Side mirror

Hai.

Dah hujung 2017 eh.

Macam-macam perkara berlaku tahun ni.

Tahun ni juga saya banyak tahu kekurangan, kekuatan saya (yang kita sendiri tak perasan).

Banyaknya memang kelemahan.

Bab-bab agama masih teruk (slap face). Pakai stokin still gagal bila singgah beli roti malam-malam atau kat rumah mentua time kenduri. Bangun malam/pagi gigih di bulan puasa sahaja. Kadang rindu bila nak bulan puasa ni rasa macam terurus sikit hidup (dari segi mengingati Tuhan). Jeans balut nangka dah buang tapi lengan baju still nak sinsing/ lipat 3 suku sebab dah terbiasa. Handsocks apetah lagi. Tudung kadang labuh, kadang terpin pendek sikit. Oh my.

Satu perkara baik sejak Aiman exam UPSR adalah keluarga kami mula solat jemaah dekat rumah setiap hari. Kadang pagi bangun awal jadi tok siak bentang sejadah semua, ngaji jap pastu kejutkan ahli jemaah yang lain. Itu adalah saat yang aku rasa paling tenang pagi-pagi (sebelum huru-hara satu hari) tengok Papa lead semayang, pastu budak-budak pun sekarang tak banyak songeh nak sembahyang sekali. Sehari 2 ke 3 kali solat sama-sama. Benda ni perlukan praktis aje sebenarnya. But better late than never kan. So far I am happy dengan tugas tok siak ni cuma kadang rindu si Tommy gempal dia selalu menyibuk memenuhi saf.

Oh about exercise. Saya pun sedar  saya kurang sikit keluar pergi taman lari-lari ke. Sebab Papa selalu sibuk gila Sabtu Ahad pun kerja, so pagi-pagi biasa kita sibuk bab nak pergi pasar dan semuanya. Dia kerja sendiri so flexi hours tapi sibuk gilalah (orang meniaga paham ni). Dan saya injured dari bulan 8 sampai bulan 11 baru ok lepas pergi urut semua.  Ini semua kes tengah jogging tengok orang aerobik, zumba semua kau nak join. Terus kaki kanan sakit dekat 3 bulan. Memang seksa. Dan sebab weekend biasa saya jaga anak sendirian berhad, dan tinggalkan anak lelaki dan perempuan dekat rumah sendirian is a big no-no for me tak kesah lah budak tu nampak nerd, suci ke apa. Risau woi ada anak perempuan sedang membesar. Tetiba faham ayat orang dulu-dulu jaga lembu sekandang lagi senang haha tetiba sangat.

So kami pun banyaklah bersukan kat rumah. Main badminton kat rumah. Ica dengan joging setempat dia tu sebanyak 50 round di laman sekangkang kera tu haha. Aiman dah beli tiang gol dia kat Mr Diy. Bila dengan budak-budak ni biasalah jap gaduh-jap baik pening jugak. Tapi selagi boleh multitasking jaga dorang sambil bersenam ok lah tu. Aiman dilantik sebagai coach sukan sis sebab dia kan berjiwa sukan. Status Whatsapp dia “Rising Together” you haha.

Dan yang terkini, saya start naik basikal. Aiman dia ada satu basikal tayar besar (nanti tunjuk gambar) dan Papa pun is a rider kadang kalau dia free join ride sana sini ngan Aiman dan sedara mara dia. Tapi saya gelap-gelap dah start riding dalam 15-30 minit oh suka pulak dulu kecik-kecik suka naik basikal kat rumah Atuk. Pagi Papa still ada kat rumah tengokkan budak-budak. Masa pun jimat sebab dekat area rumah je. Kadang rasa macam naik basikal lajak pun ada sebab Papa lupa nak setting tinggi kerusi ke apa tu. Akak ni biasalah apa-apa kenderaan pun tau bawak aje tanpa memahami technical issue tak kira kereta atau pun basikal. Paling jauh bawak basikal pergi depan sekolah Aiman tapi cam bahaya sebab sis selalu carik side mirror.

Eh mana side mirror ha? –> Getus hati kecilku. Stupid. Basikal mana ado side mirror. Kau ingat ni motor???

Tapi bila mengadu kat Papa cakap tadi mama carik side mirror Pa.

Dia seperti biasa tidak pernah menyakiti jiwa tisu ini dengan cakap dekat kampung dia ada pakcik tu basikal dia ada side mirror darling.

Iye ke?

Iya.

Oh cayalah —> happy ngat ada orang sejiwa. Gembira this is a global issue.

Pak cik tu cleaner kat Petronas tu…

Takpolah. Cleaner ke lawyer ke asalkan kita sejiwa nak ada side mirror kat basikal ok lah tu kan Pak Cik. Safety first haha.

Jumpa lagi.

#sidemirrorpehliz

#becausemommywannaride

Mangsa kejadian haha

2 thoughts on “Side mirror

  1. Haha baru teringat kena bagi acc no. Lupe. Itulah tak bersenam krg gemuk pulak. Insap terus. Selamat berhiking ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge