Oh no Tony Stark!

Hi assalamualaikum.

Kepada yang belum tengok Avengers Infinity War jangan risau takde siapa nak bagitahu sinopsis filem di sini.

Kids penuh penantian dan pengharapan nak tengok tapi I am not so Avengerians (?) sangat but still pergi juga. I prefer cerita yang kurang stress seperti Peter Rabbit haha. Cerita hantu is a big no-no. Selalu juga layan budak-budak ni tengok wayang kat Melaka best tengok dekat MBO Elements Mall sebab baru.

Ica tak sangka pulak dia suka balik siap google watak Avengers. Masa tengok cerita yang not Avengerians akan pening juga nak kenal pasti watak-watak ni lama baru paham oh ini Thor, Black Panther bagai. Aiman? Mata dia tak lekang dari screen, makan minum pun tak lalu. Baguslah nak, bolehlah mama habiskan mini bites itu dengan aman dan tenteram hihi.

But Iron Mask oh.

I just realised I membesar dengan cerita Iron Mask. Tony Stark dengan empayar bapa dia. Gelfren dia Pepper all I remember. Cerita Avengers kali ni ada kissing-kissing sikit tu tak taulah macamana boleh lepas. Kalau kat rumah terus I tukar channel (kuasa veto) dah kat panggung kau nak dihalau ke tetiba tukar cerita lain -_-“.

Ada satu part Tony Stark nak mati (eh terbagitau lak ye) tetiba hatiku berdegup kencang oh my please dont. Sedih tetiba suasana dalam wayang (bagi diri ini) nak menyaksikan hero zaman remaja ku nak pergi. Sedikit sebanyak faham lah anak kawan I Normah si Inas cakap cerita tu macam ruined my childhood memories —> gittew kellas Inas punya ayat puitis sungguh hehe.

Ada sesetengah cerita kau ingat seumur hidup kau. Macam Iron Man dah berapa puluh kali kut tengok macam cerita Jackie Chan. Walaupun bila keluar TV3 mengeji juga ala balik-balik cerita ni kedekut TV3 ni. Tapi keluarlah 20x pun mata we ols laki bini tetap tengok sampai habis especially cerita Fast and Furious. Masuk berita night line pun mengeji TV3 dah kenapa kau ada berita tetengah malam begini???

So to all Avengerians or half Avengerians like me, cerita tu not bad. I selalu pesan dekat anak-anak ambil apa yang baik dan lupakan yang tak baik. Hidup ni tentang membuat pilihan yang betul. Manalah ada manusia yang ada kuasa hidupkan orang mati dan buat sesuka hati macam dalam cerita tu. Tengok boleh, percaya jangan —> jangan obses. Lepas tu Aiman cakap yang I ingat sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila adalah ada watak dalam cerita tu macam gambaran Dajjal-hidupkan orang mati, berkuasa etc.

Urm, macam saya cakap, sendiri tengok, sendiri fikir.

Hidup ini sentiasa tentang membuat pilihan.

Kalau ada pendirian, orang campak kau kat mana pun, kau jadi orang. Insya Allah.

Jumpa lagi.

3 thoughts on “Oh no Tony Stark!

  1. Hai kak,
    Macam dah lama je tak tinggalkan jejak kat blog ni (kunun2 bz..hehe)
    saya tengok semua movie avengers..kali ni je belum tengok.
    suka dengan statement last tu..
    hidayah recently posted…Kerana KEPUTUSANMy Profile

  2. Haa dayah memang akan paham story line dia tu. Yg banyak tak tengok kena tanya orang sebelah ni sape2 haha. Akak yang plan nak tido dalam wayang pun tak sempat sebab curious sape kah watak-watak ittew 😀
    dalin recently posted…Oh no Tony Stark!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge