Friends till jannah…

vip club 401

Dalam hidup ni, ada beberapa orang yang Allah hantar mereka pada kau.

Untuk menemani perjalanan hidup kau yang ntahapaapa ni.

Diorang ni muncul tiba-tiba entah dari mana, buat kau ketawa, dan setia berdiri menemani kau, sama ada dekat atau pun dari jauh.

Sebab Allah tahu, despite muka kau yang konon gagah berani sangat tu, orang ingat kau cool, kau sebenarnya takut hidup sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, nangis sorang-sorang dalam melayari hidup ini. Dia tahu.

Dalam hidup saya, saya SENTIASA bersyukur, Allah SENTIASA temukan saya dengan orang yang baik-baik di sekeliling saya. Walaupun ada yang urm.. (puasa jangan mengumpat uols), there will alwaysss be so many kind hearted people around me.

Orang-orang ni tahu saya ni sewel, gila-gila, uncontrollable ketawa sometimes sebagaimana saya tahu dorang ni sewel dan gila jugak haha.

I received so many good news today. Dari pagi lepas satu, satu. Alhamdulillah. Oh selepas berminggu-minggu full of tense weeks. Tension sampai saya just tido aje malas nak pikir sebab kalau fikir nanti sakit kepala. Alhamdulillah. Benar janji Allah, jika kau bersyukur, dia akan tambah. Dan jika kau bersabar, kau akan rasa kemanisannya nanti.

Dan kejap tadi my bff Laila beritahu dia nak masuk op room untuk czer kembar girls dia keluar. Dari beberapa bulan lepas dia mintak kitorang doakan dia, kita macam what???

You are always in our doa, Laila.

Like since 19 years back.

Laila ni selalu nak anak perempuan lagi (dah ada se –> orang Pekan cakap gini). So dia try dapat boy, boy boy. Dah 4 lah. Sekali Allah jawab doa dia ha dapat twin girls. Lepas tu dia cakap:

Eh anak aku dah 3 orang lelaki, 3 orang perempuan sekarang.

Alhamdulillah.

See kau minta pada siapa? Pada Dia kan. Yang Maha Pemurah. Yang Maha Mendengar.

Sape je pernah terfikir ko akan dapat twin since family takde history twin. Terus Dia shortcut je ha 6 terus ya Allah Subhanallah. Ko minta pada Ya Rabb pemilik Arasy takde masalah nak tunaikan apa-apa pun. Dia makbulkan doa kau Lel!

Laila.

Aku doakan kau dimudahkan bersalin kali ini walaupun perlu czer. Like I told you, besarnya pahala kau bersalin di bulan Ramadhan, moga dibukakan pintu syurga Ar-Arrayyan untuk kau dan kita semua di akhirat kelak. Dan anak dia ada nama Rayyan jugak. Rayyan ni saing pregnant dengan saya masa Ica dulu. So kita share semua cerita dari -oi aku dah gemuk, lapar ni, kaki bengkak, perut kau ada line tak, asyik nak bangun kencing malam-malam, aku penat ni balik tido aje kerjanya, oi aku dah rasa contraction, oi fezal gelabah tertinggal beg kat rumah aku nak beranak ni oi, oi korang aku dah kat hospital ni doakan aku. Lela masa tu tengah tunggu hari kecut-kecut perut dia baca sms saya haha. Dulu sms je hokay. 2009 kot.

Memories of my last pregnancy haha.

Laila dalam banyak-banyak benda aku ada di dunia ni.

Aku bersyukur ada kawan nama Sharifah Norlaila.

A loud girl from Pekan with that Pekan dialect that influences everyone to cakap Pekan macam “tak mboh” bagai.

Kau tahu kawan kau influence yang kuat bila kau cakap bahasa dia haha.

Laila, I love you.

Have a smooth delivery.

Ya Allah she is a good friend of mine.

Please protect her and her twin.

Amin Ya Rabb.

4 thoughts on “Friends till jannah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge