Best ke makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak?

Assalam hi. Just quick update sebelum sis meroyan lama tak update blog. Baru-baru saya dan kroni pergi makan di Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai Perak.  Trip ni memang tak plan langsung actually mentua yang nak bawa cucu-cucu semua pergi wedding di Perak tapi akhirnya ada hal lain so family saya yang pergi ganti sebab bilik hotel semua dah book. Papa tanya saya ok ke tak dan saya pun cakap ok je. I never expected anything except pergi jalan jap lah macam biasa gi kl ke eventhough ada dengar pasal nasi buluh bagai tu I macam ok fineee. Diriku bukan buruk lantak sangat pun khens —> kononnya

So you got nasi buluh?

That don’t impress me much

– lagu Shania Twain. Gittew

Perjalanan ke Perak lebih kurang 4 jam. Bawa sekali kroni wajib anak buah Danial dengan Amira yang memang akan dihangkut ke mana-mana hotel hopping kat Melaka ke, Sukan Sea bagai. Diorang ni sebaya anak-anak saya so saya suka bawak supaya budak-budak ni ada kawan takdelah kejap-kejap panggil Mama Mama dalam kereta dan diorang semua ni kelakar. Saya agak suka juga travel dengan budak-budak sebab saya memang suka budak-budak kot. Budak-budak jujur tau kau nak tau diri dah gemuk ke kurus pada pandangan manusia sejagat kau tanya diorang. I selagi Ica cakap Mama ok Mama tak gemuk pun I ll be just fine sambil belanja dia aiskrim depan sekolah sebab cakap I lebih kurus dari suspek-suspek yang I kenalpasti depan sekolah hahah.

So dipendekkan cerita bila sampai dekat area Sungkai Perak ni, senang aje nak cari kedai dia, please google because ladies are not good with maps ok, sekali tengok penuh gila parking dengan kereta motor besar bagai. Saya macam ok not good, not good. I am not that penyabar enough to wait, to park jauh-jauh tapi bila teringat Papa lelaki melayu terakhir yang kena cari parking I macam cool gittew. Terus cakap Ok anak-anak, sila berdoa dapat parking ye. Doa anak-anak kan makbul!!! Haa terus mode ustajah di situ. Kumat-kamit budak-budak ni baca sambil diaminkan oleh ostad Aiman (kononnye sebab dia sekolah agama). Dan seperti selalu, ya saya confirm selalu berlaku, tiba-tiba ada kereta keluar parking at the perfect spot dan Papa pun menunjukkan kemahiran parking sisinya yang sering membuatkan saya jatuh cinta. Ewah parking sisi pun nak jatuh cinta bagai. Ah lega dapat parking depan kedai puteri lilin macam nilah me no likey jalan panas-panas haha.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 1

Haa kitorang memang parking dekat depan ni. Never underestimate doa anak-anak especially budak-budak kecil tau. Masa ni dah pukul 2 lebih perut dah lapar gila saya bermohon kepada Ilahi agar janganlah tempat ni buat pasal nak lembap ambik order ke. Memanglah bawak bekal dari Melaka tadi segala jenis bagai ration tapi anak 4 orang jadi semua dah kena bedal. Bila jalan ramai-ramai ni merasalah title anak 4 orang kelakar jugak macam-macam perangai. Bila sampai sini untung anak dah besar-besar so yang lelaki terus cop tempat yang gegadis biasalah 100x nak pergi toilet tak sudah-sudah dari Melaka tadi. Kau orang minum air berbotol-botol asyik nak kencing ye? Toilet adalah horrible sikit kapasiti tempat tu dekat 200-300 orang dalam satu-satu masa sekali toilet dia untuk 2 lelaki dan 2 perempuan je. Kau rasa? Dengan segala pampers anak orang travel bagai oh my Nasi Bamboo Sungai Klah you seriously need to improve this toilet matter.  Surau ada tapi tapi saya tak masuk sebab nak jamak solat dekat hotel nanti. Lagipun masa lapar mana boleh solat wei kena makan dulu alasan sangat haha.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 2

Ini pemandangan bahagian bakar-bakar. Ada ikan, ayam dara, ayam mak dara ewah, ayam bunian (seriously no joke), kambing, ikan keli dan banyak lagi. Mula-mula masuk memang tak faham macamana sistem dia ni lepas tu baru faham. Biasalah otak jenis nak fikir sistem, kordinasi tempat bagai —> organized kononnya. Tempat makan di sini dibahagikan ke beberapa stesyen. Ada stesyen nasi buluh (nasi dia dalam buluh aje ya kat situ jangan nak nasi briyani ke), stesyen bakar-bakar (gambar yang atas ni), stesyen lauk-pauk, stesyen air, stesyen bakeri (yup kek tart semua ada), stesyen goreng-goreng macam pisang goreng, stesyen manisan macam coconut shake, ABC, buah dan banyak lagi. Ada juga dia promo dessert aiskrim durian pendek kata kalau kau bawak orang cerewet mana pun dia takkan mati kebuluran dekat nasi bamboo Sungai Klah ni sebab bubur pun semua ada. Bubur chacha eh macam-macamlah. Nak kena cari aje.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 4
Cemas lettew adik ni blogger terkenal nak review lantas menjadikan post nasi bamboo sungai klah ni dekat 1st page google dan adik terkenal 8 keturunan –> perangai memang macam ni suka berangan haha

Amazingly, walaupun kau lihat ramai gila manusia beratur, tapi semua bergerak laju aje sebab pekerja dia ramai gila. Saya yang malas beratur ni pun tak sempat nak marah ok. Laju aje dan tiada kehegehan di kaunter. Lauk pauk boleh pilih nak mangkuk besar mana nanti dia isikan. So faham kan nasi buluh kat kaunter lain, lauk ni di kaunter lain. Macam saya anak-anak dah duduk kat meja so dah hantar siap-siap makanan buat alas perut macam kerang rebus, buah, air. Ada banyak kiosk jual makanan kat situ so kau boleh aje beli dulu untuk family sementara nak pergi beratur beli makanan berat. Nanti dah ambil lauk-lauk ni, bayar kat hujung kaunter. Harganya pun ok, takdelah mencekik sangat.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot spring sungkai perak 3

Ini semuanya lauk-lauk kampung dan semuanya memang nampak menyelerakan, jangan tengok adik tu pulak -_-“. Saya beratur 2 kali juga beli kerang hantar kat meja (Ica hantu kerang) lepas tu baru tambah yang lain. Makanan dekat sini rasa dia macam kau makan dekat rumah atau dekat kampung. Bagi saya ok sedap. Lain orang lain seleranya kan.

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot spring sungkai perak 5

Dekat sini ada juga Rendang Tok yang glamer tu tapi takdelah banyak sangat makanan Perak sahaja kat sana. So far saya happy dengan pemilihan lauk yang pelbagai, bersih tempatnya dan tiada staf yang poyo haha. Kalau masak sedap macamana pun tapi eksyen, me no likey hehe. Introvert beginilah suka tengok perangai orang ada aje teori itu ini -_-”

Papa masa ni dia beli nasi bamboo atau nasi buluh tu. Lepas tu pergi beli ikan dan kambing bakar. Saya pula pergi beli lauk dan air. Air dia jual dalam gelas atau dalam jag terus. Satu jug sirap RM6 dah tu mintaklah berapa cawan nak. I opt for jag senang budak-budak jangan nak banyak songeh nak pilih-pilih air. Dua kali juga pergi beli air ni. Air kelapa, ABC ke ada beberapa booth lagi yang korang boleh pilih sendiri di tempat lain kalau memang niat nak menambah kandungan gula dalam badan. Memang lautan manusia juga kat sini tapi kerusi kosong tu memang ada aje cuma kena pandai-pandai cop. Mana yang family kecil dengan baby ke wife memang kena duduk dulu dengan baby dan si bapalah kena berkorban ulang-alik beli makanan ye. Kadang tengok yang ada baby kesian juga sebab fahammm sangat (been there) tapi bila lagi kaum bapa nak dapat pahala ambilkan makanan untuk anak bini pakai dulang ye tak. Oh yes semua lauk ambil isi dalam dulang silver ayan macam gambar atas ni. Ha apa lagi silalah sopan-santun bawak dulang dengan mangkuk bagai tu sambil kawal step jangan buat malu kampung okey 😀

Habis kau dah penat-penat ambik makanan beratur bagai ni, best sangat ke makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah ni? Berbaloi ke akak nyanyikan lagu Shania Twain tu tadi???

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 6

Sejujurnya bagi saya sefamily memang sedap. Dah kenapa lauk-pauk ini terhala kepada saya adalah sebab saya nak ambil gambar–> penafian haha. Range harga lauk bakar-bakar dekat nasi bamboo Sungai Klah ni dari RM10 ke atas. Kambing bakar, ayam bakar dan lauk lain kerang semua kat meja budak-budak dan dah selamat kena bedal. Masa ni memang malas nak ambil gambar sebab dah lapar gila. Macam bakar dia tak bakar guna oven ke tapi guna bara macam tradisional. Saya bukanlah food hunter sangat tapi bila rasa ni baru faham kenapa ramai gila orang datang nak merasa termasuklah konvoi motor besar dan artis vvip semua. Untuk vvip ada bilik air conditioned yang boleh dibook. Selesa lah sikit kan. Lauk memang sesuai dengan tekak sis yang kampung gila ni. Dan apalah maknanya kau makan lauk-pauk ni tanpa signature dish dia ni kan?

nasi bamboo sungai klah & felda residence hot springs sungkai perak 01

Nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak.

Masa dapat tu rasa cam banyak gila lak nasi ni biasa saya makan separuh aje nasi. Tapi lebih mengejutkan bahawa saya boleh habiskan nasi tu dengan yang bakar-bakar aje. Dasarr. Lauk-lauk lain tu lambat sikit habisnya sebab kita akan makan yang bakar tu dulu sebab sedap sangat. Meja sebelah saya tengok pun sama tak berapa makan sangat lauk-lauk lain. Jadi kalau pergi sana unless korang ramai sangat boleh lah ambil lauk kuah bagai sayur semua tu banyak-banyak. Kalau grup bawah 10 orang macam saya ni ambil bakar-bakar tu lebih dan yang lain-lain tu cuma buat syarat ajelah pun dah lebih dari cukup.

Oh ya nasi bamboo ni ada aje trolley yang ditolak sepanjang hall tu kalau korang nak beli buat tambah nasi. Kut tadi malu dengan adik tu takut dilabel pelahap ke atau tetiba teringat pesan Kevin Zahri nasi segenggam bukan sebuluh ye. So satu nasi buluh ni harga RM2 aje. Dia akan bunyikan loceng macam aiskrim tu so boleh panggil adik trolley tu nanti dia hantarkan nasi tu bayar kat situ jugak. So jangan cemas kalau tengah makan, nasi pulak tak cukup. Keep calm and continue eat nasi bamboo ok.

Bagi saya, Papa, Aiman, Danial makanan dekat sini memang sedap. Yang gegirl pulak lebihkan makan kerang rebus sudahnya lauk lain tak berapa makan. Balik tu singgah beli buah dan kek dia. Papa siap tapau nasi buluh, ikan keli bakar dengan ayam bunian bakar (kau mampu bagi nama mengerikan macam ni) buat makan malam sebab lepas ni nak check in kat Felda Residency Hot Springs kat Sungkai Perak ni juga. Dengar kata tempat ni jauh ke dalam dan susah nak cari tempat makan. Jadi lepas mandi dekat air panas dia sure lapar so dah siap-siap tapau nasi dan lauk. Ikan keli bakar ada kuah kicap yang sedap gila so far yang bakar-bakar memang kena sangat rasa dia dengan nasi bamboo ni.

Saya singgah makan dekat sini 2 kali masa sampai Sungkai dan masa nak balik Melaka esoknya. Kebetulan masa nak balik beli kek rupanya yang jual tu adalah owner Nasi Bamboo Sg Klah ni one nice lady umur dalam 40-an. Dia cerita buluh dan daun tu dia upah orang asli cari dalam hutan dan asalnya kedai dia hanyalah warung di tepi jalan aje. Tapi ada viral sekali teruslah jadi macam ni, kata dia merendah diri sambil tersenyum. Saya kepoh tanya sebab budak-budak ni tak sudah-sudah tanya asal-usul daun tu apa kau nak masak nasi buluh kat Melaka ke? So bila jumpa owner teruslah tanya kan. Baik aje dia low profile duduk dekat dengan deejay. Ada deejay ok kedai dia macam kat rumah orang kahwin.

Bagi saya viral tu semua adalah aturan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk dia. Tapi viral tu pun takkan terjadi kalau dia masak ala kadar aje masa tu. Bila makan makanan yang ikhlas dimasak kita akan rasa kesedapan dia. Dan bukan senang tau kau nak cipta satu sistem pergerakan orang dalam restoran kau yang ramai gila umpama buat kenduri kahwin tiap-tiap hari dengan berpuluh-puluh pilihan makanan yang pelbagai yang mostly nampak sedap. Sampai tak larat nak pilih. Deep inside my heart I respect her and the entire team.

Except the toilet (still tak puas hati haha tapi lupa nak complain hehe), we definitely love Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak. Danial sampai hari ni cakap Makngah apa lagi pegi nasi bamboo jom! Tak move on lagi budak ni haha kau ingat Perak tu dekat?? Masa makan kat sini kita bergelak ketawa and enjoy the time lepas tu terfikir budak-budak ni dah semakin besar wei dah boleh jaga diri sendiri oh time is running out. Agak-agak dorang sayang dan ingat tak kitorang bila dah besar nanti? —> tetiba nak emo. Kalau ada masa nak ajak budak-budak ni pergi bercuti backpackers kat pulau pulak walaupun macam seksa sikit sebab yang gegirl adalah sedikit divas. Ok till then jumpa lagi di next post saya tentang Felda Residency Hot Springs Sungkai Perak. Hotelnya biasa sahaja ok tapiii… ada something yang budak-budak ni suka gila. Thank you for reading. Bye!

3 thoughts on “Best ke makan dekat Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge