You + me = selfie!

Hai blog.

Bila naik tangga masjid nampak adik-adik kakak-kakak tengah senyum manis bertelekung sambil selpie.

Masjid dekat rumah ada mezzanine floor ewah nama nak up aje padehal separuh tingkat bahagian atas so kita boleh nampak jemaah lelaki tengah solat kat bawah tu. Kat bawah biasanya adalah golongan terrrbaik yang datang awal dan golongan warga emas. Akak pulak biasalah dari zaman mrsm (eh budak mrsm ramai jahat ke sekarang why?) mestilah hegeh-hegeh ke surau haha. Kalau dulu sibuk bergurau senda di balkoni blok asrama di senjakala dan juga dengan Tantan bilik sebelah, sekarang pula hegeh sebab nak tunggu lagi 3 orang nak siap. Iyelah ni dah siap, yang tu pulak pergi toilet. Gitulah.

Golongan atasan dekat mezzanine ni biasa yang muda sikit ewah yang urban sebab kita bagi can ruang bawah untuk warga emas tadi. Habis kesian nenek-nenek nak naik tangga curam ok #fat to fit 2017. Lepas tu atas tu lapang akak kan bawa si princess Ica di samping pertemuan dia dengan rakan-rakan sekolah agama, sekolah pagi lagi. Aiman sudah pasti bergumbira dekat bawah dengan Mizi sepupunya serta rakan-rakan sekolah yang lain. Saya ok je budak-budak pergi masjid asalkan jangan bising sangat, lepas tu time solat sila solat. Tahun ni adalah tahun pertama Ica suka sangat pergi terawih sebab kawan-kawan dia ramai kat sana. Selalu muka dia memang penyesalan sangat jadi kita pun rasa stress juga dia dah tak keruan kat belakang kan.

Saya takde masalah orang nak selpie ke kat masjid. Sebab sekurang-kurangnya dia dah ke masjid. Bukan senang nak tergerak hati ke masjid. Kadang kau rasa cam susah aje nak berhangkut lepas tu kau give up. Lepas tu muka kat sana semua bersih takde mekap macam suci aje. Telekung pun sekarang macam-macam kaler memang comel semuanya especially budak-budak. Cuma risaukan hilang aje phone tu sebab penyangak memang ramai, pak imam dah pesan dah hati-hati. Telekung sama labuh, warna lain-lain kan….

Semalam sorang budak ni amukan sebab mak dia tak siap-siap lagi sembahyang. Dia dah berguling-guling, bukak tudung, peluk kakak dia yang sekolah rendah sampai nak jatuh kakak dia. Saya pernah lalui benda macam ni tapi lain sikit bila anak saya pergi merayau satu masjid lepas jumpa kawan. Yang kita ni dah terteleng-teleng pandang dari ekor mata. Lepas tu dia nangis nak pergi kat Papa dia kat belah lelaki—> daddy’s girl. So semalam saya macam fahammm sangat apa mak dia rasa masa tengah sembahyang tu. Rasa macam nak cepat habis, nak berhenti ke macam tulah. Sampai satu part kau rasa Ya Allah salah ke aku bawak anak aku pergi terawih? Aku pun nak beribadat juga.

Habis solat saya pergi kat Ica yang tengah lepak dengan kawan dia. Dia dah solat Isya’ jemaah dia buat mesyuarat tingkaplah apa lagi haha. Jumpa si Sakinah yang comel, Alisya Maria dan a few lagi sambil makan jajan. Ica pergi masjid bawak bekal okeh seperti kuih lapis yang dia buat sendiri, coklat, gula-gula. Gelihati dengar diaorang ni berbual macam:

Awak tahu tak, saya yang buat kuih lapis ni tau…

Eh cantiklah telekung awak comellah awak Sakinah…

Girls kan. Asal tak pasal makanan, pasal baju haha.

So saya ambik cokelat dekat Ica, bagi dekat budak yang amukan tadi. Terus dia terdiam lepas tu mak dia senyum aje kat saya. Terus dia diam tergolek-golek kat belakang mentara kitorang nak habiskan witir ni.

Saya ingat pernah baca di FB Wardina dia cakap ada satu masjid di Bukit Antarabangsa ada macam playplace for kids masa terawih dan ada orang jagakan budak-budak ni. Dah lama ni maybe 4-5 tahun lepas kot saya baca. Saya macam amazed sebab idea tu memang win dan orang yang jaga tu pahala dia besar juga sebab membantu orang lain beribadah dengan tenang. Mungkin gilir-gilir lah agaknya kan.

Lepas tu saya terbaca ada 1 masjid dekat Selangor dia ada library jadi budak-budak boleh pinjam buku, baca buku lepak dekat situ. Ini pun win. Terus terbayang kalau ada kat sini mesti boleh letakkan buku-buku yang uptodate mesti budak-budak ni diam aje sambil membaca kan. Tapi tulah ini idea aje dah kenapa kau tak utarakan kepada ajk masjid? Sebab malukan muka kau setahun sekali je kat sini T_T —> malu tak bertempat #bekas pustakawan

Saya selalu berangan Aiman kan suka sports kalau ada gelanggang takraw, futsal ke tepi masjid mesti budak-budak ni suka pergi tanpa disuruh-suruh bila azan je Pak Imam panggil ha masuk-masuk azan. Macam best je angan-angan tu. Waktu solat, solat. Waktu bermain, main. Tutup aurat. Malam boleh main ping pong, badminton ke. Dapat pulak lawan Tok Imam and the gang. Ha kau ingat Atok tak power dulu-dulu? Sekali Atok libas, terbelit kau dekat net takraw ni nak ambik #Atok pun nakal dulu-dulu cu

Untuk ubah mentaliti masjid yang kurang suka kanak-kanak ni adalah kita lah. Golongan pertengahan. Jangan kata tua ok, never. Untuk jadikan masjid the best lepak place ever. Kau nak bersukan ke, mencarigali ilmu ke, belajar internet ke, mengaji ke, rasa sedih ke, kat sanalah kau pergi.

Mendidik anak-anak ni perlu mengikut zaman diorang. Zaman dia adalah zaman gajet, dorang suka benda mencabar dan lagi satu, rasa dihargai. Kau bawak mula-mula dia amukan, lama-lama dia ok kalau tahu nak comfortkan dia macamana. Saya pulak fikir kalau masjid benarkan, saya nak sediakan almari candy tapi untuk yang solat aje. Tapi nenek-nenek takut tak suka takut karang sepah ke kan. Entah apa-apa punya idea lah haha..

Kalau kau pernah berada dalam situasi amukan, kau akan faham bila orang lain sedang alami. Manalah tahu mak dia teringinnn sangat nak solat jemaah so kau tolong comfortkan dia. Simpan candy ke choc dalam beg/ poket. Tapi nak bagi tanya mak dia dulu ada budak yang alergi kan.

Saya memang takde isu orang nak selpie dekat masjid atau bawak anak pergi masjid. Sebab bukan mudah tau seseorang tu nak terbuka hati ke sana. Perkara yang mula-mula kau buat sebab saja-saja, terpaksa, atau kau pun tak tau apa kau buat, lama-lama biasanya akan datang perasaan suka tu sendiri. Sebab tempat tu istimewa, rumah Allah kan. Apart from Legoland, waterparks etc, inilah memori yang kita nak tinggalkan untuk anak-anak kita —> gembira ke rumah Allah.

xxxx

Yang penting kau jangan snap gambar akak.

Akak camera shy ok.

Excuse me tolong tepi sikit, tolong tepi sikit.

Ok bye!

5 thoughts on “You + me = selfie!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge