Assalamualaikum.

Minggu lepas raya haji. Secara jujurnya aku tak tahu macamana nak melalui raya kali ni. The feeling was zero.

Kakak aku selalu cakap aku ni paling calm sajork terima apa-apa berita pun. Sebenarnya aku bukan calm, aku expressionless. Dulu kecik2 nangis ke apa ayah marah. So apa2 aku rasa biasanya aku simpan. Lepas tu bercita-cita pulak nak jadik kaunselor macam Cikgu Mamat (eh iye ke nama dia) kat mrsm dulu. Dia macam rilek2 cool aje berhadapan dengan budak2 jahat nakal lepas tu dia baik aje sign kad outing balik bermalam yang kitorang bertugu depan bilik dia hari Jumaat pada minggu2 yang tak boleh balik tu. U know, that kind of kindness yang aku aim- tolong budak2 yang nak balik outing because the need to go home is so real u know 😀

Masa mak nak pergi haji dalam tahun 97 macam tu, aku ingat lagi mengeseh tepi dia kat kompleks haji Kelana Jaya. Masa tu aku tinggal dengan dak wan aje kat rumah. Rasa macam matilah aku dah lah aku ni penakut pencurik masuk rumah, tak tau masak and mostly macam mana ni mak tak ada kottt..

Aku cakap:

“mak, tak payahlah pegi…” (nangis masa taip ni)

Mak senyum aje. Dia tahu aku ni gedik mengada-ngada, mulut aje lebih, hati tu takkan lah nak buat drama ke kat Kelana Jaya tu. Apa nak kena sumpah dengan bapak aku jadi kapal terbang ke haha.

Mak baru baik 1st stroke dia masa tu. She enjoyed her trip. Sihat walafiat kat sana. Ayah yang demam2 sikit. Masa raya haji, aku ingat ayah call dari sana dengar macam dia nangis (ayah aku jenis susah nangis tau) sebab pikir kitorang raya sendiri kot, mak still dengar dia happy. I knew you were happy there mak. I think that was the longest vacation you ever had.

Malam sebelum raya haji kali ni, aku keluar sidai baju (itu pon nak citer, biarlah). Masa tu feeling tahap nak masuk mesin basuh sebab besoknya aku nak balik kampung untuk raya tapi mak dah tak ada. Kau excited nak balik, tapiiii…

Aku tengok langit cakap ya Allah aku rindu sangat kat mak. Kalau mak rindu kat aku please show me the moon ya Allah. Langit segelap yang amat masa tu, aku carik2 sekali nampak bulan indah bercahaya kat atas sana.

Aku nangis sampai tersengguk2 kat situ (tetiba drama malam nak raya). Nasiblah papa dan anak2 kat dalam. Takde pulak orang lalu lalang kat jalan tepi tu. Dulu selalu kirim salam kat jodoh sendiri bila nampak bulan. Kononnya kita melihat bulan yang sama –> gedik kan 😀 . Sekarang kirim salam kat mak pula bila nampak bulan. Sebahagian diri aku lega bila tahu pemilik bulan itu sekarang yang menjaga Mak. The owner of the universe.

Raya was smooth eventhough we were crying during our prayers.

Resipi lauk itik legend dan rendang ayam mak are preserved and Ayah approved them all-or terpaksa approve sebab nak ambik hati 😀 .

Raya will never be the same without you Mak.

We will keep sending you gifts through our doas.

U know walaupun ana bebel mak tak yah lah pegi tapi ana sebenarnya redho mak pergi.

Because whenever I see moon I see you waving happily at me.

****

Selamat hari raya aidiladha uols.

Sentiasa berkorban untuk ibubapa kita semasa mereka masih ada dan juga tiada.

Jumpa lagi.

One thought on “Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge