Hi assalam.

Semua tahu kan UPSR dah habis. Mesti ingat saya enjoy gile kan?

Memang. Saya ada beberapa upacara keraian dalam keluarga punyalah nak meraikan dah habis upsr ni haha. Nampak tak di situ betapa leganya saya.

Finally boleh balik rumah bersenang-lenang tak payah fikir pasal anak belajar.

Betullah orang cakap, anak kecil, lain cabarannya. Bila anak kita dah besar, jangan ingat kita boleh rehat, lagi besar cabarannya. Siapa yang dah lalui dia akan tahu.

Seminggu ni saya asyik terjaga malam selang sejam. Alhamdulillah dapat stay calm takde nak buat anak stress. Waktu rehat pergi sekolah jenguk Aiman cakap good luck Abe. Bersyukur kerja tempat sekarang bos takde hal nak uruskan anak ke apa ke. So pagi sempat solat hajat, baca yassin, pergi sekolah, then baru masuk kerja. Dan finally, walaupun segan nak bagitahu, saya dapat ajak anak-anak pun solat jemaah pagi dan malam dekat rumah. Selalunya dorang solat lewat sikit sendiri sebab mak macam saya ni biasalah kesianlah, bagi budak ni tidur dululah, tak sempatlah…. finally. Ica nangis juga masa awal-awal tu. Tapi bila tengok kita 4 orang solat jemaah ni rasa sedih pun ada.  Kenapalah dari dulu aku tak kejut anak aku sembahyang sekali. Aiman memang tenang aje the whole week. And even the whole family pun. Alhamdulillah.

War zone

Sepertimana yang korang sedia tahu, Aiman ni dia average boy belajar sekolah pagi. Saya tahu dia dah berusaha sehabis daya dia untuk UPSR ni. Bila musim pre, sedang, post exam, kita sebenarnya berada dalam war zone. Satu-satu cara untuk tenang berada dalam zon ini saya suka kata-kata Dr Anwar Fazal:

Jalan rapat-rapat dengan Tuhan.

Kita kena tenang bila dalam war zone. Tak boleh huru-hara. Walau sebagaimana lambat pun kita berubah untuk mendekati Dia, macam dalam kes saya – ajak anak solat jemaah sekali dekat rumah, buat sahaja. Sebab bila kau buat benda-benda yang Dia suka, kau akan merasa tenang macam kau sedang melihat pemandangan yang indah.

Dugaan

Minggu sebelum exam Aiman cirit birit sampai lembik. Akak macam freak out gila sebab dia sampai tak lalu makan. Terus macam insaf gila Ya Allah janganlah Kau duga anak aku exam nanti sakit perut semua. Satu jam je kot each paper abis kalau dah setengah jam dalam toilet apa kes?

Dia makan ubat semua, kita semua pun doa banyak-banyak, alhamdulillah sihat dia seminggu ni.

Goh Jin Wei

Aiman ni dia segan sebenarnya kalau saya jenguk dia waktu rehat tu. Macho katakan. Macam mak budak lain siappp anak dia tak kasi mak dia datang terus sebab nanti banyak tanya-tanya. Aiman ok cuma saya tanya tadi ok ke tak? Lepas tu cakap buat betul-betul. Lepas tu kita ada secret code sebut:

Goh Jin Wei

Goh Jin Wei ni kan yang kitorang tengok badminton Sukan Sea hari tu. Dia berlawan habis-habisan, slow and steady, kalah pun ada. Last-last dia menang. So kod GJW ni selalu akan crack smile kat muka Aiman bila saya cakap Goh Jin Wei. Dia tahu saya nak dia cuba, cuba dan cuba. Takde nak peluk ke hug ke kat kantin tu dia malu haha. Nak jadi macho lettew.

Celebration

Uish tension tau anak exam. Malam ni kita akan mulakan aktiviti pertama iaitu menonton bola di stadium- Melaka United v JDT.

Dah lama janji ni. Janji haruslah ditepati ok.

Lama sangat

Saya ingat masa pagi nak pergi exam tu Aiman cakap:

Akhirnya hari ni tiba jugak Mama. Lama sangat Abang tunggu.

Kesian tau sebab kalau siapa ada anak UPSR tahulah sekolah ke, pusat tuisyen sentiasa buat kelas kalau boleh tengah-tengah malam pun nak buat. Susah sangat examnya sampai saya rasa mungkin masa berharga kanak-kanak ni membesar telah diambil.  Dan masa guru-guru juga (memang tabik spring). Saya dulu kelas tambahan petang dengan hari Sabtu aje kot. Itu pun lenggang kangkung aje pergi sekolah. Ini pagi sebelum kelas, balik sekolah, malam (certain days) dan Sabtu. Anak buah saya Ahad pun ada. Bayangkan kita dulu happy main lompat getah bergulung-gulung, main galah panjang tak ingat dunia petang-petang, itu belum lagi yang terjun sawah, diorang ni dok lah mengadap soalan KBAT sahaja.

Aiman.

Hidup ini memang tak selalu senang.

Masa depan Aiman mungkin akan jadi 100 kali lebih susah dari UPSR ni.

Mama harap Aiman akan sentiasa senyum macam masa nak pergi exam dan masa balik even masa paper Maths tu. Maths tu memang Aiman pun cakap susah tapi kita dah buat nak buat macamana kan. Syukur cikgu sekolah jenis yang tak kasi budak bawak balik paper exam. Semua kena move on. Mama dulu pun tak pernah hayat check dapat markah berapa berapa bagai. Baru lah hari dapat result tu nanti rasa takut dia macam nak meletop dada haha. Barulah surprise!

Oklah blog. Rindu. Lama tinggalkan dunia penulisan juga. Menulis adalah sebahagian dari diri saya. Saya kerja pun menulis sokmo.

Bye!!!!

3 thoughts on “Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge