Cara ajar anak Matematik UPSR dari fail sampai lulus (c)

Assalamualaikum. Haha. Nampak sangat malas nak fikir tajuk kan. Ya tajuk hari ini adalah cara ajar anak Matematik UPSR dari fail (gagal) sampai lulus iaitu UPSR dapat C.

Saya tahu post ni mungkin kelakar juga kalau sesetengah orang baca. Sebab bulan ni pun blog ni dah ada hater. But I just deleted the comment like a boss. Saya tahu seseorang, satu hari nanti mungkin perlukan post ini. Insya Allah.

Ok hari ni adalah satu hari yang saya ada me-time. Sabtu, petang. My tip kepada kalian, kalau cari rumah, carilah yang dekat dengan rumah mentua atau mak kita. Sebab ada masa anak-anak kita pergi main dekat rumah atuk sebab atuk nenek pun rindu yeay! Nampak jahat ngat pulak ye akak tulis gini padehal dalam 7 hari (24 x 7 = sila darabkan), adalah beberapa jam aje kot budak-budak tu pergi sana. Jadi akak menulis ni pun laju ajelah ya.

Sejarah

Ok. Aiman dulu dari darjah 1-5 ok aje Maths dia. Paling teruk pun C kot. Sampai hujung darjah 5, dia mula fail Matematik. Like dapat markah 36-38. Motip sangat tahun depan kau nak peksa nakkkkk!

Bila tanya dia cakap dia tak faham, dan bila tengok buku latihan dia pun (KBAT) kau pun rasa nak hangen jugak baca soalan dia yang kau pun tak berapa faham haha. Paham tapi tak tahu macamana nak terangkan -_-”

But, I am problem analytic (gittew). Akak tak akan tenggelam dalam masalah but will try to find a way. Deep inside my heart, rasa bersalah juga sebab sibuk sangat kot dengan dunia penulisan, kerja, mak ayah dan semuanya. Yelah faham tak kita tahu benda yang kita buat tu tidaklah jenayah semua, tapi hati kita tetap rasa bersalah.

Jadi saya ambil beberapa keputusan drastik. Saya berhenti menulis artikel (eh bergenang mata tetiba menaip ni haha) and start my own study regime (gittew nama nak hebat aje).

Tip pertama yang saya nak kongsi adalah ANALISIS. Cuba perhatikan apa kesilapan kita (ibu bapa) macam tak cukup beri masa ke, tak cukup tuisyen ke. Jangan asyik salahkan anak sahaja (malas etc). Macam Aiman saya jumpa satu problem dia iaitu dia RABUN sebenarnya. Power dekat 300 manalah tak blur dalam kelas. So buatkan spek. So sekarang dia dah nampak. Tapi macamana pulak nak ajar dia?

Lebihkan masa kita

Satu lagi perkara yang saya tinggalkan adalah Facebook dan Instagram. Jadi saya ada banyak lebihan masa bila di rumah. Kind of boring yes. Tak tahu gosip semasa siapa dah gemuk, kurus, bercerai ( a blessing actually). Tapi kalau diberi peluang sekali lagi setahun yang lepas nak log out semua media social kat phone and komputer office semua lagi tak? Jawapan saya still Yes!

I even slow down my party job. Amik job untuk yang tak banyak songeh aje.

And it is all worth it seeing the result.

Tip: cari lebihan masa mostly perkara yang kurang berfaedah kita buat sehari-hari. Mana yang berfaedah tu (partime) cari yang lebih mudah, tak peningkan kepala sangat. Tutup mata pun boleh buat –> ok ni tipu.

The study regime

Ok masalah Matematik Aiman fail ni bermula dari dia darjah 5. Jadi untuk ajar dia Matematik UPSR saya mula beli buku latihan darjah 5 Matematik untuk dia buat. Sebab secara analoginya, macam kau nak mengaji Al-Quran, kalau tak pandai, kau mulalah dari Iqra balik kan. Begitu #feelingustazah

Jadi saya beli buku latihan macam ni. Gigih pergi Popular kau snap gambar sebab buku anak semua dah bakar haha. Sejenis perangai tak boleh tengok barang tak guna, nak hapuskan T_T. Wajar kerja dengan Alam Flora akak ni haha.

cara ajar anak matematik upsr

Jadi mula buat latihan ni dari setiap mukasurat ke mukasurat. Jangan skip-skip. Buat aje. Slow pun tak apa. Janji dia faham. For your information, bab darjah 5 dan 6 sama aje cuma yang darjah 6 tu lagi advance. Jadi mahirkan aje asas yang darjah 5 ni. Masa ni ha jangan terkejut, masa tu lah kau tahu sifir dia tak hafal lagi, nak tukar unit dari kg- gram, mililiter ke liter pun ketar lagi. Tu sume nak kena petir lah tu. Secara jujurnya, sepanjang saya ajar anak Maths ni memang menuntut kesabaran tahap dewata raya. There were times I cried sebab marah sangat ajar tak faham-faham. Terus suruh Papa beli burger (motip?). Times that I suruh dia tidur aje sebab I dah penat ajar sebab dia still nganga tak faham. Frustrasi. Times like that. Sometimes I said sorry the next day sebab I wasn t a good mother + teacher. But Aiman, one of the kindest soul I ve ever met, never took those to heart. Dia akan sengeh, takpe Mama, abang pun tak faham juga. Aiman the sweetest boy 🙂 just like daddy eh tetiba..

cara ajar anak matematik upsr
Ajar aje setiap satu ya tak payah nak skip. Make sure dia betul-betul faham.

Masa buat latihan ni tidaklah hari-hari. Pilih satu hari sahaja dalam seminggu. Kemudian duduk dan ajar dia sampai dia faham asas bab tu. Saya pernah try guna whiteboard, buat buku nota sifir hafal sebelum tidur but the best way I found is to sketch it, lukis dan terangkan dengan cara yang mudah by analogy. Kau lukislah asalkan dia paham. Aiman ni once dia dah faham tu ok.

cara ajar anak matematik upsr
Kadang ada masa kau pun tak paham apa terma yang dia tanya ni. Apa lagi tengoklah jawapan kat belakang. Kita pun otak dah berkarat asyik guna kalkulator aje kan

Kalau ikut jadual seminggu sekali konsisten buat latihan (satu sesi 1-2 jam), satu buku darjah 5 ni akan siap pada cuti semester pertama (bulan 6 macam tu). Lepas tu korang continuelah pantau buku latihan darjah 6 pulak. Yang buku darjah 6 bolehlah buat laju sikit masa tu. Bila dah bulan 6 tumpukan kepada subjek yang dia lemah sahaja macam Aiman, Maths dan English penulisan. KBAT Matematik tu akak rumuskan sebagai kau kena guna beberapa bab Matematik tu dalam satu soalan. Dengan persoalan GST bagai yang budak tu hape kesah sangat GST ni semua, semua kau kena terangkan dengan ajar dia in real life tunjuk resit sebenar semua.

It is definitely not gonna be easy, but you have to embrace it. In your own way. I mean your family = your style.

The side dish

Kadang bila kita nak minta pertolongan, saya rasa kita kena sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Be it sedekah or helping a stranger. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang terjadi kepada diri kita mungkin Allah beri masalah ini sebab tahu aku mampu hadapinya. Sentiasa perbaiki diri kita, perkara-perkara yang kita nak buat tapi kita tangguhkan (tutup aurat dengan sempurna) dan juga solat-solat sunat yang kita nak sangat buat tapi tak buat. Try to be consistent doing it.

I rarely share problems to anyone except my husb. But the best time to mengadu yang syahdu is during tahajud. Kadang masalah kita tu orang tengok ek eleh kecik je masalah kau tu tapi bagi kita besar. Jadi dari hati kau terluka bercerita kat stranger baik kau ngadu kat Yang Satu. Hati kau senang dan tenang like one beban dah terangkat dari bahu. So easy like that.

So nasihat penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Prof Muhaya adalah benar, kau nak minta tolong kan, buat perkara yang Dia suka dan mana yang tidak, tinggalkan. Cuba sebab kalau kita cuba, Dia tahu dan akan bantu kita. Insya Allah.

The result

Aiman trial yang final baru dia lulus itupun dia dapat markah 40. Saya memang redha aje sebab dia dah cuba sehabis baik. Paper Maths UPSR was killer subject last year (2017) so bila dia dapat 3A, 2B, 1C (Maths) UPSR I was so happpyyyy.

I really dont know who will read this. But my advise is never ever lose hope on your child.  Kalau kita tak tolong dia, siapa lagi? Percayalah Allah swt Maha Berkuasa Dia akan membantu kita kalau kita berusaha. Bukan sahaja Berkuasa Dia Maha Penyayang memaafkan dan menerima kita yang hina-dina ini. Walk together with your child and the entire family through this tough time. Saya percaya bahawasanya kalau kita minta yang baik-baik, Dia akan beri yang baik-baik juga. Asalkan kita berusaha.

Aiman sekarang di SMKA antara yang terbaik di Melaka based on his UPKK result juga. Bila dia cerita Mama dekat sekolah dari pagi datang baca Al-Quran, belajar, sembahyang on time, banyak aktiviti berteraskan agama, saya tanya dia:

Aiman suka tak sekolah sana?

Abang suka. Dulu Abang tengok aje dari luar kalau lalu tak sangka sekarang Abang dah sekolah sana.

Dan jauh di sudut hati saya tahu bahawa apa yang saya lalui sejak setahun lepas adalah sebaik-baik perancangan yang Allah swt telah aturkan untuk keluarga saya. Dengan fail Matematik tak mungkin Aiman akan dapat masuk sekolah tu. A lot of drama + airmata jugak tahun lepas. I lost few things but actually Allah wanted to give me more. Tqsm Allah!

Tq juga kepada semua guru di seluruh negara yang saya tahu bukan kecik anak nak ajar anak orang ramai-ramai jadi beradab dan pandai oii. Semoga Allah swt sentiasa memberi kekuatan kepada guru-guru ni untuk mengajar anak-anak kita. And always believe that everything destine for you is the best for you and the thereafter.. if you look at it positively.

Till we meet again. Ok itu aje nak cerita cara ajar anak Matematik UPSR dari fail sampai dapat C. Harap bergunalah post ni amin. Drop a comment if we are in the same boat 🙂

Bye!

11 thoughts on “Cara ajar anak Matematik UPSR dari fail sampai lulus (c)

  1. Hai kak..congrates aiman.masuk smka tu.rasanya as org melaka,aunty tau sekolah mana tu.hihi.
    Thanks kak utk tips ini.how i wish at least once a week boleh spend time ajar si kakak..even dia baru drjh 3..ngeee.
    Hidayah recently posted…Projek Bekal 2018 ~ Menu baruMy Profile

  2. congrats to aiman! Don’t worry ramai je yang appreciate. Tq so much, u make my day.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge