Deko bilik kanak-kanak perempuan simple

Hai assalam. Post sebelum ni pening pulak tengok so update post baru deko bilik kanak-kanak perempuan simple ni. Kadang ada benda yang tak kena kat mata, blog ni pulak may lil escape motip nak sesakkan mata sendiri? Tahun ni saya decide untuk kembali membuat benda yang saya suka seperti mendeko. Kalau diberi pilihan pergi shopping kat JPO ke saya sebenarnya pilih untuk duduk rumah diam-diam buang barang tak pakai, berkemas dan kalau ada masa deko sikit-sikit. Apa pelik ke saya ni ke ada geng di luar sana haha.

Jadi dipendekkan cerita anak-anak saya dah pun memilih konsep paduan warna mereka iaitu kelabu gelap dan putih. Zaman ekonomi meleset ni sila pilih warna yang malar segar dan semua bilik boleh guna. Dasarrr haha. Kadang-kadang saya rasa budak-budak ni terjangkit skema warna kegemaran saya juga iaitu kelabu, hitam dan putih. Nasib lah nak kau dapat mak lawyer.

Jadi inilah konsep warna yang mereka suka:

deko bilik kanak-kanak perempuan 10

Jadi kami pun beli cat 2 tong, kelabu gelap dan putih. Hasilnya bilik Alisha seperti ni:

deko bilik kanak-kanak perempuan 1

So far saya suka juga sebab bilik nampak luas sebab satu dinding sahaja gelap. Yang lain putih. Ica masih dalam pencarian comforter set yang sesuai. Kepala katil dan almari semua tu dalam perancangan untuk dispray putih.

deko bilik kanak-kanak perempuan 2

Ini meja study dan main jugak. Kau tengoklah siap ada kitchen kabinet atas meja. Mainan semua anak saya beli guna duit sendiri. Nak mainan kan, ha kumpul duit. Meja ni beli di Ikea lama dah. Guna sidai towel yang besi jimat space sikit.

deko bilik kanak-kanak perempuan 6

Ini rumah mainan dia Sylvanian Family. Nak deko bilik kanak-kanak perempuan ni cuba letak mainan dia sebagai hiasan. Tapi jangan banyak sangat. Kecuali sis gigih nak kemas balik aje.

deko bilik kanak-kanak perempuan 8

Khazanah-khazanah negara ni semua kena dipantau. Dah besar ni kurang sikit beli mainan. Lebih ke slime dan sticker book pulak. Pening mak -_-”

deko bilik kanak-kanak perempuan 3

Ok untuk deko bilik kanak-kanak perempuan ni kena juga sediakan barang yang dia perlukan. Tong 4 segi pink tu adalah tempat letak baju bersih yang nak lipat. Itulah cara biasakan anak lipat baju. Bila dah cuci, kering letak dalam satu tong yang dia suka. Biasa Ica ni Sabtu pagi dia akan lipat semua susun dalam almari sebelum boleh main dan siap kemas bilik sekali (buang sampah dll). Tong ala-ala tong sampah kat sebelah tu pulak adalah limit mainan dia. Kalau terkeluar aje dari tong tu (dah penuh) saya akan keluarkan dan bagi orang lain. Yang tak elok- goodbye. Takde macam Ikea ye rumah akak penuh tong mainan bersusun-susun. Kadang tak main pun semua sebenarnya tunggu sepupu datang nak menyepah aje.

Cermin adalah penting dalam kehidupan Ica sebab dia adalah miss perfectionista. Beli kat Mr Diy  harga RM35.

deko bilik kanak-kanak perempuan 4

Walaupun saya kejam selalu tak belikan mainan (Papa selalu belas bab tu), saya akan belikan barang hiasan bilik. Frame ni beli kat Romantika Home Deko RM19. Sabtu kadang dating dengan Ica gi beli barang deko tapi kena selalu kena nasihatkan dia jugalah kot tak kena dengan konsep bilik ke nanti. Ni dia pilih sendiri and I approved it.

#jangancakapmamatakpayung

deko bilik kanak-kanak perempuan 5

Sangkut ni dah 10 tahun kot beli cuma Papa adjustkan rendah sikit untuk Ica senang nak gantung baju. Frame beli di Romantika.

deko bilik kanak-kanak perempuan 9

Frame ni kertas yang dalam tu dah 4 tahun print. Khas untuk bilik anak yang 4 tahun kemudian baru wujud haha.

deko bilik kanak-kanak perempuan 7

Ha ini deko bilik kanak-kanak perempuan yang saya suka. Sweet dan comel. Kebaikan deko bilik sama-sama dengan anak (tanya dan hargai pendapat dia) adalah dia akan suka berkemas dan semoga jadi pembersih juga. InsyaAllah.

Kadang cari-cari dia kat rumah (dulu selalu menempel bilik Mama aje) skodeng dia tengah dok dendiam main, berangan atau baca buku dalam bilik. It is good kalau ada nest sendiri kan. Tapi ada aje datang main slime bilik Mama bila dia dah boring. Oklah tu kecik lagi kan. Yang penting malam tidur bilik sendiri ye.

Oklah. Terima kasih membaca post deko bilik kanak-kanak perempuan simple ni. Bilik anak saya memang simple sahaja, yang penting dia suka dan hargainya. Bye!

2 thoughts on “Deko bilik kanak-kanak perempuan simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge