Oh Melaka United…

Hai.

Hari ke hari makin merudum minat nak menulis dekat sini.

Kadang rasa menyampah + malu pun ada hoi aku tulis apa tadi dekat blog. Malas nak baca.

Is this normal the love-hate relationship like this? Like after 3 years???

Dulu hari-hari (3 kali sehari actually) bukak blog sendiri tersengih-sengih baca.

Rasanya masa tu happy times. Masa tulis pun ketawa haha adoi macamkan kelakar sangat.

Masa blogging dengan MK lagi tak sabar-sabar nak baca blog dia lepas tu terkekeh-kekeh tahan ketawa pastu baru mula kerja.

Hello bos saya tak marah tau dia cakap you may take your tea time, anytime. Dok dalam opis tak boleh buat kerja nak buat apa?–> dia cakap. I tak merayau kat luar (kedai kopi etc) just merayau di alam maya je minum teh boleh haha.. Masa birthday bos dengan raya haruslah kita minta dihalalkan semua taww. Lagipun tau iols pekerja kesayangan boss yang sopan santun eh!

Khamis lepas kan Aiman pergi trip ke Langkawi. Sebenarnya tak nak kasi tapi… berat sungguh hati seorang ibu. Beg dia kemas sendiri tapi akak spot check suruh tambah itu ini. Habis ration lagi nak supply.

Pastu masa gerak keluar rumah nak hantar naik bas dia baru kata dia tak bawak towel dan sliper. Akak macam hmmpfffttt hello Aiman bukan sahaja towel, sliper, bekas spek (nak tido kena bukak spek ok karang budak lain pijak) semua Mama dah packkan ok. Plastik isi baju kotor, ubat sakit perut semua ada. Yang tak ada hanya Mama aje dalam beg tu haha.

Nak harap budak lelaki packing ginilah (jangan sentap para jejaka. Ini fakta). Dimasukkan baju jalan, tido, underwear ajelah dalam beg tu. Kaum wanita yang maha meticulous inilah masukkan berus, ubat gigi, sabun dalam zipper bag, sweater dan stokin bagai. Sikat bedak tu bila diingatkan baru dia masukkan. Papa incharge bab phone, powerbank dan plug charger bagai. Itu memang zon beliau yakni zon elektronik.

Lepas tu pergi aje dah bayar sekolah RM200. Dia kumpul duit nak belanja dah 120. Mama tambah 80 (claim kat Papa) lepas tu siapkan lagi duit tiket-tiket nak bayar cable car bagai dalam angpow. Kira cash aje dekat RM250 bagi. Mama terus teringat dulu Atuk kau Mama gi Cameron Atuk bagi RM15 aje????

#jurangmasa

#diagenz

Masa dia pergi tu saya tengah handle satu job party. Job ni memang menuntut pengorbanan jiwa raga juga. Jadi saya tak sempat fikir sangat walaupun tahu area Utara tengah hujan ribut petir semua. Ada yang bagitahu feri tak lepas ke Langkawi. Sebab saya fikir, ajal maut di mana-mana. Lepas tu saya terbaca satu quote melegakan hati bila terjumpa 1 gambar di Ig AbbasyIslamicDesign yang tulis lebih kurang macam ni:

Bila Allah jaga kau, kau tak perlu risau apa-apa lagi.

Saya tahu Dia akan jagakan Aiman. Saya pun kena belajar melepaskan juga. Baru tahu perasaan orang yang hantar anak ke wilayah bergolak ke apa. Itu ajelah perasaan dia:

Ya Allah, jagakan dia.

Secara jujurnya saya memang kecut perut juga tapi bila ingat jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Tuhan kita rasa macam lega.

Dia ni pulak typical boy yang kau tanya banyak-banyak dia jawab sepatah. Lepas tu dia selalu x online sebab I pesan jangan membazir bateri nanti nak call/ whatsapp x dapat I risau haha. Dia akan online bila waktu makan je. Baru saya sedar dia ni very quiet, pemalu dan tak pot pet macam Ica. Nak hantar gambar kat sana pun malu-malu mintak 4 kali baru dapat. Pastu hantar gambar kawan-kawan dia. Mama nak tengok gambar kau nak T_T!!!!

Masa nak pergi dia janji akan jaga diri dan akan balik dengan selamat. Yang akak ni jantung macam nak terkeluar tapi bajet cool aje masa nak hantar dia. Ada mak yang marah anak dia dah hilang kelibat dari bas (pindah tempat duduk), bapak dia pergi check semua dalam tu. Hello, budak lelaki suka macho tau jadi elakkan malukan dia depan kawan-kawan dia. Akak ok je siap pesan jangan buat tindakan yang malukan mak bapak ye haha. Pesanan ala-ala nenek-nenek aku ni haha.

Malam tadi dia sampai Melaka pukul 2 pagi. Yang akak kat rumah dah telah bergelas kopi mata bukan main segar. The feeling yang kau nampak anak kau sengih depan pintu panggil Hai Mama adalah priceless.

Dalam hidup ini semuanya bukan kita yang tentukan. Kadang bila Dia ambil sekejap benda-benda yang kita sayang atau ambil terus (Tommy) buat kau rasa macam jantung terkeluar atau hati tu sayu/ risau aje.

Kadang-kadang kita lupa nak berdoa, bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita sibuk sangat dengan benda dunia hujung-hujung nanti kita cari Dia juga.

Mak-mak ni foreverlah risau anak nak pergi asrama ke, rombongan ke. Memang kita akan risau tak boleh buat apa. Cuma kena control sikit sebab ada sesetengah benda berada di luar bidang kita, jauh dari pandangan mata.

Beruntung sangat kita ni sebagai orang Islam ada satu feeling:

Ya Allah, jagakan dia.

Lepas tu kau akan rasa lega sangat. Tetiba risau tadah tangan doa lepas tu ok dah boleh teruskan hidup. Sebab kau tahu Allah akan jaga dia lebih baik dari kau jaga. Itu pasti.

Aiman bawak balik duit 120 semalam so oklah sebab dia ni memang tak kuat shopping sangat. T shirt, jersi (wajiblah ni kan), jeruk Pak Ali sepeket lepas tu ada tonik rambut gamat sebotol. Motip?? haha

Aiman, Aiman, memang budak bertuah. Aiman = yang bertuah.

Tq bas Melaka United bawak Aiman and the geng.

Merasalah mamat tu feeling jadi pemain Melaka United haha.

4 thoughts on “Oh Melaka United…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge