Peluk

Hai hai hai.

Sejak Tommy mati kan, kita sekeluarga selalu tercakap pasal dia.

Eh Pa ingat tak dia selalu naik motor lepas Papa hantar Ica dengan Aiman pegi sekolah?

(dia memang tunggu tepi rumah dan lompat masuk dalam bakul motor nak jalan 2-3 lap dalam taman. I cakap dengan Papa ni boleh viral Pa kucing manja naik motor haha).

Lepas tu bila I sampai rumah balik  kerja nak bukak pagar dia akan masuk duduk dekat seat passenger depan padehal nak gerakkan kereta masuk ke garage je pun. Pastu dia cakar-cakar dashboard kereta Papa kau tu. Papa kau marah nak!

Ingatan-ingatan dekat dia ni makin mencucuk hati (perkataan ittew haha) bila time semayang sebab dia selalu tergolek tepi sejadah pak imam kat depan, lepas tu mengganggu gugat ketenteraman makmum di belakang (buat pusingan) ada sekali Ica terketawa dia cakap tapi dia buat-buat batuk sebab takut I angry bird. Aiman tak pasti tapi bajet dia ketawa sekali sebab dia ni selalu melebih-lebih ketawanya just like me…

Aiman paling untung sebab dia kata dia mimpi 2 kali jumpa Tommy so dia ada usap-usap Tommy si gemuk gedik mengada-ngada tu.

I guessed he was so rindu kat Tommy so dengan izin Allah Tommy pun appeared in his dream. Twice.

Kadang-kadang rasa macam kagum sangat bagaimana Tuhan mencampakkan rasa sayang yang tak bertepi kepada kami untuk makhluk sekecil Tommy.

Saya tahu satu hari nanti saya akan lupa kenangan-kenangan dengan dia in details (like previous cats) tapi rasa sayang itu tidak akan pernah padam.

Bila tahu bagaimana kau sayang pada seseorang/ seseekor in our case, jadi bagaimana pula Tuhan menyayangi kau dengan segala nikmat yang kau dapat sehingga ke hari ni.

Bukankah Dia terlalu sayang kepada kita sebenarnya kan..

#tooblindtosee

Tommy we all miss you.

The hardest time was rindu nak peluk kucing segemuk you.

This is my all fav time pic of Tommy.

Pic dia tinjau si Lembu Lily dalam cage nak pergi klinik dengan penuh rasa empati gitu.

Thank you Allah pinjamkan Tommy.

Alhamdulillah for the memories.

For somehow ayat dia macam:

Sabar ye, dah tak lama dah!

Macam pesanan kat weols juga.

Rindunyeeee…

2 thoughts on “Peluk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge