Hi blog.

Taip beberapa posts lepas tu tak publish.

Minggu ni macam-macam juga tapi malas nak layan.

Baru-baru ni masuk blog Peliks – Maria Elena, antara blog yang saya suka sebab modest, cerdik (i think she holds Master in engineering ke macam tu), baik, merendah diri walaupun lawa, glamer, pakai pun sempoi aje (my style haha). Pandai tu bukanlah orang yang dia ada 1001 kepandaian, kepakaran ke, tapi pandai bagi saya adalah macamana dia melihat satu-satu perkara tu dan menceritakan dengan jujur dan tidak berniat melukakan hati orang lain. Pandai in that sense. Tak semua orang ada tu.

So Maria ni cerita pasal kawan baik dia meninggal dunia. Walaupun saya tak kenal Shea Rasol tu sape, I cried reading her post. Cerita Maria ni always telus, jujur, benar dan itu sahajalah satu-satunya cara untuk kau memenangi hati pembaca/ follower kau despite whatsoever kepakaran/ teknik menulis kau ada – kejujuran. Hati manusia ni pelik tau kita boleh sense kejujuran dalam penulisan, walaupun kau tak pernah pun jumpa orang tu.

Lepas tu saya baca blog arwah Shea Rasol tu pulak. Biasalah jiwa Nancy Drew akak ni tak dapat dibendung untuk membuat penyiasatan. Bagaimana Shea ni cerita pasal sakit kanser dia, bagaimana dia redho, bagaimana mak dia setia teman dia turun naik hospital- I cried again.

Bagusnya bila dia ada blog mak dia family dia boleh baca bila rindu. Bila saya tulis blog saya selalu fikir kalau saya tak ada anak-anak saya boleh baca, jadi saya mesti tulis benda yang baik-baik. Manalah tahu nanti bila anak-anak saya dah besar, diaorang terjumpa tulisan-tulisan saya yang lama. Mungkin diaorang rindu kat saya ke masa tu.

Kadang segan juga nak tulis membebel-bebel dekat blog ni. Tapi saya rasa blog ni lah satu cara orang-orang yang ingat saya membaca cerita saya since I ve logged out Ig dan Fb lama dah. Cerita-cerita yang mencuit hati perlulah ditulis supaya kita boleh baca dan ketawa (or nangis?) sama-sama atau sorang-sorang satu hari nanti.

Manusia suka baca cerita kan.

Cerita yang tulus dari hati.

Jumpa lagi blog.

Make the best of the last days of Ramadhan.

Bye!

2 thoughts on “Peliks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge