Rombongan Cik D ke Sukan Sea

Assalam. Sekarang pukul 4.40 pagi dan sebab tak boleh tidur maka tetiba ada kat depan laptop ni. Selalu terjaga pagi macam ni biasa si gemuk Tommy kejutkan sebab dia dah lapar. Pun pesan masa nak tidur suruh kejutkan Mama nak solat pagi nanti ye since dia tidur dekat kepala akak tiap-tiap malam. Kucing dia kalau kejutkan memang gigih gigit kaki pun ye haha. Tommy Tommy moga kau jadi penyebab kesudahan Mama sekeluarga di mana nanti nak. Sayang si gemuk ni banyak gambar dia tapi tulah MASA tu tiada nak menulisnya. Blogger dia punya heaven kalau ada 1-3 jam sehari FREE time bebas dari liabiliti/ belenggu hidup—>  dah macam lagu Awie dah. Kalau kau baca entri yang berkualitas dari seorang blogger tu (yang happy-happy gila, kalau kelakar-kelakar sangat, yang sedih-rasa nak nangis sekali) meaning dia menulis dengan hati dan 300% konsentrasi. Kalau dia kejar masa pun dia akan mengkesampingkan apa jua cabaran dan halangan sewaktu menulis itu.

Di sebalik semua intro kat atas ni, satu jelah isi dia, akak rindu nak menulis. Lawyer biasalah kita ada kepakaran memanjangkan isi welllll to cover apa-apa yang mungkin terlepas. Kadang malam-malam lepas skodeng blog orang akak terkebil-kebil tengok siling. Eh apa yang aku rindu ni? Oh aku rindu menulis. For a once a writer like me, that’s just like a knife slicing your heart like a teen spirit. Eh, move to the tajuk please.

Oklah, minggu lepas ke 2 minggu lepas (we also bad at tarikh you know. We depend on court diary, calendar. Cuti umum ke semua tak tau. Tau kerja aje -_-“) keluarga saya pergi ke Sukan Sea. Aiman is a boy yang suka sports like 500%. Balik je kerja tanya dia –Abe kita dah berapa gold hari ni? Dan dia akan sentiasa update Mama dia yang ketinggalan zaman ni dari 10, 20, 30 hinggalah…

“Mama tahu tak hari ni kita akan capai 111 pingat. Geng basikal akan dapatkan 7-8 pingat lagi hari ni Mama”

Whatttt???–> buat-buat terkejut. Lepas tu high five dengan dia bergembira sakan nak capai 111 pingat. Lepas tu akak gi masak.

Saya dah janji dengan dia, kalau dia belajar konsisten, result trial dia pun ok takdelah buat akak dapat mini heart attack lagi ke. Walaupun sibuk gila juga minggu tu dengan program solat hajat sekolah dengan motivasi ibu bapa lagi. Walaupun masa motivasi tu Ustaz dah pesan jangan nak asyik sibuk tengok Sukan Sea, belajar, belajar dan belajar. Akak pulak jenis yang eh kesianlah. Lagipun budak-budak ni dari bulan 1 hari tu kot asyik belajar aje jadi larilah sekejap bawak gi jalankan. Lagipun all work and no play makes Jack a dull boy. I dont want to raise a Jack. Really.

Program dimulakan dengan ke rumah kakak dekat Bandar Saujana Putra lepas tu naik MRT di Putra Height. Lama gila tak naik komuter nak beli tiket pun hegeh. Sekali dapat coin daa mana ada tiket lagi. Papa guna Touch & Go lagi cepat terus zass aje. Kitorang pergi dengan Abang Zam, wife, anak dia, kitorang berempat dengan anak buah Danial dan Amira yang memang selalu lepak rumah saya. Saya suka budak-budak sebab diorang ni kelakar. Lagi-lagi budak perempuan dia becok kan I was a becok girl juga dulu haha.

Ini 3 orang budak yang tiada semangat kesukanan. Pergi Bukit Jalil nak shopping merchandise aje kerjanya. Penanda bukulah, key chainlah, note book lah, sling baglah. Ada aje nak di aim nya. Akak pun tak faham motto hidup diorang ni. Girls will be girls uols.

Sampai sana ada berpuluh food trucks. Menapak dekat 500 meter juga nak ke atas tu. Kat sana kena banyak berjalan dan mendaki dari satu venue ke venue yang lain. Kira oklah sporty banyak jalan kan. Saya puji kat sana dorang ramai volunteers untuk mengingatkan kita untuk recycle sampah ke dalam tong yang disediakan. Mengingatkan tau bukan tolong kutip sampah. Dorang bawak banner dan macam berarak so kita pay attention jangan salah tong masa buang sampah haha. Banyak juga booth macam Milo, 100 plus, TM dan semua penaja rasmi dialah.

Sekali pergi tengok orang beratur panjang. Terus Papa beratur sekali itu beratur untuk pemeriksaan beg, badan rupanya. Pergi beli tiket badminton RM10.60 seorang. Nak tunggu turn masuk tu aje seksa beratur dah panjang macam ulat bulu sampai ke jalan raya. Kitorang biasalah duduk kat tepi atau pergi booth kat tepi tu shopping dulu. Sampai turn baru huru-hara Papa call panggil masuk barisan.  Nak masuk tu segala air minuman diharamkan. Yang kitorang ni segala air yang beli kat food truck tadi terus sedut buat kali terakhir dan buang terus. Sambil tu tazkirah sikit budak-budak ni ha beginilah nak capai kejayaan kenalah bersusah-payah, berkorban, beratur panjang, tunggu lama. Inilah semangat kesukanan yang sebenar. Padehal Papa dengan Abang Zam yang beraturkan kitorang sedap makan minum duduk tepi haha.

Nak ambil gambar dengan Rimau ni sikit punya panjang macam ni. Terus akak haramkan budak-budak perempuan ni nak ambik gambar sebab malas nak beratur. Tengah panas kejung tau masa tu. Kalau beratur nak masuk tengok game pulak 3 kali panjang beratur macam ni. Tak ke pitam?

Aiman dengan Danial excited the max. Muka dia punya berseri-seri tak boleh nak cakap. Danial ni memang the real sportsman dia pemain terbaik kriket Melaka tahun lepas. Selain tu dia masuk hampir semua sukan dekat sekolah dia sebab cikgu dia cakap budak lain mak bapak tak bagi masuk sebab nak UPSR. Aiman pulak suka sukan tapi jarang terpilih tapi saya tahu sukan sangat dekat di hati dia. Kecuali bab pemakaian sukan ni banyak yang terdedah di sana sini (baik lelaki atau perempuan) dan pergaulan yang agak open juga, saya takde apa-apa halangan cuma saya cakap maybe dia boleh jadi pengulas sukan yang berjaya, atau expert dalam bidang sukan, something like that. Dan jadikan sukan ni supaya islamik juga tak perlu nak seksi seksa sangat. Kau boleh minat sesuatu, tapi tak perlu ikut flow sangat. Kena ada prinsip di situ. What is important will stay important in your life. Nothing can change that.

Oh kitorang tengok badminton. Saya tak pakai spek masa ni. Jadi nampak orang main cuma tak tahu siapa, score berapa. Yang saya ingat Goh Ji Wei sebab orang depan jerit nama dia, iols bajet itu kawan dia itu yang tetiba jerit banyak kali Goh Ji Wei!!!!! Tengok tu beria-ia kakak tu menyokong. Masa ni peringkat suku akhir. Ada beberapa game masa tu satu-satu kitorang tengok tapi Goh Ji Wei ni memang yang paling slow and steady akhirnya dia menang jugak.

Yang barisan kitorang biasalah memekak tetiba dah jadi member dengan barisan depan sambil dibenci barisan depan sikit iaitu penyokong Singapura. Bila sokong sukan ni biasalah semangat kesukanan tu tinggi kau akan berkawan dengan sesiapa yang sekepala. Abang Zam kadang dia jerit ntahapaapa budak lelaki depan tu dah ketawa-ketawa sambil pandang-pandang kitorang. Terpegun dan nak join barisan kitorang lettew. Lepas tu penyokong Ultras Malaya tu datang dengan drum besar dia lagi buat hingar-bingar dewan tu. Yang belah kitorang ni bajet macam another Wow factor yang penyokong rasmi tu padehal semua orang pun semangat kesukanan tahap boleh terjun dari tempat duduk gaya Pandelela Rinong masa tu untuk selamatkan bulu tangkis yang terkeluar sambil membenci penjaga garisan yang kata bola kita out.

Mata memang letih sebab dewan tu gelap macam kau tengok wayang, dekat court badminton tu aje yang terang. Aiman dengan Danial malu-malu nak menyokong (read: jerit) lepas kena sekolah cakap -hello bro kalau nak duduk diam je baik duduk rumah, lepas tu baru dia sokong beria haha. Tapi still malu-malu juga oh pemalu rupanya anak bujangku ini haha. Papa pulak si minah kecik 2 orang tido kat pangku dia jadi dia pasrah. Orang sokong pasukan badminton negara boleh pulak dia 3 orang ni tido dekat seat??? Bila bangun terus main kat seat belakang buat macam stadium atuk sendiri.

Girls will alwayssss be girls uols…. Oh finally Goh Ji Wei menang gold di final. Glad we supported you like crazy GJW. Oh ya masa dia menang quarter final tu dia siap bow ke arah penyokong-penyokong tau tanda thank you. Sopan-santun anak sapelah ni i like! Terus akak tazkirahkan budak-budak ni ha tengok dia menang tapi hormat orang. Tak berlagak pun. Budak-budak ni buat muka whateverrr tapi akak tahu ia meresapi jiwa dorang haha.

#tazkirah di mana-mana # tazkirah moden # kongsikan secebis peringatan # tazkirah net (nak jugak haha)

Oh ya kitorang menonton ni bukan dekat stadium tapi di Arena Axiata di sebelah tu. Malam nak tengok hoki perempuan tapi I kena balik Melaka besok tu ada kes so terpaksalah dikenselkan. Balik tu singgah lagi booths join dapat souvenirs dan budak-budak ni beli macam-macam lagi. Antaranya booth ni:

Actually dia tulis “Can you challenge Azizul?” Azizul Hasni Awang lah tu. Danial bersemangat dia cakap -Mak Ngah tahu tak sayalah nanti the next pocketrocketman? Baguslah Danial. Sila beri tiket vvip kat mak ngah nanti ok. Tapi merujuk kepada kelajuan dikau di kala dan saat ini, a lot of hardwork to be done boy haha. Siapa rajin join booth gini pertama kena beratur, lepas tu nanti dapat souvenir pelekat kereta lah. Booth Milo best juga, dapat bendera, yang belon panjang untuk penyokong tu, air Milo free (panjang gila beratur) dan aktiviti dia pun best.

Danial jangan lupa Mak Ngah bila kau dah berjaya nanti nak. Masa jalan kat sana akak selalu sebut ha dulu ada cerita tv tau Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dengan sinopsis sekali. People said I am good at storytelling so bebudak ni attached sangat dengan tagline tu bila tanya-Mak Ngah mana lagi ahli rombongan Cik Kiah kita ni? Kitorang gelak gila kat sana dengan refer si Amira ni lah Kak Kiah sebab becok etc even sampai sekarang pun anak-anak buah I tak abis-abis rombongan Cik Kiah, rombongan Cik Kiah. I guess this is a wonderful memory so I choose to write it here. Bebudak ni cepat besar tau sayang anak-anak buah semua selalu lepak rumah. My kids + cousins sangat rapat sama macam Papa dengan sepupu-sepupu dia. Cousinhood. I pulak masa kecik je rapat dah besar semua macam dah jauh urmmmm.

Balik tu naik MRT ramai gila. Kitorang dah siap-siap beli coin untuk balik masa sampai tadi. Makan tadi dekat food truck nasi + ayam/ daging/ sotong kunyit sedappp. Dia macam kau tengah lapar, makan nasi panas + telur + ayam kunyit + kuah kicap sedap = pergh. Entah kenapa malas nak ambik pic dekat luar tu maybe sebab panas gila.

Oh balik tu saya jumpa blogger Yuyu Zulaikha dan husband and kids dekat Putra Height. Tau dia rendah orangnya or petite tapi bila jumpa depan-depan tengok dia memang comel gila macam besar-besar Aiman je (sekolah rendah). Sangat petite. Akak biasalah nak jaga privasi orang tak nak tegur lagipun bukan follower dia kan. Blog dia tu lebih kepada adik-adik remaja meningkat naik hehe.

Oklah last but not least. It was a happy trip for us. The girls happy shopping. Aiman + Danial happy gila. Esoknya balik kerja tengok dia susun botol air dengan tah pebenda lagi benda Rimau atas meja makan. Sambil update berapa emas dah dapat hari ni bila sakat dia kenapew tu susun barang atas meja?

Abang rindulah Mama pergi Sukan Sea.

Alala siannya. Tak sampai hati tau. Ica pun rindu juga. Yang ni saya tau lebih kepada rindu shopping di foodtrucks dan bazarsss. Terus mak kau jadi rimau betul karang. Grrrr…..

Ok uols. Thank you for reading. Dapat juga menulis yeahuuuu. Rindu tau.

Sekian Rombongan Kak Di ke Sukan Sea.  Kalau rajin akak tepek gambar tiket tengok badminton ok karang korang tak percaya lak. Bye!

Tiket inserted on 7/9/17. Evidence ni tau.

One thought on “Rombongan Cik D ke Sukan Sea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge