Teenager’s manual

Assalamualaikum.

Sebenarnya beratus kali nak update blog. Sebab ada blog lagi satu, terus serba salah kenapa tak update yang lagi satu? Sudahnya aku tidur lagi best haha.

Bagi orang yang suka menulis, dia macam ada silence sadness tau bila kau tak dapat menulis. Iyelah kau suka, cuma kau tak ada masa. Ditambah dengan faktor umur (ehem), kerabunan teruk (akibat merenung tajam komputer hari-hari) dan maybe fokus kehidupan yang lebih relaks dan family oriented, sis lebih utamakan tidur dari menaip. Pukul 10 malam bateri dah lemah dah, pukul 5 karang dah nak bangun. Kalau dulu ketua editor buat-buat panggil manja dalam Trello – Cik Puan Dalin Ali bila nak hantar artikel baru (sambil letak emoji senyum), amboih pukul 11 malam tekan keyboard pukul 5 pagi tuk siak masjid dah on speaker siap satu artikel kauu! Lepas tu siap nak tag nama editor nak bagitau artikel dah siap pukul 5 pagi haha. Bongok. How I miss those old days. Rinduuu. Lepas tu esoknya nak bukak mata pun tak boleh haha.

Oh teenager’s manual. Tajuk. Follower blog ni dah tahu kisah Aiman yang sekarang a teenager or remaja. Kadang bagitahu orang ada anak Form 1 ada yang terkejut gila cakap ehhhh cepatnya dia besarrrr. Dia ada pro dan kontra di situ. Orang lain memang rasa sekejap tapi mak bapak rasa lama. Tapi kadang-kadang rasa kejap juga. Maybe rasa kejap jika masa itu dah berlalu. Macam sis yang sedang melalui Form 1 ni ok lamaaaa ngat rasanya haha.

Ada senior pernah cakap nanti anak kau dah besar, kau tahulah. Kau rasa anak kecik susah nak handle, anak besar lain pula ceritanya. Sekarang saya ada yang kecil dan besar, and I totally agree.

Remaja ni dia sebenarnya banyak pergolakan perasaan. Macam Aiman kat sekolah dia cool aje iyelah boys kan. Bila masuk asrama hari tu kita detact dia ada gastrik yang serius. Dari klinik kerajaan, klinik swasta sampailah jumpa doktor pakar baru jumpa apa masalah dia. Nasib baiklah tak serius sangat lagi. Jadi rawat dan alhamdulilah dah ok. Untuk sebab yang sama kami decide keluarkan dia dari asrama. Jadi beberapa bulan lepas memang macam-macam perkara berlaku sebab tu sibuk gila. Saya suka dengar ayat ‘tuhan sahaja yang tahu’ sebab betul sesetengah keadaan yang kita lalui, hanya tuhan sahaja yang tahu keadaannya. Susah senang kita, hanya kepada Dia kita mengadu. Tak berapa berguna kita cerita kepada semua orang sebab yang tolong kita nanti hanyalah Dia.

Macam Aiman bab sakit pening dia akan call Papa dia. Sampai terasa gak eh kenapa dia tak bagitahu saya dulu kan. Tapi bagus gak takdelah aku pening kepala haha.

Tapi saya perasan bab-bab jiwa (macam kawan kacau nama bapak, ala-ala nak buli ke, konflik rakan sekelas ke, pergaduhan pemilihan ketua kelas/bendahari lah pening kepala dengar) dia akan buat-buat cerita dengan saya. Kalau saya akan buat apa? Saya memang rapat dengan Abang Zam saya so dah biasa dengar cerita budak lelaki. Kalau dia kata ada budak suka nak gaduh ke, saya cakap kalau dia sepak, sepak aje dia balik tapi jangan lebih-lebih nanti Ustaz Yusuf panggil (guru disiplin). Kalau ada budak tiap-tiap hari cari pasal ajuk dalam kelas ke takpe biar aje nanti time dia kena bahan dalam kelas, masa tu lah bahan dia balik cukup-cukup. Saya memang bagi kebenaran kalau orang hina keluarga especially adik kita ke, nak buli ke, over sangat ke hina orang bagi aje seletup since dia ada red belt taekwondo. Pertahankan diri, bukan nak belasah orang. So far ada sekali ajelah masa darjah 6 yang sis tahu, budak tu ajuk nama bapak dia, dia tumbuk berdarah mulut, budak tu sepak balik tersepak spek Aiman patah dua. Teruk jugak dia kena marah sebab cakap jatuh spek patah. Yang bagitahu hal sebenar bukan Aiman ok, tapi si Ehsan bff dia whatsapp sis secara rahsia. Lepas dengar penjelasan, lepas tu kami ok. Yang Papa pun sama, oh dia mengata nama Papa ye Papa dulu pun tumbuk kawan Papa sebab cakap nama Atuk.. Haha baguslah menurun nampaknya pengalaman itu..

Oh dont worry budak yang dia tumbuk tu dah ok dah dengan dia lepas tu. Sekarang satu sekolah lagi. Budak-budak gaduh biar dia setelkan sendiri walaupun sis ada jeling maut jugak budak tu kat luar pagar dulu haha.

Bila dia dah sekolah menengah ni perkara seperti menceriakan kelas semuanya diceritakan kepada sis. Sis dari Form 1 hingga ke MRSM adalah ajk kebersihan/ keceriaan kelas/ dorm okeh. Maka berduyun-duyunlah perancangan menghias kelas dia beli barang semua. Hari Sabtu datang cat kelas juga sis sokong habis tracksuit kau rosak kena cat nakk. Sis benda-benda deko ni biasalah akan jadi over yang amat siapp bekalkan bunga meja guru, jam kelas macam-macam lagilah. Walaupun tak berapa berkenan hasil budak-budak ni hias tapi sis redho dah itu bukan kelas kau haha. Siapkan aje, semua diorang deko sendiri. Oklah not bad.

Itu belum lagi aktiviti kelab pengguna iaitu menghias landskap sekolah dengan barangan terpakai. Itupun dia mintak bapak dia carikan tayar lori terpakai nak buat meja/ kerusi dan lain-lain. Kira banyaklah aktiviti dia kat sekolah dia ni dengan tournament taekwondo, choral speaking bagai semua tu.

Itu belum lagi Maths dia ada pengenalan kepada Add Maths. Struggle juga dia mula-mula dah le dia fobia Maths lepas tu sis ni pulak pandai ngat nak mengajarnya. Ada 3 subjek yang saya tak pandai ajar iaitu Sains, Maths dan Arab. Maths dia serius macam kau belajar basic Add Maths okeh. Google sana sini cari buku latihan yang bagus alhamdulillah jumpa dengan tuisyen lagi dan sekarang dia dah ok.

Sekolah baru, semua tak kenal lagi so banyak juga konflik timbul even for boys. Dengan pergolakan kuasa dalam kelas dia tu kadang nak gelak jugak dengar sebab ketua kelas tiba-tiba resign sebab rasa tak dihormati, bendahari nak rebut kerusi ketua kelas. Tapi dia sesuai jadi bendahari kerana dia kaya budak kelas dia cakap –> what kind of pertimbangan is that? Macam-macamlah diaorg ni. Saya cuma cakap jangan campur or stay out of trouble.

For those who may have judge me ajar anak pukul orang bagai tadi tu actually benda tu cuma nasihat awalan aje. Kalau nak pertahankan diri, yes, lawan. Tapi most of the time saya akan tanya balik kalau lawan tu nak ke mana? Nak gi bilik Ustaz Yusuf ke? Dia segan dengan Ustaz Yusuf tu sebab Ustaz tu yang sambut dia masa daftar dulu dan baik sangat.

Kalau nak dengar orang mengadu ni mula-mula kena dengar dulu. Appreciate dia cerita kat kau. Biasa saya buat lawak-lawak bodo tu kata bagi seletup je sekali Aiman tapi lepas tu justify lah balik. Kadang budak lelaki ni bergurau memang melebih-lebih. Anak kita pun sama aje. Dia cerita kawan dia kacau dia, dia kacau orang dia tak cerita. You know your kids well kan. Ada sesetengah cerita dia cerita kat saya aje, ada kat Papa aje. So kita respect keputusan dia tu walaupun kitorang akan discuss balik senyap-senyap. Maybe dia tak nak cakap depan Ica sebab Ica adalah pengawas rumah yang penuh soalan inspektor sahab just like me. Soalan seperti who, why, where, when mesti lengkap ok. CNN pun iye dia tu karang habis canang kat mak pak sedara semua haha.

Bila anak umur 12-18 kena jadi kawan dia. Alhamdulillah anak nak cerita kat kita masalah dia. Kalaupun kita rasa kecil, benda tu dirasakan besar pada dia sekarang ni.

Kalau orang selalu menyakitkan hati kita, saya selalu pesan dia pesanan Ustaz Ebit Liew baca doa ni:

Ya Allah tukarkan keburukan dia kepada kebaikan. Dan berikanlah sedikit kebaikan dia kepada aku.

Ingat Aiman, bila orang buat tak baik kat kita, doakan dia dulu ok!

Membesarkan anak-anak ni tiada manual, moga Allah sentiasa jaga keputusan yang kita semua buat untuk mereka. Insya Allah.

#teenagersmanualno1

3 thoughts on “Teenager’s manual

  1. dah kena start “let it go” dan percaya sedikit sebanyak kepada mereka.

    laki ni lain sikit. memang kekadang perangai lari dari apa yang kita nak.

    tapi sampai “seru” dia.

    dia tahu apa yang dia mesti buat.

    sebab dia lelaki.
    titan recently posted…Speech Theraphy One Two ThreeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge