Screen saver

Hi assalam.

Rindu nak membebel dekat sini. Life has been hectic as usual. Weekend saya akan balik kampung teman Ayah kemas rumah etc. Kalau dulu ada bibik sekarang kau rasakan kemas rumah banglo lama Ayah. Teringat dulu mak suruh sapu laman, cuci longkang bagai. Bila sibuk terkejar-kejar kemas rumah sendiri, lepas tu balik kampung kita biasa terlupa juga rasa sedih dan rindu tu, untuk sementara…

Kalau kau rasa down, sibukkan lah diri. Buat sesuatu yang berfaedah. Hang out with family members yang memahami. Mostly adik beradik aku memang such great helpers. Kita ketawa sama2 kenang memori, pastu aku tau dalam bilik nangis tu. Kitorang lebih open sekarang sape rindu kita bagitau dalam whatsapp group. Biasalah dalam adik beradik ada yang membosankan 😀 (matilah kutuk adik badik sendiri) tapi kita ignore aje lah. Bila kita dah kehilangan orang yang kita sayang, apalah sangat rasa boring dengan orang ni sebab seriously dunia ni hanya sementara sahaja. Lupakan ajelah then you ll be happy.

I save gambar mak as my phone screen saver. Salu nampak kakak sebelah bilik simpan gambar arwah anak dia as screen saver too. Mula2 rasa tak kuat takut selalu teringat tapi rupanya bila kau simpan gitu, kau salu rasa mak ada dengan kau. Bukak je dia ada, bukak aje ada. Hi mak!

There were times, dalam gelap malam (ewah), aku bukak tutup phone tu berpuluh-puluh kali just to see her face smiling.  Macam mak cakap – jangan sedih2, peace (sebab dia tengah buat tangan peace-biasalah anak2 suruh buat gaya itu ini haha). Those nights yang semorang dah tido pastu aku terkebil-kebil sorang-sorang. Yerp those nights…

Lepas tu bila dengar lagu Abang Ronnie ni, hatiku terhiris. Aku ni jenis introvert yang mengkaji lirik lagu. Orang lain dengar melodi kan, i dengar lirik. Menghayati lirik. Melankolik like that. Muka jenis kerek  sekali dengar lagu Ronnie beria-ia lap air mata dalam kereta haha.

Mengejar rindu ini

Dalam menyepi ku mencari…

Mak ana rindu.

Kadang rindu dah taktau nak cakap apa dah.

Mujurlah Allah sentiasa ada.

One thought on “Screen saver

  1. Assalamualaikum kak..salam takziah.moga roh mak akak dicucuri rahmatNya.
    Moga akak kuat menghadapinya. Memang bila bizi..byk perkara sedih dan runsing boleh kita lupakan..
    Hidayah recently posted…Merasa CUKUP..syukurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge