Asrama ke tidak???

Assalam.

Saya ingat lepas anak habis exam saya boleh rehat. Rupanya ya dan tidak juga.

Ya berehat dari jadi cikgu malam-malam. Tak payah fikir macamana nak ajar dia ni jawab Kbat maths. Apa format surat rasmi dah hafal ke? Part tu memang berehat.

Tidak bila bab-bab kekeluargaan. Mak, ayah, famili member kahwin, job party, kerja dan semuanya.

Lepas tu ada pressure nak masukkan anak asrama dari Atok dia. Atok dulu pegawai tentera so sukalah disiplin sangat. Saya pula rasa macam tak berapa sangat bab asrama ni sebab budak tu pun kecik lagi, lagi satu karang saya rindu camno? Itu je sebenanya haha.

Aiman dapat pergi exam masuk SBP tu FYI mostly semua student yang apply dapat ambil exam ni. Ada yang tak ada A pun dapat pergi. Saya rasa bagus sebab nampaknya sekarang ni mungkin penilaian keseluruhan akan dibuat, bukan hanya pada pencapaian akademik sahaja. Kalau dahulu masuk asrama kau jumpa dari yang pandai biasa-biasa sampai lah genius (pendek kata pandai sahaja), sekarang kau maybe berentap dengan wakil state main bolasepak even dia belajar average sahaja. Exposure dan competition di situ. Plus different experience dan skill. Tidaklah yang pandai dikumpulkan di satu tempat dan yang kurang pandai ni kekal bergaul dalam circle yang sama. Yang kurang pandai sebenarnya mempunyai kelebihan dia tersendiri cuma sistem pendidikan kita sebelum ini memang menekankan akademik sebab yang pandai ini biasanya dulu-dulu akan berjaya dalam hidup. Tapi sekarang tidak lagi. Saya jumpa ramai juga yang belajar biasa sahaja but lead a stable and happy life through businesses etc.

But dont get me wrong bukan maksud belajar tu tak perlu. Pandai tu tak perlu. Cuma cuba lihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza. Kawan suami saya cakap dia lempang anak dia depan kelas sebab result UPSR ada E. They made a pact earlier kalau ada E ayah lempang kau depan kelas. Anak dia dari keluarga yang berlaku perceraian (tinggal dengan bapak). Hati saya masa tu macam terstop berdegup bila dengar. Macamana dengan harga diri budak tu? Kau lempang depan kawan dia kot. Dulu ingat saya selalu nak lari dari rumah sebab ingat Mak tak sayang bila selalu kena marah sebab malas tolong mak. Budak tu ada ke memori ayah dia sayang bila dia kena lempang masa dapat E UPSR? Oi sedihlah. Anak kita dapat biasa je pun punyalah weols happy nak mamp siap ada celebrasi bagai malam tu makan pizza lagi haha. Actually kenapa mesti nampak E tu sahaja? Tak nampak ke A, B, C, D yang lain tu. Tak nampak ke betapa patuhnya budak tu menepati janji dilempang depan kelas. Semoga lempangan tu jadi turning point yang baik untuk budak tu bukan sebaliknya. Amin!

Sekarang ni the latest offer Aiman dapat adalah kelas rancangan khas di sekolah harian (ada asrama juga). Saya dulu budak rancangan khas juga. Saya berdoa dia dapat masuk sek men agama lelaki Sultan Mohammad Melaka tapi belum ada tawaran lagi. Sekolah tu minimum 4A. Takpe Aiman. Sekolah mana-mana pun ok. Saya doa lagi semoga Allah berikan sekolah yang mendekatkan Aiman kepadaNya, not for my favour, Atok or Papa yang juga sukeeeee sangat kalau anak dia masuk asrama.

Lepas tu Papa bawak balik borang asrama bagi saya. Bila saya tengok, daftar dengan sampin, baju outing bagai kena bayar dekat RM1k. Biasalah tu, saya masuk MRSM dulu pun macam tu. Termasuklah bayar duit makan selama setahun juga. Lepas tu bagitau dia – Papa kena bayar RM1000 ni darling!

Dia jawab, Ye ke, Papa nampak kena bayar RM250 aje?

**********

Saya ni kan lawyer. I am really good at reading.

I scan facts.

I can simplify 4-5 pages forms to the real requirement (amik gambar IC, dah tu borang sekolah dia ni ada 2 buku folio nak kena isi siap akujanji semua. Satu asrama, satu sekolah. Kau mampu?)

I scan typing errors – still exist in school forms ok.

I check every filled in forms at least 5 times.

Dah tu orang lelaki kenapa ambil mudah bab bacaan???

250 tu yuran PIBG etc aje kot.

Senang hati dak Papa ni nak bayar RM250 suruh warden jaga anak dia setahun taw -_-”

I still kenen kat Aiman tak yah lah masuk asrama Abe. Nanti Mama asyik tengok aje phone tunggu Abe call —> ugutan halus merujuk kepada peristiwa pergi Langkawi dia jarang call.

Karang Mama rindu camane???

Dia sengih aje. Padehal hati meronta-ronta nak masuk asrama. Saya tahu. Mak kan.

Abang ikut Mama je.

Aww. Mak terharu nak. Kita tengoklah nanti macamana ye.

*********

Want to overcome my writer’s block here. Hence the cacamarba post. I must keep updating.

Thank you for reading!

Love,

Dalin Ali

#aimantakyahlahmasukasramapehliz

4 thoughts on “Asrama ke tidak???

  1. better masuk asrama.

    tapi kalau tak nak, masukkan asrama yang dekat kalau tak dapat yang jauh.

    kalau tak nak juga, tunggu tingkatan empat, baru masuk asrama, sebab masa tu dah besaq sikit.

    Ya. Masuk darjah satu..kompem kena buli dengan senior. suka atau tidak, reda aje.

    tapi, dah tak macam dulu-dulu kot.

    buli biasa aje.

    paling jahat pun, suruh ambil air ke..ambil baju kat ampaian ke..

    itu pun kalau ada lagi.

    kalau tak, dok je sekolah harian biasa.

    budak bagus, letak mana pun dia akan bagus.

    terutamanya bab adab.

    kalau tak nanti, cikgu tak layan je dalam kelas, terus report mak bapak suruh saman.

    haha..
    titan recently posted…School’s OUT. Work still ON.My Profile

  2. aku pun kalau boleh nak suruh abglong duduk dgn aku sampai dia kawin. tapi dia yg nak pergi asrama. siap ckp “penatlah abglong belajar tp last2 ibu tak bagi abg masuk asrama”

    tah la ana… hukhukhuhk

  3. Titan: Ye lah betul semua nasihatnya. Saya risau bab buli tu aje. Alah tapi kat dunia luar ni pun ramai pembuli ye tak. Tengok macam mana ada masa seminggu lagi nak decide haha.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

  4. MK: Atan Bayong memang dapat masuk sbp punya tu. Aiman sekolah harian aku ni ramai kawan dulu asrama sekolah harian mostly belajar merokok semua kat sana. Itu yang lemah tu. Tapi yang baik-baik pandai pun memang ada. Tapi takpelah Tan. Memang kita ni rindu, biar dorang masuk krg dia mesti rindu kita punye haha
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge