Iklan raya paling best 2017

Hi uols.

Wish I can reply every comment here. Terima kasih.

Works are piling up, sekarang ada peminat setia pak cik Nasser haha lain kali saya cerita, dia ni akan duduk depan meja saya dekat 1-2 jam sehari bercerita. ‘Special client’ heheh. Bila kerap cuti, bos pulak baik, kerja-kerja yang menggunung ni harus diselesaikan dengan baik juga.

Raya kali ni saya paling suka iklan autism tu. Entah kenapa iklan Aida balik raya tu kurang melekat di hati saya. Iklan autism tu memang makan dalam, even saya takde anak autism, ayat-ayat dia, stop beating yourself up, terima seadanya, saya tak tahulah kalau ada mak bapak yang tak tersentuh hati melihatnya.

Selalu teringat kat Aiman. Aiman ni so special dari kecil.  Nakal sangat tau kadang nenek selalu stress dia balik kampung dulu haha. Tapi bila membesar dia dah matang. Tak berkira. My happiness adalah segala-galanya bagi dia. Kalau pergi mana-mana dia salu perati saya nak beli apa tapi saya tak beli. Nanti tetiba dia bagi duit dia kumpul cakap nahh Mama abang tahu Mama nak beli. Mama terharu nak. Mama sebenarnya tunggu Papa kau belanja haha. Biasalah modus operandi memang gitu wakaka. Lepas tu kalau Papa takde kita 3 orang gi outing dia memang mengambil alih sangat tugas Papa. Papa kau memang gigih melayan 2 princess tua dan muda dalam keluarga kita nak. Yang dah kertu ni pun manja mengada-ngada haha. Aiman akan kawal Ica, angkat barang, belikan makanan. Bro sangat Aiman ni.

Dan kes-kes dia patah kaki, tangan tu memang legend sangat di dua-dua belah keluarga. Macam Aiman jek, fuyyo Atuk Manap cakap takde sape boleh beat stamina Aiman ni tengah panas berdentang dia boleh main bola sorang-sorang berjam-jam. Bulan puasa pun main ok. Aiman, Aiman.

Pasal belajar apa aje saya tak hadap. Jumpa cikgu, cikgu komen. Ni nak UPSR maths still problem lagi. Kadang saya rasa bersalah tak bagi dia personal tuisyen sejak 2-3 tahun lepas because I was busy ??? Entahlah.

Kadang bila time raya ni takde orang datang kita duorang duduk study buat latihan sama-sama. Kertas Maths  UPSR dia adalah level PMR kita dulu-dulu ok. Kadang pikir aku ni boleh ke cemerlang kalau duduk kat zaman dia ni? Dulu semua objektif kan kalau tak tahu kau tembak aje kan. Jawapan dulu kalau A yang B C D tu memang jauh sangatlah dari betulnya. Ini A B C D tu semua adalah jawapan bagi setiap step kerja soalan tu. Katakan soalan tu ada 4 step untuk jawapan yang betul, setiap A B C D tu adalah jawapan setiap step tu. Hanya yang excellent akan capai D tu. Memang susah gile for an average boy.

Kadang naik hantu ajar dia sebab dah penat. Sometimes mengomel Aiman tak kesian kat Mama ke time raya kena jadi cikgu tuisyen? Orang lain pakai baju lawa-lawa pegi raya kita duk rumah belajar. Aiman tak kesian ke? —> dasar mulut jahat -_-”

A few times nampak air mata dia meleleh juga.

How bad is your mother Aiman? —> cries a river

Bila tengok iklan autism tu, kau rasa lega. Please do not beat yourself up. Terima anak kita seadanya. Kadang saya selalu lega sebab balik rumah dia tengah tengok channel sports. maksudnya dia takde hegeh nak membuat benda tak faedah. Entah apa ditengoknya orang main hoki, bola keranjang —> best sangat ke? Dia tengok tu semangat macam saya tengok Hero Seorang Cinderella hahah. Saya tak tahu macamana nak channelkan minat dia ni maybe suruh dia buat blog ulasan sukan ke, jual barang sukan ke.

Bila tengok iklan tu rasa cam lega.

Kau cuba buat apa yang terdaya.

Kadang kau dah buat semuanya, lepas tu kau lupa, lepas tu kau salahkan diri kau.

Anak kita adalah the purest soul yang sayang kita bukan sebab kita cantik, kurus, bergaya. Memang tak pun T_T. Dia sayang kita sebab kita mak dia.

Itu aje.

Aiman, you are a very special child.

UPSR is just one phase, my doa will always be with you in every phase of your life.

I am sorry I am not a perfect mother.

Bila Laila cerita Abang De dia yang paling tak pandai, paling masalah masa muda, tapi tulah yang jaga Mak dia masa dah berumur. Mengalahkan deretan adik-beradik lain yang pandai dan bekerjaya, itu buat saya terfikir. Kau nak anak kau pandai apa? Pandai belajar sahaja ke?

Like itu sahaja ke motif kau dalam kehidupan ini?

Terima kasih kepada short film maker ini.

Saya rasa ia telah menyentuh beribu-ribu mata hati.

Love it.

And En Adli, you rock.

3 thoughts on “Iklan raya paling best 2017

  1. Iklan ni macam bertanding juga. Saya suka iklan yang evergreen konsep dia. Tak semestinya sedih, tapi bermakna gitu.

  2. homaigod aku baru tengok iklan ni Ana. terkebil2 menahan air mata ha..

    anak-anak kita memang special. semua unik & berbeda. sobaarr sobaaarr..sobaaarrr (ni self reminder ni) heheeheh

    lagi2 melayan anak sulung yg dah remaja ni..alahaaiii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge