Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Actually hari ni genap sebulan mak pergi. Kadang rasa nak tercekik-cekik sedih tu ada, mostly masa dok sorang-sorang, masa drive. Wikend biasa sibuk juga dengan berkejar balik kampung, partime party yang dah 100x nak stop tapi lepas tu order masuk bertalu-talu. Kadang bila sedih bila ingat Ayah sure dia lagi sedih so kitorang pun menabahkan hati.

Saya rasa satu cara untuk combat kesedihan adalah dengan menyibukkan diri. Macam ofis bagi saya cuti seminggu tapi saya still datang kerja sebab tau sangat duk rumah karang lagi emo. Minggu tu pula Dia memang sibukkan saya dengan 1001 datelines so saya still pergi ofis takde cuti langsung.

Lepas tu aku tetiba ada Insta seperti yang korang tengok kat sidebar ni. Berjanji tak nak emo kat situ, maka niche Ig tersebut adalah kucing, buku dan deko. Biarlah korang sama-sama emo dengan aku kat blog ni aje haha. Lagipun tak curlass sangat nak emo tulis pendek2 haha. Takdelah cuma bila Mak dah tak ada ni, saya rasa, dia pun tak suka kitorang sedih-sedih yakmat sebab Mak adalah seorang yang kelakar dan happy je. Macam kalau saya takde, saya harap anak-anak saya akan teruskan hidup dan hidup dengan gembira kat dunia ni.

As for the story, saya still cari masa untuk tulis. Sejujurnya nak melalui setiap Sabtu pagi jam 7.30 (masa mak meninggal dunia) saya still menggigil sehingga hari ni. Jam 7.30 tu rasa begitu menggugat hati apatah lagi 30 hari bulan. Pengubat rindu adalah mukasurat terakhir baca Quran dengan mak kat hospital, yang aku tak tahu pun Mak nak meninggal lepas tu. Kadang kalau ‘hujan lebat’ itu datang, aku bukak 2 page tu dan pegang lepas tu hujan terus kat situ. Alhamdulillah ada jugak pengubat rindu.

Sekarang ni tengah berjuang nak translate berita balik. Ni cif setan mana dah pengaruhi aku agar tidur diana, tidur.. malam-malam buta begini. Dasarrr! Susah tau nak mula bila kau dah stop menulis. Dah tu editor panggil2 manja sopan-santun pulak suruh hantar translation. Matilah mak nak! Dulu kau beria memohon dah diberi peluang malas pulak. Mak, tolong!!! Akan ku persyetoni semua seton penulisan ni insya Allah.

Bab yang agak sedih kan, bila dengar lagu. Sesungguhnya, tak pernah terfikir pun, dengar lagu Armageddon ni boleh teringat kat Mak. Ya Allah Mak rindunya. Dah sebulan mak pergi, harap anak-anak Mak dapat hantar hadiah-hadiah untuk Mak. Dak Zam cakap dalam liang, dia nampak Mak senyum mengadap kiblat. Nangis kita 2 orang masa dia cerita tu. Ayah pun nangis. Knowing she will be in good place (insyaAllah), kita kena redho. Mak sepanjang saya tahu dia solat on time, sebelum azan lagi dah duduk dekat sejadah. Walaupun ada aku cuba racun dia bahawasanya ada rukhsah untuk orang sakit solat, boleh jamak etc, tidak. Mak tetap nak solat 5 waktu sebab dia cakap dia dah lah sakit tak boleh banyak bergerak, biarlah dia nak solat ikut waktu. Bab degil mak ni berbaloi rasanya Mak. Moga anak-anak pun mengikut degil ke arah kebaikan hihi.

Mak kalaulah orang cakap hanya Tuhan sahaja yang tahu, betul Mak, hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya kami dekat Mak.

Tak ada perkataan yang dapat ditulis, dicantumkan untuk gambarkan perasaan  itu.

Tak pasal-pasal dengar lagu Armageddon teringat kat mak.

Mungkin sebab Ana yang last dapat tengok Mak tidur. Ana still simpan kenangan kita ngaji sama-sama pagi tu. Betapa baiknya Allah swt pada saya bagi saya peluang temankan Mak di saat-saat terakhir dia. Alhamdulillah.

Love u mak. Semoga mak tenang di sana. Amin.

One thought on “Armageddon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge