Raya raya raya 2017

Hi.

Assalam.

Raya tahun ni saya rasa raya paling teratur sejak saya kawen haha.

Nampak sangat hidup selalu huru-hara.

Saya rasa teratur sebab saya sempat balik kampung lama sebelum raya tolong masak-masak semua. Bergelak ketawa adik-beradik dengan Mak dengan bibik masak. Oh bibik Mak saya baik saya tak pernah cerita kan. Nama dia Ibu Faridah. Masa raya saya peluk dia cakap, Buk terima kasih tolong jaga Ibu saya ya. Saya doakan Buk sentiasa panjang umur, murah rezkinya. Then I hugged her. Kadang tengok orang lain problem dengan bibik, Mak alhamdulillah dapat yang baik so far setakat ni. Rajin, pembersih, tak banyak songeh. Kau tak balik raya rumah mak kau dah nangis dalam toilet rumah mentua (awal-awal dulu lah), ko bayangkan bibik tak balik raya dah 2 tahun. Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia dekat keluarga dia kan. Bibik nak balik for good dah Disember ni, so maybe I ll write a post for her nanti. Bajet dia akan baca haha.

Balik raya tahun ni Ayah macam biasa buat program takbir dia tu. Mat-mat motor masjid dengan pakcik-pakcik datang bertakbir kat rumah. Dulu masa nilah pakcik-pakcik nak tengok bakal menantu kat rumah bakal besan ewah haha. Dulu kira ayulah akak keluar hantar air, lauk tambahan semua tu maklumlah macam walk of fame masa tu. Oh inilah anak Cikgu Ali wakaka. Sekarang semua dah level bapak orang aje yang datang. Budak kecik pun cucu Cikgu Ali kecik lagi dik oi. Habis belajar dulu jangan nak bercinta okeh. UPSR kau susah! —> tetiba

Orang tua-tua ni expectation dia tulah. Anak-anak dia ada masa takbir kat rumah. Cucu bergembira main bunga api dengan mercun lemau depan rumah Atuk. Bukan main sengih lagi Atuk Nenek tengok. Diaorang tak berapa hadap sangat pun duit kita. Apa yang dia perlukan adalah existence atau kehadiran kita.

Macam Ayah dia boleh aje drive ke hospital. Tapi parking hospital tu jauh dia nak menapak. Jadi bila dia beritahu ada check up mohon faham-faham bawa dia pergi. Lagipun itulah masa dia nak bermanja juga, tapi dia segan. Bapak zaman dulu jarang manjakan anak macam sekarang. Kalau ada pun memang rare. Saya tak pernah ingat ada conversation merapu dengan Ayah dulu sebab dia garang gila. Tapi bila dia dah berumur, kita start berbual dan kadang ketawa juga. Bila teman dia ke hospital ke, dia jalan slow sangat. Kita ingat dia masih macam dulu sebenarnya tak. Usia betul-betul telah memamah kegagahan ibu ayah kita. Janganlah ia memamah kasih-sayang kita juga.

Raya kali ni Mak teringin sangat pergi raya rumah nenek yang saya panggil Nek Mak Su. Mak ni tak kuat sangat berjalan so semua orang bantah sebab rumah nenek tu kat tebing, tangga rumah dia pun tinggi (rumah kampung). Takut Mak jatuh kan. Tapi Ayah cakap bawa ajelah Mak kau pergi kejap. Lepas tu dia diam. Saya rasa dia nak cakap manalah tahu ini raya terakhir Mak kau…. Ada sesetengah ayat kau boleh sambung di dalam hati.

Bila Mak dapat jumpa Nek Su tu dia terus nangis.  Saya rasa dia rindu sangat sebab nenek ni sepupu arwah Atuk. Mungkin dia rindu Atuk ke T_T . Terus dorang berpelukan sambil nangis. Masing-masing rasa bersalah sebab bayangkan kau tak bawak Mak jumpa tadi tak ke berdosa.

Raya kali ni paling teratur dan paling best saya rasa. Saya rasa puas sangat spend masa dengan famili. Kadang terdetik dalam hati eh ini raya terakhir aku dengan Mak Ayah ke mata terus bergenang tapi jangan dilayan.

Just cherish every moment while you can.

Petang raya pertama saya dah balik ke rumah dan bermulalah ekspedisi masak untuk makan-makan. Mak dan family datang rumah raya diikuti dengan gerombolan in laws total semua dekat 40 orang juga. Lelaki bersongkok dekat bawah nilah yang tolong bini dia yang hegeh tapi efficient ala2 perfectionista masak satu periuk kuah mi bandung ekor + tulang yang sold out hehe. Rahsia kuah guna daging yang sedap adalah guna bahagian ekor sebab kurang berminyak dan tulang selangka sebab rasa dia nanti ‘manis daging’ yang sedap gila. Wah tetiba nak bagi tip haha —> sambil kibas topi chef. Saya biasa google tengok beberapa resipi lepas tu masak ikut tekak keluarga sendiri. Macam saya tak suka udang kering tu semua so pandai-pandai adjust masa buat pes tu. Janji kita ikhlas masak oklah tu.

Selamat hari raya pembaca blog Dalin Ali.com. Dulu saya belajar kalau nak blog banyak engagement/ dapat kepercayaan kena letak banyak gambar. Baru orang percaya. Iye ke? Korang percaya tak cerita saya even saya jarang letak gambar?

Aiman hilang maybe tengah cari bola dia. Bola dia ada di mana-mana di rumah Atuk, dalam boot kereta, rumah Mak Ngah. Takde bola tak sah namanya!

Selamat Hari Raya

Maaf zahir batin.

Jumpa lagi. Bye!

xoxo

Dalin Ali

7 thoughts on “Raya raya raya 2017

  1. Selamat Hari Raya sis…
    Kiter percaya jer xde pic pun..
    hahaha .
    Sebab kalau baca novel tebal pun pic dia kt cover jer..
    Tapi kalau citet jiwang boleh feeling sampai tido ooo…..
    hahaha

  2. Masih bulan Syawal kan?

    Salam Aidilfitri bebeh!!! Maaf zahir batin.

    Next year on my birthday I have running race lah dekat melaka… hope to see you!!! (tetiba cakap omputesss)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge