Mudahnya nak book flight ticket ohoiii…

“Jalan-jalan cari pasal”. Kalau sape rajin baca  blog Fatin Liyana dulu selalulah jumpa term-term gini. Dia dah rajin update blog tau. Blog dia tak pernah gagal buat kau nak tersembur minum kopi ketawa baca cerita dia and latest dia travel  ke Jepang okeh. Rasa macam senang lak dia ni gi oversea siap boleh drive lagi kat sana. Senang aje rupanya buat  lesen antarabangsa hakak ingatkan nak kena test beria kat sana dah tentulah gagal habis parking sisi ala corner lot pun still gagal lagi walaupun dah belas tahun bawak keta haha.

Bila pikirkan balik jalan-jalan makan angin ni syok jugak kan. Dah lama jugak tak bercuti jauh-jauh. Last pergi Indon few years back dengan in laws. Keluarga in laws akak ni kalau bercuti memang cik kiah sangat. Atuk diaorang kalau ada cucu kecik-kecik siap book 1 bas kat sana senang cucu nak bergumpal or melalak tanpa henti bila dah penat. Pergi ramai-ramai dalam 20 orang mcam tu. Sebab hakak ni bab makan tu kau tolak batu dan kayu je, pergi travel mana-mana pun I ok je asalkan Papa ada (tolong jaga anak, I stress budak melalak-lalak nak mainan ok haha) dan mudah. Ha MUDAH tu penting macam akak ni organized sikit so kau dah planlah semua dari tiket ke, kenderaan kat sana ke, MAKAN paling penting. Tak makan boleh jadi marah oo haha. Bila anak dah besar-besar ni I ngan Papa pun mulalah merancang trip-trip kitorang berempat sendiri. Iyelah anak dah nak remaja haruslah kita membina memori okeh. Itulah memang ada plan nak travel pergi bercuti berempat ni dalam masa terdekat ni atau pun maybe 3 tahun lagi tehehe…

mudahnya nak book flight ticket mas di traveloka

#kids at Trans Studio

Dulu-dulu kan kena beli or book tiket flight kat airport. Tu zaman dulu kala lah kan. Sekarang ni dengan dunia cyber tanpa sempadan ewah bahasa, nak book flight ticket ni senang je uols. Memang sesuai dengan pemalas bergerak tersohor macam akak ni. Habis kau malas, habis tu kau organized, semua bende nak survey dulu. So antara cara PALING MUDAH yang akak temui nak book atau survey flight ticket Malaysia Airlines adelah kat Traveloka. Yezza kat website travel, bukannya kat website MAS. Surf and easy uols. Buat kopi secawan ha kau surveylah puas-puas. So korang Click sini utk Malaysia Airlines online booking tawaran terbaik dan korang akan masuk ke web traveloka atau boleh juga pakai apps traveloka kat android and ios.

Cara nak book senang aje firstly korang akan nampak MENU untuk korang cari flight yang korang nak. SELECT dari mana korang nak naik, contohnya KLIA then korang click destination yang korang nak pergi. Banyak tempat tau korang boleh pilih. Mestilah kan airline kebanggaan Malaysia mestilah ke seluruh pelusuk dunia dapat pergi okeyyy. So korang dah pilih dah? Ok next korang PILIH DATE yang korang nak naik. Surveylah dulu tarikh anak cuti, peksa ke apa biasalah kita mak-mak ni over semua benda nak pikir tak sudah-sudah. Pilihan di tangan anda ewah! Lepas tu korang PILIH LAGI la nak beli sekali yang return atau one way ke. Kut nak berhijrah sekali ke silakan! Mak kau marah nanti tak tau eh….

Ok sambung cerita, lepas korang dah pilih semua tu, time untuk pilih BERAPA RAMAI PASSENGER, berapa adult berapa kids. Kids umur 2 sampai 11 tahun. Kalau bawah 2 tahun tu dah kategori infants. Then korang PILIH JENIS CLASS pure science ke sastera  business class or economy class or premium economy class. Dah setel semua korang click SEARCH. So apps ni akan searchkan availability flight yang korang cari tu. Lepas korang click kat SEARCH FLIGHT akan ada list flight yang ada siap details dan harga lagi. Korang leh buat perbandingan harga. Sekali lagi pilihan di tangan anda.. anda.. anda. Bukan pilihanraya aje nak pilih betul-betul, pilih tiket kapalterbang tu pun kena yang terbaik hokay ibarat nak memilih Yb kawasan haha..

Lepas korang dah CHOOSE FLIGHT yang mana satu korang nak tu, korang kena masukkan details korang kat form yang akan keluar. KEY IN la details yang betul, jangan tipu lak nanti tak pasal-pasal tak dapat naik kapal terbang. Lepas setel semua korang click CONTINUE dan teruskan sampai area korang nak bayar nanti. PAYMENT korang boleh buat dengan credit card, internet banking dan juga counter kat airport. So kepada yang tak ada/ telah lama meninggalkan dunia kad kredit macam akak ni jangan nak buat-buat cemas membenci dan memandang enteng post akak ni ok. Akak memang forever mencintai online banking sebab senang dan selamat. Pape hal pun pakai online sampai kadang-kadang lupa password kad atm sebab gugup kat kaunter Aeon semalam haha. Ntah apa akak pikir masa tu pun tatau nasib ada cash. Eh sambung balik, lepas setel payment semua korang akan dapat E-TICKET. Use this e-ticket untuk buat check in nanti. Senang kan? Akak memang suka benda senang-senang ni sebab malas semua benda boleh survey di hujung kuku siap book sekali yeay!

So kepada yang nak meremajakan percintaan dengan suami/ isteri ala Fatin Liyana bolehlah dengan SEGERA booking cepat melalui traveloka ok. Mana yang anak dah membesar maka sila bercuti dengan anak-anak ok karang dia dah masuk university osah eh kau nak nak ajak bercuti dengan fokus dan excitement dia 100% macam sekarang ni (314 kali tanya setiap hari bila hari nak berlepas). Cuba korang test sekali sekala book air flight ticket selain dari book hotel korang kat traveloka. So far akak mencintainya ewah sebab senang gile tap tap tap zass aje dah siap. Register sekali kat traveloka senang oi so korang nanti dapat offer menarik ke. Ala korang kat ofis tu time bohsan pikir nak bercuti aje kan jangan nak tipu. Jadikan percutian korang well planned, easy to execute dan berbaloi dengan masa dan duit korang. Fly simple. Inilah dikatakan dunia tanpa sempadan. So boleh lah start planning your next holiday. Jumpa lagi. Bye!


mudahnya nak book flight ticket mas di traveloka 3

One thought on “Mudahnya nak book flight ticket ohoiii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge