Assalam. Ada lagi orang follow ke haha. Letih pula nak tulis sibuk itu ini. Masa tak mengizinkan nak selalu membebel di sini.

Kadang baca balik post lama-lama gelak jugak. Tak pun mata bergenang. Emo beginilah. Anyway blog saya I can write anything kan.

Kalau selalu baca blog saya ni, perasan mak saya ada bibik. Dan bibik tu baru aje balik minggu lepas.

Di kala negara heboh mak datin diberi hukuman ringan mendera bibik dia, bibik kami pun balik Indon untuk selama-lamanya. Well who knows dia datang balik kan.

Sebelum dia balik, ada bibik baru masuk. So bik lama ni train dia dalam seminggu baru dia balik. Masa jumpa dia for the last time, I hugged her 2 times kuat-kuat sambil cakap:

Bik jasa bik kepada keluarga saya kami tak mampu balas.

Allah sahaja yang akan membalasnya.

Saya doakan bik selamat pulang ya..

Semua dalam keluarga kami sedih dia nak balik. Sebab dia memang baik. Dia datang memang tak tahu apa-apa, phone pun tak nak pakai, kalau nak kena dera tu memang selamat lah sebab rumah mak aku pun kat ceruk haha. Tetiba nak jadi mak datin kejam motip???

Dia kerja dua tahun setengah. Dari badan sekeping dah jadi berkeping-keping macam adik beradik aku yang sihat tu. Sebab dorang makan tak hingat haha. Dari pipi cengkung dah tembam dah. Dari tak makan itu ini ha sekarang lauk tempoyak pun dia suka ok. Well, dididik oleh grup pemakan beginilah (sambil tiup kuku letak cutex -emoji get it?)

Bik Paridah.

Anak saya rindu sama kamu bik. Sayang kamu. Jika pulang ke kampung penuh meja digorengkan keropok, dimasakkan macam-macam. Bila balik dibungkuskan macam-macam. Rumah ibu kami bersih licin licau sentiasa. Pohon-pohon bunga ibu subur seperti dijaga oleh tukang kebun. Iya bik Faridah yang jaga merangkap penjaga ibu, penjaga rumah, pentake over(???) tugas anak-anak yang sepatutnya menjaga ibu tapi ibu mahu tinggal di kampung anak semua bekerja. Semua tugas itu, kau yang ambil Bik. Kau bukan anak, bukan juga saudara. Tapi kau yang jaga bik.

Selalu seusai solat aku panjatkan doa untuk keluarga aku dan ya kau juga termasuk dalam  keluarga aku.

Bik Faridah, orang yang sentiasa senyum dan mendahulukan keluarga aku. Siapa tahu apa perasaanmu sewaktu kami berkumpul melantak makan ramai-ramai semasa Hari Raya. Siapa tahu hatimu Bik. Apa bik menangis dalam toilet ka? Itu normal bik. Aku dulu raya di rumah mentua kali pertama pun nangis juga di toilet–>tetiba

Masa hari dia nak balik, dia salam mak aku dia nangis. Mak nangis. Lantik adik iaitu Dak Wan pun merakamkan detik itu untuk perkongsian di grup Whatsapp. Aku pun nangis. Sampai rumah kakak nak pergi shopping barang nak bawak balik kampung ya ampun banyak seperti Milo, nugget (iya nugget untuk cucunya), kopi segera, anggur, pisang (cute bibik ni tau) dia menangis tak henti-henti sambil cakap dia rindu Mak (mak weols). Dia rasa menyesal pulak nak balik sebab rupanya dia sayang sangat kat Mak. Tapi anak-anak dia pun dah rindu gila dekat dia so kami beritahu dia sayang semuanya sudah terlambat tak guna engkau merayu lagi dah ada bibik baru eh tak adalah kami cakap sudah tiba masanya bik…

Bibik balik dengan berpuluh juta rupiah kaya ok haha. Bila tahu dia dah selamat sampai anak dia whatsapp (dia kan takde phone, tak nak ada phone ok) kitorang rasa lega sangat. Akaun bank pun tak ada so gigih sorok duit sana-sini. Bibik, bibik suruh bukak akaun tak nak. Susah buk katanya.

Kisah bibik ni sentiasa menyedarkan saya tentang tawakal. Dia gamble datang Malaysia sambil bertawakal Allah jaga dia. Takde phone takde apa. Contoh tawakal tahap tinggi. Dan Allah swt memang jaga dia. Balik kampung orang lain kena paw dia selamat aje.

Ingatkan saya bahawa kerja untuk mencari redho Allah, bukan redha manusia. Walaupun gaji dia kecil, nama pun bibik, pergi sembahyang terawih makcik kepoh kat kampung sibuk  mengata dia bibik. Ada dia kesah. Dia tetap jaga Mak sepenuh hati dia. Contoh kerja ikhlas kerana Allah. Allah balas dengan satu family aku sayang dia. Semua payung dia macam-macam. Tudung Neelopah ok. Cuma turban tu aje tak sempat belikan kalau tak takke hip balik kampung pakai turban–> gurau jer. Kalau mak masuk hospital ke nurse tak bagi dia jaga dia akan fight beria nak masuk jaga gak sebab dia cakap “saya ini penjaga dia“. Itu kawasan emergency mana buleh orang jaga. Berkerut-kerut dahi dia tengok nurse. Bik, bik haha kelakar pulak ingat-ingat ni.

Bik ni sentiasa ingatkan saya kekuasaan Allah. Dalam begitu banyak dugaan mak sakit, ayah kanser Allah datangkan seorang manusia dari seberang laut yang kami tak kenal langsung, tapi boleh bersilang di satu titik yang sama. Kami jumpa dalam pencarian seorang penjaga. Begitu besar rahmat Allah. Alhamdulillah. Jadi jangan berhenti meminta kerana kau tak tahu betapa sayangnya Dia kepada kau. Kau dan aku takkan pernah tahu…

Bik, masanya sudah tamat untuk bik bekerja dengan kami. Tapi bik akan sentiasa menjadi ahli keluarga kami. Dalam doa kami yang menyebut ..keluargaku, bik salah seorang daripadanya. Semoga kami akan menjadi seikhlas, seredho, setawakal dan sebaik bik. Semoga kami akan bekerja dan hidup di dunia ini untuk mencari redha Allah juga. Pangkat, rupa dan harta tidak berguna bila hati yang baik itu juga yang dikenang orang. Dan gaji yang terbaik adalah bila hidup kita diredhai. Insya Allah.

Bye bik Faridah. Love ya.

2015-2018

2 thoughts on “Bik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge