oh I see. Ok.”

Saya beli secawan teh panas dan sandwich.

Dalam dingin pagi, saya luruskan kaki di bangku besi, duduk dan cuba menikmati secawan kopi eh bukan, teh tadi.

Sambil lihat doktor dan jaga berlari-lari anak bertukar shift.

6.15 pagi, Lobby Hospital Putrajaya, 30 Jun 2018.

Dan seingat saya, itulah soalan terakhir saya pada hari itu:

“Sini ada kopi tak?”

Kerana selepas itu saya hanya perlu menerima kenyataan dan kenyataan, bahawa Mak akan dan telah pergi meninggalkan saya.

Jadi kalau sesiapa melihat saya minum secawan kopi, mungkin pada masa itu, ada airmata saya mula menepi, hanya yang benar-benar kenal saya akan melihat dan memahaminya.

#inlovingmemoryofmak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge