Tunggu tau (part 1)

Assalam. Mula menulis kali ni paling susah. Mungkin orang yang kenal saya ada check blog ni – will she write about ‘that’?

She will lah.. she’s a writer kan.

Sebenarnya seorang penulis tu, saya rasa, paling susah menulis tentang pengalaman sedih dia. Sebab menulis dalam keadaan menangis itu meletihkan. Tapi pengalaman yang saya lalui ini adalah sedih bersulam gembira, mungkin saya patut tulis sebahagiannya di sini, dan sebahagiannya saya simpan di dalam hati.

Blog ni special juga bagi saya, my little escape selama 4 tahun 🙂

Kepada yang masih belum tahu, mak saya pergi mengadap pencipta-Nya sabtu lepas 30 Jun 2018 pukul 7.30 pagi. Entah kenapa, Allah swt sudi pilih saya menemani Mak di saat-saat terakhir itu. Dan setiap kali memikirkan malaikat maut itu ada di depan saya mencabut nyawa Mak dengan begitu lembut sekali, masih membuatkan badan saya seram-sejuk–> kalaulah nyawa saya dijemput sekali pada masa tu?

Perjalanan bermula dari Mak sakit sehinggalah Mak dikebumikan boleh saya katakan sebagai roller coaster ride in my life. Pergolakan emosi, pergantungan, pengajaran yang dikutip terlalu banyak. Sehingga hari ini, tinggal rasa rindu yang bersisa, kadangkala selebat air hujan yang turun, dan hati anak-anak yang mengerekot di katil menangis rindu dan risau kalau-kalau Mak sejuk ditimpa hujan. I think that is the hardest and childish part – takut Mak kau sejuk kena hujan kat kubur..

Mak masuk emergency Hospital Putrajaya Rabu lepas. Last week was the busiest week ever aku kadang nak hangen gak kes banyak gila demanding lak tu. Tapi setelkan jugak lepas tu pergi melawat petang tu bawak Ayah ambik cuti terus. Mak macam stabil dan wad kat Putrajaya ni strict gila memang tak boleh ramai jaga. Sempat bagi dia makan semua lepas tu Ayah kata nak balik hari Khamis. Ayah plan nak datang balik hari Sabtu nanti sebab dia ada mesyuarat masjid sebab kerajaan baru ni nampaknya begitu mengambil berat tentang duit collection masjid yang ratusan ribu tu. Silalah diorang deal dengan ayah aku tu good luck try your best.

Walaupun masa tu mak sihat, boleh makan, bercakap aku tak tahu kenapa aku sayu sangat masa nak balik Melaka hari Khamis tu. Masa Ayah salam-salam tu aku masuk toilet dah nangis dah, bila dengar Ayah dah keluar baru aku keluar peluk Mak lepas tu beria nangis tepi muka dia. Yang lain dah terkejut kenapa aku drama sangat Mak dah ok cuma still demam sikit. Mak masa tu mata dia tertutup macam tidur tapi meleleh juga air mata dia. Aku cakap:

Mak, Ana minta maaf ya Mak.

Ana hantar Ayah balik kejap ya Mak.

Mak tunggu Ana tau!!!

Aku tak tahu kenapa keluar ayat tunggu-maaf semua tu. I just burst it. Yang lain dah nangis cakap jangan buat mak susah hati. Tapi dah nature anak pompuan bongsu memang suka menggedik dan menyusahkan mak, i just said it all.

Little did I know that was the last day I fed her and said I am sorry!

And she waited for me T_T

Saya tak tahu apa amalan baik mak atau doa siapa yang termakbul, tapi Mak tunggu saya balik.

But that story will be in another post.

Masa rindu semalam I scroll this blog. Baca cerita last pasal Mak marah dak Zam dulu tak tunggu aku balik sekolah pun nangis. Lepas tu jumpa pulak lagu bawah ni di post lain. Pastu aku tergugu-gugu nangis sambil forward kat adik badik lain.

Kalau kau pernah rasa rindu gilaa kat cinta hati or frust menonggeng bagai putus cinta, that is nothing comparable to this loss- mak kau dah tak ada.

Mak Halimah I love you i will always do.

Al fatihah untuk Mak. Terima kasih korang!

Mak, ana rindu…

2 thoughts on “Tunggu tau (part 1)

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah banyak2 untuk Ana dan family atas pemergian ibu tercinta.

    Aku memang selamanya gugup & tak pandai bercakap apa2 kalau berhadapan dgn kisah sedih & aku akan rasa useless sgt sbb aku mmg tak boleh buat apa2.

    Memang tersekat2 kat kerongkong ni..siap tercekik dgn tangisan sendiri. Aku sedih… apatah lagi ko kan?

    Apa2 pun..terima kasih sebab sudi call inform aku hari tu. Aku happy dapat jumpa & peluk ko. Aku doakan Mak bahagia di syurga & aku semua2 yg terbaik utk ko 1 family Ana…

    sayang ko… *hugs*

  2. Atan u re one of the angels that I prayed to appear on that day. Angels yang aku doa to ease our journey nak balik melaka. Susah payah ko ngan normah datang, Allah shj yang membalasnya. Tq atan datang hari tu, i really appreciate it. semoga ibu ayah sihat selalu they have a pretty nice daughter 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge