Sejak akhir-akhir ni memang musim hujan kan.

Kalau dekat kampung saya, gerimis tu kita panggil ‘rebas’

“Eh dah rebaslah, angkat baju”.

Gitu.

I thought it was global jadi bila kawen cakap dengan Papa dah rebas bagai dia macam konfius.

Haa apa tu???

Oh tak paham rupanya laki aku ni.

Rebas tu hujan tak berapo nak lobek lah darling. (lobek=lebat)

Macam saya pernah tulis dulu, perkahwinan adalah saat kau menerima kelebihan dan kekurangan seseorang. Macam saya dulu tak makan sayur, lepas kahwin dengan hantu sayur, hari-hari kena ada sayur. Kadang-kadang masa makan kita 3 orang (except Ica) cakap oi sedapnya sayur ni kan–> kemain menikmati sangat especially sayur krup krap lagi tu pehhhh. Sekarang style goreng eat clean ok goreng gitu-gitu je sedappp sangat!

Hari ni semua kerja saya siap. Dari pagi macam biasa sapu, mop, masak nasi lemak, lauk tengahari, kemas dapur, cuci tudung-tudung saji ha mesti rare kan cuci tudung saji haha. Oh ya tak lupa cuci bekas toskan sudip, sudu, garfu etc yakni pekerjaan ini semualah yang selalu pandang-tapi tak buat-lupa-pergi weekend seterusnya. Sekarang saya ada whiteboard kalau teringat cepat-cepat tulis so kerja mini macam lap barang hiasan dekat hall. Benda-benda ni semua memerangkap habuk dan kotoran ok jadi memang kena bersihkan juga sekali-sekala kalau pun kita tak ada jadual.

Ujian nak tau rumah kita bersih ke tidak senang aje, bayangkan mak mentua nak datang rumah kita segan tak? —> ujian mak mentua nama dia haha. Gabra tak? Kalau kau cam rilek aje ha datanglah mak oklah then pass le tu.

Setiap pagi kalau nak pergi kerja saya mesti tanya ok kalau mak mentua datang ni dia boleh agak tak aku jaga anak cucu dia dengan baik????

Saiko kan haha padehal mak mentua saya punyalah baik. Tak pernah pun interfere or inspection apa ke. Sebab baik tulah kita jangan over, jaga anak dan cucu-cucu dia baik-baik ok.

Mak saya dengan bibik diorang perati aje. Bibik suka rumah saya sebab dia kata bersih rumah ibu Diana. Mak saya is the typical you-cannot-easily-win dia pandang sawang dekat dinding dengan kipas berat dia tegur jugak. Saya cakap itu sebab menantu dia tak lap haha–>itu tugas si Papa. Plus mak saya tahu saya lama tak cuci langsir cuma propa je konon rumah bersih sangat haha. How can u nak tipu a mother eh. Mak kita kenal kita sejak dalam perut lagi. Segala verangaiii kita dia tahu ok. Dulu mak suruh sapu laman saya cakap biarlah daun kering tu menjadi humus menyuburkan tanah haha. Konon pandai ngat Sains. Kalau terpaksa sapu gak saya sapu tapi longgokkan kat pokok yang jauh sikit. Dasarrr sangat pemalas kan. Mak akhirnya mesti akan tahu jugak sebab dia jugak yang kemas laman tu nanti dan telinga saya akan berdesing-desing kena leter. Tapi saya buat tak tau je. Takut masuk rumah saya naik je basikal tengahari panas lit-lit sampai kulit jadi hitam.

Nasiblah anak-anak tak ikut perangai saya hahaha.#taubat

Sabtu adalah hari diorang kena basuh kasut, lipat baju, kemas bilik dan mainan masing-masing. Rasa dari tahun lepas masing-masing dah lipat baju sendiri. Siapkan bakul aje dan letakkan dalam bilik diorang. Hari cuti adalah hari diorang kena kemas baju, barang dan bilik masing-masing sampai saya puas hati. Dia tak boleh rigid sangat lah. Pujian kena melebih-lebih kepada insan-insan kecil ni. Bagitahu kat Papa masa sarapan semua, kembanglah theyols.

Entah kenapa hari ni saya on balik FB messenger. Maybe sebab dah free sangat dan fb personal tu ada nak guna untuk biz juga lately. Buka beberapa conversation yang orang mesej kau tak baca. Lepas tu bila baca satu mesej ni mata saya terus jadi berkaca-kaca. It was from a stranger last year. Terus teringat beberapa tahun dulu ada one girl Hidayah (hai hidayah) emel saya. Mesej seperti ni kadang-kadang buat penerimanya memakai kacamata jernih sementara 🙂

Intan i don t know you. But I have a friend named Intan. Intan-like the name always shines and shares happiness with others.  Thank you for the doa. Sorry I just read your messages  17 months later.

Mesej seperti ni buat hati akak hujan sementara, antara terlalu bersyukur untuk semuanya dan rindu nak menulis balik juga…

Akak doakan semoga Intan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya juga.

Begitu juga untuk semua pembaca blog ini.

Saya ni macam blogger dan penulis yang bersendirian kan. Saya menulis dan kamu semua membaca. Tapi penulis ni memang suka bersendirian pun betol tak? Only a writer understands another writer I guess.

Jumpa lagi. Terima kasih membaca bebelan saya.

2 thoughts on “Hujan

  1. Tersedak…uhuk2.hihi.
    Lately ini memang hujan je.sama dengan kl.bila hujan teringat mak ayah di kampung sebab kawasan rumah senang banjir..rumah kampung.kelilingnya dah dibangunkan..tapi org tua kn..banjir pun tak apa sbb dah biasa katanya.
    Hidayah recently posted…Nota setelah menyepi seketikaMy Profile

  2. Hi Dayah. Itulah musim kan. Kita dah berkeluarga terkenang mak ayah kat kampung. Mak ayah suka duduk rumah sendiri, macam kita juga nanti.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge