Assalam.

Selamat hari raya.

Sejak 2 bulan lepas hidup keluarga kami huru-hara juga.

Ayah suspected with leukimia.

Jadi adik-beradik adjusting, rotating temankan Ayah pergi series of check ups.

Mula dengan department hematology (darah) sebab sel darah putih tinggi. Jumpa ketulan tepi leher, refer ke ENT (ear, nose, throat).

Pergi ke ENT department (insert here round the clock waiting hours), doktor gunting ketulan dalam hidung, cucuk ketulan pada leher for sampling.

I saw ayah cried and jerit argh sakit doctor. I witnessed it. Darah laju turun dari hidung.

Saya ketap gigi dan tahan air mata. Depan ayah.

And God knew how hard it was to tahan air mata for a cengeng like me, in front of the most respected man in my life, who shaped my future, to be who I am today.

And I did it.

Balik terus buat last artikel dengan niat all the proceeds will go directly to Ayah, hoping that the result will be clear without any cancer cell.

Semua artikel sebelum ini the proceeds went straight for Atuk, Mak and when I am greedy  enough for all the people I love, Papa, Aiman, Ica and the list will go on. Tamak haloba eh!

Dan Allah Maha Penyayang, doa siapa yang didengar saya tak pasti. Mungkin Mak, adik-beradik, atau anak murid dia yang beribu-ribu orang tu. Ayah free cancer dalam semua test sample hidung, sample benjolan. Free.

Pagi tadi test terakhir.

Lumbar puncture atau ambil sel tulang belakang (sum-sum).

Entah kenapa Tuhan pilih saya juga yang dengar.

Bius separuh, ubat batuk.

Saya boleh dengar ayah mengerang kesakitan. Dari sebalik partition.

Lepas tu senyap.

Lepas tu another jab.

Ambil sel tulang dan sum-sum.

Dalam semua pengalaman saya dengar dan temankan Ayah ni, Ayah so cool dan sabar aje. Takde nak marah kena tunggu lama. Takde nak tension doktor suruh kejap buah check darah, test itu dan ini, nak buat CT scan.

Tak ada. Dia just senyum aje tunggu.

Ada sekali Dr Syauqi beritahu dia berkias-kias bagai yang benjolan dalam hidung tu mungkin kanser. Ayah terus tanya:

Kalau kanser bagaimana rawatan dia Dr?

Kalau saya maybe I will be drama enough kan nangis bagai. Oh tidak!!!—> drama queen here.

Kat luar dia cakap:

Ayah redha je Ana. Tuhan nak bagi kita kena terima, kena sabar.

Nanti jaga Mak kau baik-baik.

Entah kenapa bila dengan Ayah, saya ada kemahiran menyedut/ menelan air mata macam iklan Aida nak balik raya TNB tu.

I guess when you are with cool people you will be cool as well. Maybe.

Ayah ajar saya definisi redho, sabar, jaga mak ayah kita selagi terdaya, selagi mereka masih membuka-mata.

Ajar sayang cucu nanti baek-baek punya haha (walau dengan anak sendiri garang).

Ayah, semoga Ayah cepat sembuh.

Dijauhkan dari penyakit berbahaya.

Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk Ayah.

Semoga semua kesakitan ini menjadi penghapus dosa, moga mudah lurus jalan Ayah bertemu Ilahi nanti.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa Ayah.

Amin.

Hugs;

Ana

3 thoughts on “Dengar

  1. Selamat Hari Raya Sayangku, Maaf Zahir & Batin.

    Semoga Ayah sentiasa sihat sejahtera, panjang umur & dilindungi dari sebarang penyakit.

    Aku doakan segala2 yg terbaik utk ko & family Ana, Semoga Allha kabulkan semuaaaaaaa doa2 ko ye..Amiiinnnn…

    Hugs…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge