Assalamualaikum.

Selamat tahun baru.

Rindu nak menaip dekat sini tapi…

hidup seperti tak cukup tanah akhir-akhir ni hehe.

Mula-mula, kami fikir nak makeover bilik Aiman yang dah teruk gila. Jadi cat lah bilik dia.

Lepas tu sibuk dengan daftar Form 1 dan sekolah rendah.

Lepas tu Alisha pun decide nak makeover bilik dia yang merangkap bilik khazanah sis, iaitu tak tahu nak kata office dengan segala bagai album kenangan sekolah, fail, rak buku dll. Selama ni dia ada bilik tapi tumpang tidur bilik weols. Jadi faham tak keluarkan segala umat barang bilik tu, cat jugak bilik dia di samping mengeluarkan khazanah alam dalam bilik tu yang tak tau nak letak mana.

Tq to Papa yang rajin sangat mengecat dari 10-4 pagi every Saturday. Ini memang passion dia ok. Bukan sis dera. Dia suka. Cat sambil dengar lagu dekat benda besar dekat kepala tu apa ke nama dia. Sis anti gajet hahah.

Lepas tu nak dijadikan cerita, Aiman dapat sekolah asrama agama (separa penuh maknanya ada students yang duduk luar) yang lama saya berniat supaya dia masuk situ. Saya memang tak berapa kesah sekolah tu kluster kecemerlangan atau apa kalau ada itu bonus. Sebab bagi saya budak kalau nak belajar kau letak dia sekolah orang asli pun dia akan perform. Saya terniat dia belajar dekat situ sebab saya jumpa ramai orang yang masuk situ keluar jadi ‘orang’. Orang maknanya yang berguna kepada agama dan masyarakat. Saya tahu tak semua produk keluar sama. Ada je sekolah agama keluar sekolah hampagastasi aje perangai. Tapi tak tahulah di sebalik semua sifat sengal dan sekolah konvensional saya selama ini, saya suka kalau dia masuk sekolah macam tu. Semoga saya dapat berikan basic yang baik kepada dia. So sekolah ni ada asrama, hantar dia masuk sana. Kita laki bini siapkan kelengkapan dia semua dalam masa 3 hari sahaja. Dari daftar-beli barang (habis nak fikir spender anak cukup ke tak hoi)- sampai sesi hantar sis kerja bapak dia yang hantar. Rasa gagah sangat kan tak hantar anak masuk asrama. Dalam hati tuhan aje yang tahu.

Oh habis dia ok ke kat sana?

Ah that is another story hehe.

Jadi itulah jadual selama dua minggu ini.

Rooms makeover, sesi daftar sekolah-sekolah, batalkan sekolah lama, dan hostel prep.

Dekat dapur ada lagi 2 tong besar barang tak tau nak sumbat kat mana. Dah berkotak-kotak kena buang abis ada barang sentimental ni kena tunggu time PMS baru buat decision now-you-go-away!

Harap ada masa nak update lagi. Cerita asrama anak dengan room makeover.

Baru boleh tarik nafas phew!

Sapa kata anak dah besar tak penat hoi.

Jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge