Test #1 thing I remember about Ayah

Hai assalam.

Minggu depan UPSR mula.

Aiman macam biasa. Dia tak macam saya. Dia sentiasa relaks takde nak gabra ke apa. Ingat plan minggu akhir ni nak cuti teman ajar dia petang-petang ke. Lepas tu saya sedar yang dia ni suka study sorang-sorang (sama macam saya). Cuma nak kena pantau sahaja. Tadi buat latihan apa? Periksa apa kelemahan dia. Tekankan kelemahan tu. Kalau tak dia asyik buat latihan yang dia suka macam pilih karangan tak berformat aje. Dari zaman dulu lagi banyak aje soalan ramalan lah apalah. Bagi saya study aje semua supaya apa-apa hal pun kita boleh jawab nanti dalam exam. Dulu glamer soalan maktab Adabi gaya pos tu memang sure keluar exam tak banyak sikit lah. But still takde pulak cikgu sekolah saya suruh beli ke apa ke. Ha kau belajar ajelah semua. Jangan nak memandai-mandai nak pilih bab itu ini.

Saya ingat dulu kalau pagi nak pergi exam mesti gigil punya. Nak makan pun tak selera. Lepas tu Ayah dia dah siap-siap semua tengok saya terkebil-kebil kat tepi dia cakap:

Lah, nak takut apa ni.

6 tahun kita belajar, ini Tuhan nak test kita aje.

Test apa yang kita belajar dulu. Bukan benda lain pun.

Takde apa yang nak ditakutkan lah….

Biasanya lepas tu saya akan cool down sikit.

Ayat dia simple aje – Tuhan nak test kita.

Macam Ayah saya tahu dia fikir dah 71 tahun Allah beri macam-macam kepada aku, merasa tengok anak cucu di depan mata, kali ini Tuhan nak test sikit. Kanser. Takkanlah tak boleh terima kan.

Kalau tengok dia sekarang pun sihat aje. Uruskan Mak dekat rumah. Tapi saya tahu kederat dia semakin kurang dari hari ke hari.

Ayah saya dia kurang pentingkan result periksa. Yang penting dia tahu saya dah usaha. Dia selalu beritahu anak-anak dia benda ni. Kalaupun kau tak berjaya sekurang-kurangnya kau dah berusaha. Yang dia marah kalau saya tak belajar, tak punctual, tak mengkhusus–> suruh ambik screw driver kau bawak spanar memang menanah telinga kena marah haha, tak hormat cikgu —> jangan cuba nak burukkan cikgu yang rotan kau kat sekolah ok alamatnya kau kena sedas lagi nanti dan benda-benda itulah yang membentuk diri saya pada hari ini.

Aiman nak periksa next week. Bagi Ayah, exam hanya 1 test tapi perjalanan nak sampai ke situ yang akan membentuk jati diri kau nanti. Mungkin kau berjaya/ gagal tapi hidup ini bukan setakat 1 test sahaja.

Hope that I will be as cool as Ayah next week, and for the rest of my life.

Kalau kita selalu dengar ayat satu hari nanti kau akan berterima kasih dekat mak ayah kau buat itu ini dulu.

Ya. Kau akan berterima kasih kepada mereka pada hari-hari kau menjadi ‘dewasa’ nanti.

That day will come just make sure it is not too late.

Aiman good luck UPSR 2017. Blog ni dah macam diari untuk anak-anak jugak. Mama halalkan SEMUANYA. Mama maafkan SEMUANYA. You are such one of the greatest gift from Allah swt to me. I will always be your pom-pom Mom haha.

Just in case I will not be there during your PT3, SPM, putus cinta monyet??? dan semuanya, just remember this ok- itu semua ujian sahaja. You just have to face it dengan IMAN di dada.

Yours truly,

-pom pom mama-

One thought on “Test #1 thing I remember about Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge