Cara ubati kucing sakit mata-tak perlu ke klinik!

Hai blog. Rindu dekat blog. Kalau tak menulis tu maknanya sibuk sangatlah, dan banyak kerja luar. Sejak minggu lepas dia punya pressure memang tahap urm malas nak tulis tapi mujurlah minggu ni dah nak berakhir. Cuma gambar-gambar ni dah lama tersimpan dalam phone baiklah saya share cara ubati kucing sakit mata dekat rumah je, so tak payah jumpa doktor or pergi klinik. Best tak? Akak tau korang sume malas jumpa doktor kan hehe

Ok PERINGATAN dekat sini. Cara ni untuk peringkat awalan sakit mata aje. Macam, mata dia merah, berair dan bertaik mata aje. Kalau dah ada gelembung ke, selaput ke mohon pergi klinik sebab kita bukan doktor ok. Penat doktor belajar lama-lama dah semua perubatan kau nak buat sendiri mesti dorang kecewa. Motif kau tak nak support industri veterinar sedangkan kau suka kucing? —> akak memang suka membebel. Biasa kalau cuaca terlampau panas, atau bergaul dengan kucing luar ke, kucing kita memang mudah kena sakit mata.

Ok intro sekarang saya ada pelihara seekor lagi makhluk nama dia Lily. Lily nama glamer tapi nama betul dia adalah LEMBU. Ya Lembu. Sebab badan dia tompok hitam putih macam lembu Fernleaf. Lembu ni anak kepada Lulu milik adik ipar saya tapi satu hari Papa cakap:

Mama, dak amy cakap mintak tolong kita jaga Lembu.

Ha. Kenapa pulak. Ala pening lah Mama ni dah lah semput —> tetiba bagi sebab ni

Tak sebab dak Lembu dia sakit mata dak amy takut dia mati nanti sebab adik-beradik dia banyak dah mati.

What. Kenapa tragis sangat kisah hidup kau Lembu. I cannot tahan okeh. Plus durhaka cakap suami is never in my life’s dictionary —> ewah tetiba. So dipendekkan cerita dak Lembu pun datang, dengan mata yang merah berair bertaik mata bagai. Akak ni dah lah clean freak bagai menilik kau ada kutu ke, terus Papa semburkan ubat kutu haha. Lepas tu Papa toilet trained dia memang sadis kena kurung dalam toilet dua hari macam tu (ye ye ada lepaskan keluar jugak) kau dengar dia panggil-panggil suruh bukak pintu tu. Akak ni muka ketat tapi hati tisu ok. Papa tu pulak muka kemain soft lagi bila kucing nangis panggil-panggil dia cakap – ala biarkan je Ma, dia ok tu. Dasar hati lelaki. Kental sungguh haha.

So bila dia dah membuang dalam toilet tu, kita dah selamat. Biarlah dalam 2-3 kali ke so dia akan sentiasa membuang kat situ. Di samping tu Papa ada jugalah buat treatment untuk mata dia dengan gunakan alatan berikut:

  1. Sediakan putik kapas/ cotton buds/ tisu muka lap mekap orang perempuan tu

Ok lembapkan kapas dengan air dan lap lebihan taik mata, air mata pada kucing. Buat dengan kerap juga. Guna kapas yang berlainan untuk setiap mata.  Ini basic kalau kita pun sakit mata, jangan tisu lap mata yang sakit tu, pergi lap jugak kat mata sebelah. Ni doktor yang ajar dulu, jangan guna kapas/ tisu yang sama untuk mata lagi sebelah. Walaupun dua-dua memang sakit. Sebab kau tak tahu bakteria mana lebih banyak. Dan sekali lap aje pada mata, buang cotton bud/ kapas tu. Mohon jangan berkira dengan makhluk Allah ok. Ulang lagi sampai puas hati. Pastikan mata dia nampak bersih sikit bila kita buat prosedur ni.

Lembu masa mula datang mata dia memang merah dan sentiasa bertaik juga. Kadang-kadang melekat. So Papa bila lepaskan dia dari toilet main-main dengan dia akan sentiasa bersihkan mata dia dengan kapas macam ni.

2. Guna ubat penitis mata/ ubat salap mata (eye ointment)

Baiklah kalau kita sakit mata biasa kita dapat ubat titik atau ubat salap mata kan. Jangan buang tau ubat ni walaupun dah lama sebab kebetulan saya dengan Aiman kena sakit mata bulan 2 hari tu. Aiman bahagian kelopak mata atas macam ada buntil minyak, saya pulak bawah mata tu bengkak. Jadi ubat titik yang diberikan tu valid untuk sebulan aje. Cuma nurse tu cakap ubat ni jangan buang. Lepas sebulan dia boleh bertindak macam antiseptik untuk luka, kira berguna lagilah. Masa ni Aiman pergi klinik pakar mata swasta dekat Jalan Munshi Abdullah.

ubat kucing sakit mata

Tapi kalau korang tak ada ubat ni cuma beli set-set ubat titik Eye-Mo dia ada yang strong punya untuk mata yang kegatalan atau merengsa macam tu. Atau beli je ubat sakit mata dekat farmasi.

ubat kucing sakit mata

Kesian kan muka dia masa ni pasrah aje. Ini dah berapa kali buat juga ni sebab tu nampak bersih sikit mata dia. Tapi sebenarnya masih merah dan bertaik lagi. Boleh nampak kesan taik mata kering kat tepi mata dia tu.

ubat kucing sakit mata

Bukan main dak Papa jadi doktor haha. Dia ni suka buli kucing tapi sayang budak-budak tu. Dengan saya aje dia tak boleh buli tapi kena sayang sepenuh hati hehehe —> mohon jangan muntah batal puasa

ubat kucing sakit mata

Haha kelakar tengok gambar ni. Macam alien pun ada. So macam nilah ya rupa dia bila letak ubat tu. Boleh letak ubat salap tu juga (yang macam jem tu). Asalkan masuk aje ke dalam mata dia, kita berada di jalan yang benar.

ubat kucing sakit mata

Haha yang ni masa Papa spray ubat kutu. Mengamuk dia maybe sebab rindu mak dia Lulu, kena kurung dalam toilet beberapa jam sehari, kena letak ubat titik mata whatzehel diorang ni. I want Papa Amy! I hate uolls!—> barangkali itu getus hati kecil Lembu. Ciannye dia.

Ini mak Lembu – Lulu! Masam kan muka dia. Rasa nak lempang aje tengok hehe. Lembu ni kitorang tolong jaga je sampai dak Amy kahwin hujung tahun ni. Lepas tu Amy duduk rumah sendiri senanglah nak bela dia. Kalau sekarang banyak sangat kucing dekat rumah sana jadi memang tak terjaga dan tervaksin juga. Amy ni sayang sangat dengan dia sebab yang lain dah di ambang kematian sakit mata teruk. So diserahkan kepada kitorang sebab dia tengok kitorang bela dan menyayangi si gemuk bersinglet ni.

ubat kutu kucing paling best 4

Live testimony : Tommy.

“Kadang-kadang saya benci keluarga ni sebab Mama marah-marah bila kacau dia masak dan theyols suruh saya pakai singlet whatzehel ini. Tapi saya akan balas dendam dengan kacau Mama masa dia mengemop dan kecahkan buku sekolah Kak Ica. Gigit kaki Papa masa dia tidur pun best. Aiman pulak asyik main bola tapi layankan aje. But overall I love them.  Dorang suka manjakan saya, garis lilit perut saya pun dah bertambah-tambah whatever and erm kadang dorang lepaskan saya untuk skodeng tupai dengan syarat-balik sebelum senja. Never disobey Mama and you’ll be fine here.

Love, Abang Tommy

p/s: Mama good mood nanti dia bagi ayam goreng yeay!”

So kita dah bersihkan mata Lembu ni dia semakin ok. Manja pun ye juga dia ni. Kadang kecik besar, kecik besar jugak tengok dia ni mengacau orang menyapu, masak ke. Macam kan tak ada tempat lain nak main.

Tip paling utama bila nak ubati kucing sakit mata adalah:

  1. Asingkan dia dari kucing lain terutama kucing jalanan
  2. Pelihara dalam rumah/ tempat bertutup sebab tak panas dan cuaca panas buatkan bakteria lebih cepat merebak
  3. Sentiasa bersihkan mata dia dengan tisu dan letak ubat titik/ salap
  4. Jaga kebersihan tempat tinggal dia

ubat kucing sakit mata

Hai uols. My name is Lembu Lily. I am kinda foster daughter to Papa Faizal and Mama Dalin (entahlah nama glamer katanya Dalin. Jangan derhaka walaupun kepada ibu angkat ok).

Belum vaksin lagi sebab sekarang macam selsema sikit. Tahu kan kucing selsema tak boleh vaksinkan dia. Kena tunggu sihat. Tak tahulah apa home remedy medication Papa kau nak buat nak. Kau pasrah ajelah.

ubat kucing sakit mata

“Kacau orang mengemop is the best thing ever ya know. Bila Mama sampai je, kita tangkap helaian mop tu dan yeay bergayut ke sana-sini. Bila kau tengok muka Mama dah hijau ke, yes just run like mad for your life.

p/s: Mama will eventually find you. She’s a witch. Hate her!”

Bila kau dah bela ni, kau tak rasa sayang ke? Mestilah. Lagi pulak tahu kau kena return dia hujung tahun ni. Aiman dan Ica dah merembes-rembes dah kalau bukak topik ni. Siap nak gantikan dengan seekor lembu sebenar. Kau ingat Pak Busu Amy kau nanti duduk dekat ladang ternak???

ubat kucing sakit mata

“Hai Lembu. This is Mama. Kalaulah satu hari nanti Lembu nampak Mama, Papa, Ica dan Aiman di persimpangan syurga atau neraka or we are really in big trouble, may you stand up and tells Allah swt that these persons help you to clean your eyes and love you unconditionally in this world. We may not be the most perfect foster family for you but:

WE LOVE YOU!

May you grow up to be a perfect Lembu for Pak Busu Amy. This will be a great wedding gift eh–> jimat belanja.

Setiap kali saya keluar dari kedai runcit, kalau ada kucing dekat luar saya akan cuba patah balik beli makanan kucing peket ke dan bagi dia makan di kaki lima. Masa bagi makan tu saya akan cakap Hitam/ Kelabu (or whatsoever name you create on the spot) tolong doakan keluarga Mama okeh. Doakan kita semua selamat. Kita jumpa lagi nanti di akhirat –> sebab kau tak pernah tahu perbuatan mana yang akan selamatkan kau di sana nanti. We just need more witnesses. Kadang doa dari stranger begini selamatkan kau sejak di dunia lagi.

Oh this is a very long post. Tq baca post cara ubati kucing sakit mata – tak perlu ke klinik lagi. Yeay!

Disclaimer: Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Jika kucing anda benar-benar ada sakit mata yang bahaya dan berterusan, sebaiknya dibawa ke klinik untuk rawatan. Saya tidak akan bertanggung-jawab atas apa jua kesan dari post ini. Bye!

One thought on “Cara ubati kucing sakit mata-tak perlu ke klinik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge