Assalamualaikum.

Salam hari ke 2 di bulan Muharam.

Kadang hari berlalu cepat, kadang perlahan. Perlahan tu bila teringat kat Mak.

Ada sekali ayah tanya ada mimpi mak tak?

Aku cakap takde.

Ayah ada mimpi dia balik. Tapi dia berdiri kat dapur aje.

Agaknya gelap kot bilik. Tu ayah bukak lampu kalau nak pagi.

Hati aku rasa sebal tiba-tiba. Sebab aku tau bukan ayah tak tahu tu mimpi aje. Ayah adalah orang yang banyak fikir sebelum buat apa-apa pun, sebelum bercakap. Tapi lately dia banyak let go aje. Kadang soalan dia tanya aku takde pulak dia tanya kat orang lain. Iyelah mak-pak kita aje tau perangai sekor2 (sori kasar orang melaka haha) anak dia macamana.

Dengan kakak aku pasal hal admin rumah tu. Nak buat kenduri bila bla.bla.

Dengan dak Zam pasal nak naik batu nesan, tukar pagar rumah, pegi mengeteh.

Setiap anak lain hal yang dibualkannya.

Bila aku cerita kat kakak aku, dia kata patutlah kadang pukul 5 pagi terang benderang bilik ayah. Dulu kalau dia bangun solat ke apa bukak lampu toilet aje.

Aku cakap ayah rindu tu. Rindu berjumpa dengan Mak. Cuma dia tak tahu nak ekspreskan macamana.

I know because I understand.

Kalau aku tengok gambar Mak 300 000 kali, buat imovie (kat phone) lepas tu share kat adik-badik nangis sama2, ayah takde benda-benda tu. Dah tu dia tinggal kat rumah tu dengan mak dah 30 tahun.

i just cannot imagine the feeling…

Masa malam awal muharam, aku ngaji pastu cakap ‘mak dah tahun baru, tapi mak tak ada…”

Rasa sayu itu tak dapat dituliskan dengan kata-kata.

Papepun hidup mesti terus.

Terjaga pukul 5 pagi hujan tengah lebat.

Cuba ingat-ingat balik apa aku mimpi tadi..

Aku mimpi mak di pagi 1 Muharam.

Kali pertama mimpi.

Nangis sekali masa hujan lebat tu.

Pastu bangun solat.

Kadang Tuhan kejutkan supaya kau bangun.

Doakan mak ayah. Walaupun ada yang dah tak ada.

Tuhan bukan saja-saja ambil dia pergi.

Kalau bukan untuk jadikan kau lebih baik dari semalam.

Jadi Tuhan ingatkan aku, kalau aku terlupa.

Betapa baiknya Kau pada aku.

Salam maal hijrah.

Semoga kita sentiasa berhijrah walaupun sekecil debu.

Kerana Dia tahu.

One thought on “Muharam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge