The Pines Hotel Melaka-bed and poolside room

Hi Assalam blog. Sibuk sangat nak jenguk pun tak sempat. Anak nak peksa macam ni lah. Kadang bila check Google Analytics (GA) ada 5-6 orang tengah baca blog rasa macam ooh ah adaaa jugak orang baca blog aku haha. Blog ni biasa mingguan ada 1000++ visitor juga. Bila menurun, menaik biasa GA ada bagi report. Saya selalu fikir patut tulis post yang evergreen supaya ia dapat mengisi kekosongan blog bagi blogger yang malas macam saya ni. Hence this post – The Pines Hotel Melaka – the bed and poolside room!

Bila ada keluarga ni, serajin-rajin mana, sigigih-gigih mana, setabah manapun engkau- ada masa kau rasa nak gantung kuali (malas masak), nak lari dari rumah (bercuti ???) dan berhenti menggalas apa jua tugas yang kau sandang seperti beg sandang di rumah kau tu. Macam saya the escapade biasanya adalah bawak anak tengok wayang, anak pergi theme park ke hotspring ke macam Bayou Lagoon atau Gold Coast Melaka.  Bila parent saya tak begitu sihat saya memang elak untuk pergi jauh-jauh luar Melaka sebab takut emergency ada apa-apa. Jadi banyak kali juga tolak pelawaan nak gathering ke kadang sampai orang kecik2 hati. Kadang MK tu dia datang Melaka saya pulak bawa Mak pergi check up semua jadi memang tak dapat jumpa. Dan kita husband and wife memang sangat sibuk kerja dan menguruskan famili sendirian berhad. Masa lapang yang ada memang banyak kita beralah dengan anak-anak layan dorang bawak kucing pergi vet, tengok wayang etc etc.

Ada satu masa ni otak memang dah tepu sangat. Kita orang memang perlukan holiday. Tapi Aiman pulak ada kelas tambahan, kelas tuisyen semua tu???? Jadi last2 saya cakap dengan Papa jom kita pegi The Pines pa! Sekali kat ofis dia call dia cakap dia dah pergi book terus kat The Pines kita pergi weekend tu. Aiman tuisyen ke tak apa boleh hantar sebab dekat jek. Kat Melaka pun kan.

So off we went to The Pines Hotel Melaka!

Kids were so excited. Maknya lagi excited sebab memang dah tak tahan duduk rumah. Padehal 15 minit aje dari rumah haha. Kita gerak hari Sabtu.

The check in

pines hotel melaka

Check in cepat kat sini. Tanya sekali breakfast untuk budak-budak bawah 12 tahun dalam RM19 ++ macam tu so terus book 3 dengan anak buah sekali. Kalau book lepas 9 malam dah jadi mahal dalam RM21++ camtu. Bilik yang saya ambil ni siap breakfast buffet untuk 2 dewasa sahaja. Jadi bayar harga bilik + deposit lebih kurang RM70 tapi untuk bayar yang kanak-kanak punya breakfast ni dia tolak terus deposit tu nanti. Bagus jugak.

Dan dapat free parking + wifi dia laju okey!

The lift

Masa baca review dekat Trivago ke blog mana ada yang komen lif slow lah dekat 15 minit lah turun naik tapi masa saya pergi ni semua laju je. Sama ada akak silap baca/ hotel atau pihak hotel telah menambah baik haha. Biasalah akak review mengikut ciri-ciri pengelasan Trivago di sini tehehe.

The room

pines hotel melaka

Papa book Executive Room dan dapat tingkat 25. Ini view dia. Sungai Melaka yang macam air teh susu hehe. Tempat Melaka River Cruise lalu. Actually bawah tu @ tepi sungai malam-malam kita 3 orang selalu lepak sementara tunggu Aiman balik tuisyen. Malam-malam cantik jugak sebab ada Kampung Morten kat situ.

pines hotel melaka

Kingsize bed. Bilik dia cantik, bersih, luas, selesa. Saya suka! Actually bilik macam ni ada juga yang 2 single bed – 2 katil bujang. Yang tu selalu promo dekat Trivago.

pines hotel melaka

Sebelah katil ada pembahagi besi (nampak macam kayu kan) dan diletakkan sofa bed. Depan katil ada karpet tebal (boleh guna untuk tidur/ solat) dan bawah coffee table ni pun ada karpet. So basically the room can fits 4-5 orang like a boss gitu. Terus Papa cakap memang muatlah dak Danial nak datang tido ni @ anak buah dia yang selalu lepak rumah saya. Saya ok jek. The more the merrier. Danial ni tembam sikit badan dia jadi risau juga kot sempit ke kan sian dia.

pines hotel melaka

Ini set tv oh yang tu kaki Ica ye. Ada hair dryer dalam almari, safe box TAPI tak ada iron (kena request). Kalau korang bangsa fashionista tak reti pakai baju kedut sila bawa iron atau request siap-siap masa check in. Tip dia adalah bawa tudung/ pakaian yang global tak yah gosok bila pergi bercuti ni. Jimat masa!

pines hotel melaka

Ini pulak pantry dia. Ada peti sejuk (dalam kabinet), mug 2, gelas 2, air mineral 2 botol kecik dan kopi, teh, gula, krimer tu. Kepada ibu-ibu sila menjadi makcik-makcik dengan bawa:

pines hotel melaka

Pencuci pinggan, span, air mineral, tupperwares, sudu, garfu,  makanan (roti, tuna spread), teh/ gula/kopi, maggi (pegi hotel kena makan maggi okeh) dengan plastik untuk sampah (confirm semua tong penuh nanti) tapi saya lupa bawak jug plastik satu. Sampai sudah kau kejap-kejap bancuh teh dalam mug/ gelas untuk diorang ber4 dan diri sendiri kopi o. Kalau ada jag kan senang. Saya bawak juga bekal nasi putih dengan sambal sardin sebekas. Iyelah karang dah mandi pool tahap kelaparan dia ibarat boleh menelan receptionist kan. Jadi bawak makanan macam roti ke, sambal goreng ke, nasi putih ke sementara korang nak pegi dinner tu. Jadi makcik2 punya pemikiran ok apa kita menjadi efisyen suami cinta (ewah) dan anak-anak happy gitu. Saya memang suka bersedia so kalau budak lapar ke ha dah siap makan ye jangan peningkan kepala mak kau hehe

pines hotel melaka

Toilet pun sama menarik dan cantik juga. Biasalah ada kemudahan macam syampu etc, towel 2, alas kaki semua tu kan. Shower room dia best tapi tu lah asal nak mandi masing-masing terjerit-jerit panggil Papa kau tak reti2 nak adjust air jadi suam. Hanya dia aje technician global kat rumah (dan hotel). Ada sekali Aiman kata nak melecur tangan abang Mama kena air tadi sikit. Dah kenapa kau tak adjust Man??? Nasib tak ada apa-apa. Semua sebenanya mengada-ngada nak panggil Papa, Papa tak sudah-sudah haha.

Tapi kan toilet bowl dia takde saluran air macam hose tu. So far semua ok, air laju je dia pesen yang tembak dari bawah tu. TAPI kalau korang jenis yang cerewet/ sukar berpuas hati silalah bawa gayung siap-siap haha. Sebab saya kan bila dah balik rumah saya cakap Pa Mama suka The Pines but not the toilet bowl haha.

pines hotel melaka

Ini shower room dia ada cermin gitu. Lepas tu Ica cakap Mama lain kali teringin nak bilik ada bath tub. Ica tak pernah rasa mandi dalam bath tub. Akak rasa macam urm baiklah nanti kita survey lagi (sebenarnya nak cakap mohon bersyukur nak!).

pines hotel melaka

Kalau pergi bercuti atau balik kampung ke saya suka bawa beg boleh lipat ni. Dia actually beli untuk simpan mainan Aiman dulu masa dia kecik. Beg ni boleh dilipat jadi flat sekeping kalau tak guna. Jadi kalau ada baju kotor ke terus masuk dalam ni. Dulu guna recycle beg tu dia macam tak tegak lepas tu budak campak baju jadi senget bagai akak stress. Lagi satu dia tak telus pandang macam plastik ke, jadi kalau kau bertembung orang kat lif ke takdelah risau terlihat apa-apa yang tak patut kan. Ada tangkai kat atas tu senang nak angkat. Dah 7-8 tahun kot benda ni beli kat Jusco dulu. Memang berguna. Kalau baju basah/ lembap pun tak tembus.

pines hotel melaka

Ini nama dia ibu kejam tapi penyayang haha. Masa check in Sabtu, malam tu Aiman ada tuisyen tau dari 8 malam – 10.30. Homework pulak tak siap lagi cikgu dia suruh siapkan habis buku kerja English tu. Akak pulak dari generasi yang sentiasa memihak kepada guru-guru (ewah nak bodek cikgu hehe) jadi sila kau siapkan homework sebelum kita pergi pool. Nampak kejam kan pergi bercuti, abis kena buat homework. Hello esok kalau result dia teruk dia nangis kat bahu kita juga. Saya selalu ingatkan dia, nak suka-suka ada batasannya. Homework tu tanggungjawab. Lagipun Mama ada tolong bagi jawapan sikit kacang aje tu -_-“.

pines hotel melaka

Basically inilah bilik yang saya dapat, tanpa balkoni, dan ada karpet lagi 1 di depan katil. Ada cermin besar juga di tepi tandas. Pic kredit to Tripadvisor.

The pool

pines hotel melaka

Asal nak gi pool je excited lah budak-budak ni kan. Pool berada di tingkat 7 termasuklah Poolside suite/ room di The Pines Hotel Melaka ni.

pines hotel melaka

Dekat atas tu cafe. Pool dia yang bawah cafe tu boleh tahan juga besar, kedalaman dia 4 kaki (tak berapa dalam lah tapi ok). Kalau orang lelaki dia tak benarkan pakai t shirt kalau bukan swimwear. Tapi Papa pakai seluar aloha dia ok jek takdelah dihalau ke apa. Seluar ok Danial pun pakai short kain biasa lepas aje. Lelaki memang kena buka tshirt/ baju (kalau bukan swimwear), tapi pakai seluar apa pun ok. Perempuan pulak tengok ada je pakai tshirt + seluar biasa so takde masalah rasanya kot. Saya tak mandi rendam-rendam kaki jek.

pines hotel melaka

Ini pula bahagian untuk budak kecik sebelah changing room. Yang ada baby sesuailah ke sini kan.  Sini rasanya 2 kaki je dalam dia.

pines hotel melaka

Oh air dekat sini masin sikit tau (berkhasiat). Tapi tak semasin air laut. Saya budak-budak ni beritahu masin sebab diaorang tertelan ingatkan propa jek sekali betul hehe.

pines hotel melaka

Sebab anak-anak saya suka mandi kolam, saya memang bawa beg ni bila bercuti. Masukkan semua phone, wallet ke dalam tu lepas tu bahagian atas tu boleh dilipat berkali-kali dan dikatakan water proof (sebab akak tak pernah menyelam dengan dia). Asalnya beli di Lost World of Tambun sebab bila simpan barang dalam safe box dekat situ anak kejap-kejap mintak duit nak beli burger, air, hot dog dah berapa ratus kali pulak kau nak pegi safe box??? Jadi bertabah je beli beg ni harga dekat RM80 (rasa mahal sebab ingat guna sekali) sekali memang selalu guna. Saya kan tukang jaga barang, spek anak duduk tepi kolam kadang kau nak kena terjun gak dalam kolam risaukan anak ke just sangkut kat bahu dan takdelah risau barang kena air/ hilang ke. Memang bagus ada nampak diorang nak beli ni untuk persediaan Kelantan nak banjir lagi sekali dulu tu. Dekat Lazada rasa dah murah dah benda ni. Memang sesuai untuk ibu bapa yang selalu bawa anak ke tempat cuti berair-air ni. Letak pampers, susu pun muat sebab dia memanjang gitu.

pines hotel melaka

Dan di pool ni juga ada taman permainan ni. Sesiapa ada anak yang kecil-kecil lagi dorang memang sukalah kan.

pines hotel melaka

Ini view dari pool. Jari saya nampak tu sebab gigil saya ni penakut tempat tinggi. Hish tak yah lah nak suruh saya berdiri di tebing-tebing, kat tingkap bilik tu pun dah seram sejuk badan. Macam terus rasa darah menyirap kat kaki.

pines hotel melaka

Bangunan yang tinggi tu adalah Hotel Swiss Garden. Famous juga sebab dia ada pelantar kat atas tu kira macam sky walk yang kau nampak tembus ke bawah. Hey takdelah saya nak naik pernah naik skywalk sekali dekat Damansara ke mana. Memang memalukan sebab budak kecik punyalah menari-nari jalan atas tu, yang saya, Abg Zam dengan Kak Wati punyalah kecut perut nak jalan haha. Dasar adik-beradik penakut!!!

The Pines Hotel Melaka poolside suite/ room

pines hotel melaka poolside room

Ok keistimewaan The Pines Melaka ni actually pada poolside suite/ room dia ni. Bilik ni terletak di tingkat 7- sama dengan pool tadi. Kira di tingkat ni, wing kanan dan kiri adalah poolside room. Gambar di atas ni adalah wing kiri kalau anda dari main pool. Ada beranda, private pool. Saya rasa memang sesuai untuk famili yang ada anak kecil sebab dia memang tak dalam dalam 3 kaki sahaja. Yang ibu pun tak segan sangatlah nak mandi depan bilik kan cuma pakai kena proper juga. Seberang bangunan tu ada bangunan lain, ada orang lalu-lalang juga. Cuma kalau perhatikan tak ada pembahagi antara bilik, dan orang dari pool luar boleh masuk ruang kita juga kalau tak perasan (safety here). Saya tahu sebab poolside room ni bersambung dengan tempat mandi yang kitorang pergi ni.

pines hotel melaka

So dia bersambung dengan aliran poolside dekat bilik tu macam ni. Kolam ni dia tak bersambung dengan kolam besar (main pool). Ada je budak lelaki baya Aiman jalan dari bilik dia tepi tu berenang-renang lalu depan bilik orang lain sampailah dekat sini. So saya rasa kalau korang jenis yang ada baby dan memang jenis nak lepak dekat bilik aje should be okay. Cuma pastikan keselamatanlah kan pintu tutup kalau tak duduk dekat pool. Kolam ni 3 kaki dalam juga.

#tengok seberang sana tu ada bangunan

pines hotel melaka

Ini pula bilik di sebelah lagi satu (wing kanan dari main pool). Sama juga dia bersambung dengan main pool. Tapi sini ada ruang berumput lebih sikit. Rumput tu jenis palsu bukan betul. Kalau ada anak yang gigih nak main kat luar malam-malam kasi penat baru dia pengsan tidur sila request bilik dekat wing ni selesa sikit boleh mandi anytime sambil korang menghirup udara malam.

pines hotel melaka

Eh kecik sangat pulak pic ni. Ok inilah gambaran bilik poolside room tu. Selesa juga untuk yang suka lepak dekat bilik. Pic kredit to Tripadvisor.

The end

pines hotel melaka

Last tip, boleh bawa extra comforter dan bantal kalau ada anak-anak. Set ni memang letak dalam kereta sebab bila balik dari kampung anak-anak saya memang zzzzz nyenyak dalam kereta. Bilik memang sejuk gila tahap terkurung dalam peti sejuk bahagian bawah so bawa sweater dan apa jua barang keperluan yang lain ok.

pines hotel melaka

Orang lidi ni kiut tau. Korang akan sentiasa nampak dia kat hotel ni. Kat bilik mandi, kat receptionist, kat hall makan, di mana-mana aje.

Dalam pukul 7 kitorang gerak hantar Aiman dengan Danial tuisyen, pastu balik rumah jap ambik sabun pinggan, teh dengan gula haha. Itu yang bestnya bercuti dekat dengan rumah ok. Tiada kerisauan tertinggal barang, anak nak tuisyen, bila kau nak gerak balik (kalau jauh perjalanannya) hehe.

Oklah. Nanti saya sambung lagi tentang breakfast buffet di The Pines Hotel Melaka dan kemudahan-kemudahan lain yang ada di sini. Jumpa lagi. Bye!

p/s: Read the Part II review here!

One thought on “The Pines Hotel Melaka-bed and poolside room

  1. Tak apa… jauh di mata dekat di hati. kalau rindu ku seru namamu…

    ada rezeki kita jumpa..takde rezeki lain kali insyaAllah ade…

    muacksss!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge