Assalam.

Sekarang 4.46 pagi.

Sejak anak nak dapat result exam dah mula balik perangai mata terjaga pukul 3 pagi.

Dulu bos saya bagitahu kalau kita terjaga tu maknanya mungkin Allah swt gerakkan kita untuk mengadap dia. So paling malas pun, angkat tangan baca doa minta yang baik-baik. Kalau rajin, buat solat sunat. Itu lah yang paling baik sebenarnya.

Aiman dah dapat result UPSR. Sekolah dia bagi result ala Pelaporan Profil Murid, yang saya suka, sebab tidak menumpukan kepada akademik 100%. Tapi yang itu saya cerita in details kemudian.

Pagi dia dapat result tu saya dapat job party dekat sekolah. Payment was good, return customer so I just couldn t resist. Just 1 hour job so I told Aiman I would be late and he said okay. Aiman sentiasa cool aje or Aiman tak kesah. Masa dia UPKK tahun lepas saya malam-malam gi meeting job party (pun return customer) dia kata ok Mama pergilah dan  dia scored straight As. Sedih woi jadi mak bekerja plus I am a party planner weekend are my job day apetah lagi holidays tapi saya percaya Allah beri sesuatu itu kerana kau larat memikulnya, begitu juga dengan mereka yang berada di samping kau.

Sekarang kau boleh checking result thru sms dulu. Lama baru dapat result.

Aiman dapat 3A, 2B dan 1C.

BM 1 & 2, English 1 – A —> well typical anak penulis okeyyy haha

English 2, Science – B

Maths – C

Result overall laporan PPMurid pun ok. Alhamdulillah.

Masa dapat tu saya macam wah Maths dia C ok. FYI Maths dia selalu fail. Malam sebelum dapat result tu saya terjaga 3 pagi lepas tu tak tahulah logik ke tidak masa tahajud I minta lagi Ya Allah berikanlah keputusan yang baik kepada anakku. Janganlah failkan Maths dia Ya Allah. Aiman anak yang baik Ya Allah – menitik-nitik air mata masa mintak tu. Even dah last minute mintak je kepada pemilik alam semesta ini. Jangan pernah rasa malu, tak logik ke.

Lepas tu rasa lega sangat dan redho aje.

Saya bersyukur sangat dengan result dia. Sebab trial dia 4B, IC, 1D. Sebab saya tak bandingkan dengan orang lain. Saya melihat dia sebagai orang yang saya kenali sejak 12 tahun lepas yang saya tahu tahap kemampuan diri dia sebab saya duduk belajar dengan dia selama hampir 9 bulan. Tengok segala result ujian dia selama 9 bulan tu. Saya tahu berapa banyak pengorbanan yang kami kena lalui untuk dapat result itu sahaja dan gembira kami telah berjaya melepasinya.

I am so glad with your result Aiman. Alhamdulillah again.

Result sekolah agama darjah 6 atau kita panggil Ujian Amali Tahun 6 (UAT 6) pun dapat straight As. Ujian ni lebih kepada verbal/ viva dan amali. Saya tahu kelebihan dia di mana cuma kadang-kadang dia masih tak sedar perkara tu. Kelebihan anak kita adalah perkara itu dia buat effortlessly tapi result dia baik. Kalau dia buat betul-betul lagilah baik.

Kadang saya tahu ada parents darjah 6 maybe decide untuk stopkan anak sekolah agama. Dari pengalaman saya tak ada apa-apa rugi kalau kita hantar. Sebab Aiman kalau saya tak hantar dia, dia kat rumah pun tengok tv aje bukannya dia belajar untuk UPSR. Pergi kelas agama sampai bulan 6 then dia dah start ponteng-ponteng jugak. Iyelah sebab nak tumpu UPSR kan kelas tambahan dah all out masa ni. Dia bergantung kepada niat kita hantar dia belajar tu untuk exam ke (senang nak masuk asrama nanti ke) atau memang nak suruh dia belajar agama. Ilmu agama ni sangat special sebab dia menjaga anak-anak kita memang tak tertanding dengan ilmu dunia ni. Dari pemerhatian saya ada yang stop sekolah agama terus result UPSR dia pun biasa-biasa sahaja (1A). Memang result tu kurang penting cuma susah saya nak terangkan bagaimana ilmu agama ni menjaga anak-anak kita especially saya yang cetek ilmu ni nak ajar sendiri tak pandai. Lagi satu dapat keberkatan belajar.

Saya akan share nanti tips untuk ajar anak yang selalu fail Maths dekat blog ni. Mungkin tak relevan bagi orang lain ala dapat C je pun kan. Tapi saya tahu, macam saya dulu, google sana-sini finding the right way to teach English and Maths. The best cikgu kelas tambahan selepas 1. cikgu sekolah anak 2. cikgu tuisyen adalah YOU. The parents. Trust me.

Aiman graduated dengan majlis hi tea kat hotel ada muzik cak lempong lagi mengiringi dia nak pentas. Pas tu kat luar dewan siapp ade orang jual bouquet choc lagi kauuu. Haha hebat tul budak-budak ni. Guru besar dia ni macam jiwa muda sikit, lawa lak tu (tercabar mak –> tetiba) so dia kata nak beri rasa macam graduasi universiti bagi budak-budak bersemangat. I suka orang yang rare sikit ni sebab Aiman ni sekolah kampung je mana ado benda-benda ni dulu.

Aiman terima kasih sebab beri pengalaman yang baik-baik kepada Mama. Mama tahu macamana susahnya Aiman nak dapatkan result UPSR, UPKK dan UAT 6 tu. Kadang kena tinggal sebab ada kelas tambahan atau Mama gi kerja/ kenduri/ jaga Atuk dengan Nenek. Tapi Aiman sentiasa cuba buat yang terbaik sebab nak kasi hadiah kat Mama dengan Papa. Tq for setting good example for Ica the princess.

Ah dah 12 tahun besarkan anak. Macam-macam cerita. Ada bahagia, ada ketawa, ada duka (marah anak, anak patah tangan etc haha).

Sekarang saya dah baik sikit takde nak merembes-rembes masa kat sekolah ke graduation ke apa. Tapi masa taip ni lap gak air mata kat t shirt haha. Mak-mak gini lah kan tehehe.

Oh happy graduation day Abe Aiman. Love you. Jangan ada gelpren kat sekolah menengah plz. Me no likey  haha

Bye. Jumpa lagi.

8 thoughts on “Graduation

  1. Wah anak akak dah besar tahniah kak semoga aiman terus berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yg soleh untuk kedua ibu bapanya ….

  2. Liza: Haha ye liza dah nak masuk sek menengah. Rasa tak cayo pun ado haha.. Tq Liza..

    Hidayah: Tq Dayah. Gi obersea ye sekarang? Baik-baik ye
    Dalin recently posted…GraduationMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge