Sepasang kurung nan biru

Assalam.

Wah tetiba nak taip tajuk gitu.

Ingat anak dah exam saya ada happy hour blogging.

Lupakan.

Semua benda datang mendadak.

Fail ofis, partime, fail lama opis zaman tok kadok nak kena revise balik.

Benda-benda macam tu.

Gilir-gilir adik-beradik bawak mak/ ayah gi appointment dekat GH Melaka, IJN.

Atan @ MK contact balik. Dia ni sangat persistent tahu tak. Sebab tu dia boleh kurus, marathon bagai. Sebab dia sangat persistent membuat sesuatu. Once a while dia akan whatsapp lagu Feminin yang kitorang nyanyi kat koridor blok atau divider bilik asrama dulu. Biasalah memekak bila jadi senior sape yang baik sangat masa kat dorm dulu sila duduk dendiam ye. Mohon jangan cemari kenangan akak sekolah dulu haha.

Oh lagi satu. Tommy boy dah mati kena langgar.

Kali ni bukan budak-budak yang melalak (last time Aiman macam depressed cam tu). Kali ni mak dia (saya) yang menangis-nangis tatkala diberitahu oleh Aiman. Siap cakap Abe, Mama nak Tommy! Gedik betul. Aiman dengan Ica cool kali ni sebab dia rasa dia tak salah dah vaksin semua lengkap, Tommy pun badan debab sihat, kelakar pulak tu dia ni. Siapa suruh dia melintas jalan raya lantas dilanggar –> menurut laporan adik Thailand kedai tomyam depan taman.

Petang sebelum dia mati, dia cium kepala saya tau banyak kali. Letak kepala kat sofa then dia naik atas tu lepas tu baring sambil cium kepala. Walaupun akak selalu stress takut dia ni ada kutu atau bersihkah mulut dia ni (kerapkali bunuh burung dia ni) tapi petang tu saya just biarkan aje sambil usap-usap dia. Lepas tu saya selalu cakap:

Inilah sorang anak Mama versi kucing.

Dunia akhirat Mama sayang dia.

Esok tu tak balik seharian. Bila Aiman investigate, kedai depan cakap dia kena langgar. Papa, Ica dan Aiman (akak dah tentu tengah layan feeling kat rumah) pergi cari mayat dia ingat dorang letak kat belakang kedai. Rupanya dia orang dah tanamkan. Dia selalu lepak kat kedai tu petang -> malam.

Tahu kan kucing kalau mati biasa dia akan lari jauh dari pandangan mata tuan dia.

It took me days to finally redho. Accept tapi sebenarnya kau tak redho mula-mula tu. In the spirit of Tommy yang happy kelakar sokmo, I choose to be happy.

Dan blog ni pulak ada satu pesen bila I tak update, dekat 500 orang satu hari datang. Apakah korang ni tak suka akak update ke haha. Updet kucing always top post untuk blog ni. Gambar-gambar kucing saya orang tengok hari-hari.

Tommy.

Semoga bergembira dekat sana okeh. Makan sesuka hati ye. Kalau nak tidur carik je kepala kucing lain yang ada since Mama dan Ica dah tak available lagi. Dia ni selalu tidur dekat kepala kitorang (salah seorang). I once read bila kucing tidur di kepala kau, he trust and love you very much. I hope so.

Till we meet again. It is getting closer!

Oh kenapa tajuk sepasang kurung yang biru?

Ala biasalah ada lagu raya yang syahdu tu kan. Dengan lagu Aisyah yang termenungku sendiri time raya kalaupun tak merantau/ keciwa korang nakkk jugak fefeeling sedih jugak masa tu kan???

Sebab dia ni. Jersi biru dia. Sepasang jersi biru tulis Japan 10.

ubat kutu kucing paling best 4

Bye Tommy love ya!

#stillnangiskatdalamketaandkatsinkikenkadang

#ohtommyboy

3 thoughts on “Sepasang kurung nan biru

  1. saya pernah menangis bengkak2 mata masa kt u bile adik bgtau kucing sy si miang dah mati. kebetulan esok tu raya haji. kwn2 ingtkan sy nangis sbb x dpt blk raya hj. sy jwb bkn..sbb kucing mati..(sambung nangis)..
    kwn gelakkan sy..huwaaaa
    hidayah recently posted…MENTALITI JAMBANMy Profile

  2. Haha dayah. Finally someone understand. Susah tau nak train si gemuk ni pastu kena sayang dia pulak. Waktu semayang terbayang pulak tu dia terbaring kat tempat orang nak sujud sambil buat muka comel.
    Memories eh.
    Sometimes we just lived with memories.
    dalin recently posted…Sepasang kurung nan biruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge