Hello cancer – Part 1

Assalam.

Rindu gila dekat blog.

Sengih baca komen-komen. Terima kasih sudi komen. Maaf ya tak sempat reply semua.

Life memang macam kapal terbang dari Perth yang kapten suruh baca doa hari tu. Bergolak, sibuk macam-macam lah.

Dan yang terkini:

Dad was diagnosed with lymphoma. Kanser kelenjar.

Ingat tak saya yang teman dia buat lumbar puncture ambik sum-sum hari tu. Result dia baru keluar minggu lepas.

Ayah ada kanser kelenjar.

Saya juga yang teman masa doktor beritahu.

Dia mula-mula terdiam, saya yang banyak tanya soalan.

Masa tu saya puasa, so I was relaxed and pasrah(ed)—>?

Saya memang nak tulis pengalaman ni semua nanti. Supaya orang lain boleh baca, supaya Aiman dan Ica boleh baca. So that I may read it later…

But i need time.

Masa tu tak ada.

Cuma saya perasan, bila kita jaga hati ibu bapa kita, mereka pun redho dengan kita, saya perhatikan rezeki akan datang dari semua arah.

Sehari lepas bawak ayah pergi ambik result tu, saya dapat part time job harga ribuan ringgit, bukan 1 tapi 2 jobs.

Saya hanya ada fb dan blog bisnes sahaja. Fb ads is not my thing sebab I malas nak monitor haha teruk kan. Blog and SEO are my favourite. And FB. Gila bosan takde Ig tapi tulah I malas nak buat —> dewi malas.

Ofis pulak fail baru masuk bertalu-talu even baru lepas hilang 1 panel risau gila. Rupa-rupanya Dia gantikan dengan yang 10x lebih baik.

Ayah?

Dia ok. Cool as usual. Bila saya hantar dia balik dia cakap:

Terima kasih Ana temankan ayah.

Aku pulak nangis dalam kereta lepas tu. Ni tengah taip pun nangis.

37 tahun Allah bagi pinjam ayah jaga aku macam princess yang mengada-ngada kuat merajuk lak tu, takkan lah tak leh teman ayah gi spital yang tak berapa jam tu kan.

Did I thanked you enough ayah?

37 tahun Dia pinjamkan ayah, orang lain muda-muda dah takde Ayah.

Jadi nikmat mana lagi yang nak aku dustakan Ya Rabb.

Dan lagi 1, Aiman result maths dia mencanak naik. Dulu teruk gila tau budak bertuah Aiman ni haha. Aiman, Aiman. Macam mentol maths kat kepala dia Allah swt dah bukak balik haha. Subhanallah.

Pengajarannya di sini:

Buatlah baik kepada ibu bapa kita. Yang masih ada atau tiada.

Dengan segala upaya yang ada.

Dengan seikhlas hati.

Dan Allah swt akan menghantar bala bantuanNya kepada kita.

Percayalah.

Ah I have another meeting petang.

Rasa lepas budak upsr ni ok sikit kot.

Dan hadis ni dari Telegram channel Ustaz Zaharuddin. Ada 1 ayat Al-Quran lagi tapi dah lupa cuma bila rasa huru-hara baca akan rasa tenang sangat:

Tidaklah menimpa seorang Muslim kelelahan, sakit, kekhuatiran, kesedihan, kesakitan dan kedukaan, sampaikan duri yang mengenai dirinya, kecuali Allah akan menghapus dengannya dosa-dosa.

-Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim-

Have faith uols.

Bye!

2 thoughts on “Hello cancer – Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge