Antara keropok Bika dan aircond masjid

Hai blog.

Selamat berpuasa.

Just need to type something now.

Puasa so far so good. Kali ni jatuh masa cuti sekolah jadi kuranglah risau besok anak nak pergi sekolah ke apa ke. Bulan inilah biasanya ada nampak muka saya ke masjid (dasarrr) sebab bulan lain erm entahlah macam-macam alasan dibaginya nanti -_-” .

Anak-anak saya puasa dari darjah 1. Siapa pernah teman anak puasa boleh fahamlah kan. Penantian.. pengertian (tahu tak lagu ni dulu) sebab budak-budak ni setiap 10 minit tanya bila nak berbuka. Ica hari pertama sampai nangis-nangis, lepas tu balik kampung teman Atuk pergi bazar pulak. Sedap sangat murtabak tu siap ada list tulis nama berhelai-helai saya tunggu dari 5.30 sampai 6.40 baru dapat 2 murtabak ayam. Ayah tulis nama lepas tu saya suruh ayah balik dulu meh saya gantikan —> macho konon. Saya hanya pergi bazar kalau balik kampung je sebab Ayah suka sangat pergi so teman dia. Kalau rumah sendiri dah berapa tahun kot tak pergi. Malas, pening bersesak-sesak tu kalau pergi pun Papa dengan budak-budak. Risau juga dengan kebersihan cuci ke kulit telur tu, minyak tu yang recycle ke eh entahlah kompleks sungguh saya ni jadi abaikan haha.

Jadi hari pertama Ica bila nak berbuka tu ada Keropok Bika atas meja, lepas tu ice cream Paddle Pop. Itu permintaan dia masa buka nanti. Ha kepada ibubapa skematik jangan nak cemuh akak ye bagi makan junk food kat anak masa buka. Ya dia kena makan nasi dulu baru boleh makan benda lain. Biasalah budak kecik semuanya teragak nak makan kesian pulak. Teringat dulu Aiman dia mat biskut (sebab dia suka makan biskut) bila waktu buka atas meja mesti ada biskut bentuk teddy bear coklat tu lepas tu ada Tam Tam keropok ketam haha. Adoi sama pulak dia duaorang ni. Atuk Manap dia memang perati aje sambil menegur itu ini biasalah akak buat bodoh aje haha. Orang tua kan semua nak risau. Ha Aiman sekarang dah kuat makan hari-hari tanya soalan Mama nak masak apa hari ni hehehe —> mama kau kadang tak tahu nak nangis ke ketawa sebab terharu sangat -_-”

Masa terawih dekat kampung, teringat perbualan dengan Ayah tahun lepas. Masjid dekat kampung saya ni kecil aje tapi best sebab ada aircond. Berbeza dengan dekat rumah saya, besar tapi tak ada aircond. Jadi masa borak-borak saya pun tanyalah Ayah:

Ayah, bil elektrik masjid tu biasa berapa? Sejuklah best aje semayang.

Oh itulah. Bil elektrik tak pernah sampai kat Ayah. Dah bertahun-tahun. Tak tahu siapa yang bayar.

Ayah pengerusi masjid kat kampung. Jadi segala surat-menyurat ke sampai dekat dia dulu. Saya macam fuyyo jeles sungguh dekat orang tu sebab sedekahkan bil aircond untuk keselesaan orang solat di sepanjang tahun. Betul-betul saham akhirat kan.

Dan saya sebagai Nancy Drew si penyiasat yang memang tak bertauliah cakap:

Yah, kalau nak tahu sape kan kita boleh tanya kat TNB Yah. Tak pun kita tahan abang yang hantar bil tu hehe…

Ayah senyum aje.

Takpelah. Dia pun tak nak orang tahu agaknya. Nanti kita tahu jugaklah satu hari nanti.

Dusshhh. Padan muka. Kepochi haha. Itu cara seorang ayah menangani anak perempuan kaypochi tahap black belt haha.

Till we meet again blog.

Jangan lupa jadikan Ramadhan ini yang paling bermakna sepanjang kita hidup di dunia ni.

Pemberian yang kecil, kalau itu yang terakhir kau ada dalam wallet pada hari tu, mungkin setinggi gunung di akhirat nanti.

Bye!

x Nancy Drew

4 thoughts on “Antara keropok Bika dan aircond masjid

  1. Titan: Wah tu lagi hebat sediakan air minum lagi. Banyak betul pahalanya nanti.
    Betul, masjid sekarang memang selesa sangat, banyak yang diubah untuk keselesaan tetamunya. Bahagian perempuan sekarang dah tertutup betul, laluan diubah. Dulu nak pergi toilet/ amik wuduk pun tak selesa. Memang bestlah.
    dalin recently posted…Antara keropok Bika dan aircond masjidMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge