Toll gate girl

Hi blog.

Ada beberapa post seo nak tulis tapi itulah. Saya ni cerewet yg amat bila menulis. Apetah lagi membabitkan gambar-gambar ni. Macam post simple-simple yang korang baca dekat sini dekat 4 kali kot edit lepas publish. Sampai hati berdetik ah takde sape nak perasan typo error kau Diana. Move on please.

Begitulah getus hati kecilku haha.

Sekarang ni biasa anak balik sekolah saya yang ambil. Dulu gilir-gilir dengan Papa. Bila Aiman nak habis sekolah saya macam eh anak aku dah besar nak sekolah menengah dah. Dari riang ria menyengih peluk saya kat pagar sambil jerit Mama! masa darjah 1 sampai sekarang dia macho je jalan kontrol sampai dalam kereta baru sengih2 manja. Anak lelaki biasa lagi manja dari anak perempuan cuma tak tunjuk depan-depan orang.

Sebenarnya kalau hari tak ambil dorang saya rindu nak makan tengahari sama-sama. Mungkin orang lain suka makan dengan kawan-kawan ke. Tapi saya rindu makan dengan anak-anak. Bila ada tu pening jugak. Penat lagi nak terkejar-kejar. Kadang mata nak terlelap-lelap sebab panas sangat masa drive balik ofis. Tapi syukurlah dapat ofis yang memahami.

Waktu tunggu anak dekat pagar sekolah, macam-macam aksi kau nampak. Bila saat loceng bunyi je, ngeri ok. Semua lari-lari macam nak merempuh pagar sekolah haha. Yang main lecak lumpur hujan pagi tadi (habis le mak kau sesah kau nanti kasut dah kotor). Mana yang dalam kelas tadi gaduh, sambung balik gaduh kat pagar. Yang salah ingat akak ni mak si Muzafiq ntah sape pun ada. Yang kata auntie ni cantik pun ada ewwah betul tak tipu haha.

Macam-macam perangai.

Itu belum bab berebut beli aiskrim dan jajan. Masing-masing tak menyabar macam van dia nak berlepas dalam 0.001 mikrosaat macam tu.

Ica memang gemar suruh akak beli sebab nanti orang jual tanya sape yang tinggi dulu macam akak hehe.

Bila tengok sorang-sorang ni, rasa macam Ya Allah, semua ni adalah buah hati mak ayah masing-masing. Pandai ke, comot ke, becok ke ada orang kat dunia ni yang sayang sangat kat diorang ni. Saya faham ada parent yang sedang kerja atau ibu kat rumah yang tak sempat ambil sendiri. Semua ibu bapa ni menyimpan harapan dalam hati semoga anak-anak ni sentiasa selamat di mana-mana pun, termasuklah saya sendiri.

Dah 6 tahun rupanya saya ambik Aiman sekolah rendah. Minggu depan majlis graduasi (graduasi katanya uol haha). Nasiblah ada Ica so hopefully I still ada beberapa tahun lagi kat sekolah rendah. Abih lopeh tu kau nak ambik sapo laie T_T

Oh ya boleh continue sekolah menengah kan. Kebiasaannya mana yang saya interview bagi tip untuk remaja ni jangan bagi motor, keluar tanpa haluan weekend duduk rumah lagi bagus, limit the gadjet, kenal rapat kawan-kawan dia dan kalau boleh pergi balik sekolah berhantar juga agar tidak merewang ke tempat lain.

Oh I am a mother to a teenager now.

Semoga baik-baik aje anak kita semua ye.

Jumpa lagi.

-School gate Mama

2 thoughts on “Toll gate girl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge