Shine bright like a…

Hai assalam. Selamat berpuasa.

Sekarang pukul 10 pagi, puasa pertama, tengah teman Aiman study English. Ica dah pergi tuisyen dengan cikgu India dia. Malas juga nak pergi tu dari semalam cakap nanti dia penat puasalah, homework tak siaplah sambil tidur dengan linangan air mata. Alahaiii dramanya anak Mama ni. Sekali tengok homework dia kena tampal sifir kat buku aje. Budak perempuan macam ni lah kan benda kecik jadi besar yang amat haha. Tengok Aiman rilek je kalau tanya- Abe ada homework ke Bro?

Abang rasa takdelah Mama….

Ye ke? Apa kata Mama check beg tu kejap… 

Eh jap jap. Rasa macam adelah Abang baru teringat.

Ewah ewah ewah senang betul hati dia menangani kehidupan ini ya. Itulah lain anak, lain perangai ya. Perangai kita macam mana pulak? Kenalah tanya mak bapak kita ye tak hehe

Ingat tak yang arwah Abang Wan saya beritahu dah meninggal hari tu. Bajet orang follow cerita kau lepas tu cakap Ingat! -_-” Cerita-cerita yang saya tulis dekat sini biasanya yang meninggalkan impak dalam kehidupan saya sama ada pada hari tu atau  selama-lamanya.

Dipendekkan cerita, wakil kelas kita Nizam buat appointment untuk jumpa Kak Niza ni di Melawati. Dia bekerja di pejabat kerajaan rasanya. Kelas ada buat collection jadi Nizam ni wakilkan untuk passkan kepada Kak Niza. Saya hari Jumaat masa tu ofis bagi cuti sempena Ramadhan (saayang boss) tapi kena pergi court pagi sekejap sebab court tu bukan saya punya kalau tak dah tentulah saya tangguhkan semua kes sempena percutian saya. Jadi bila proses Nizam ni nak hantar tu dia update lah dekat whatsapp group. Ramailah yang pesan kirimkan salam semua.

Kemudian masa saya dalam kereta Nizam post gambar Kak Niza ni terima sumbangan kelas tu. Masa lihat gambar tu mata saya bergenang-genang korang mesti bajet sebab saya syahdu amats teringatkan arwah kan? Tapi bukan sebab itu…

Saya bergenang air mata sebab imej yang saya nampak di paparan telefon saya tu adalah seorang wanita berjubah longgar, berniqab, manis sangat dan dia tersenyum (dari riak mata dia). Dalam hati saya cakap Ya Allah redupnya wajah kakak ni. Sama seperti arwah suami dia yang sentiasa tersenyum aje melayan perangai kitorang ni mana yang tak tahu/ malas nak siapkan homework dia buatkan support grup, mana yang huru-hara dekat grup takde pulak dia tegur marah-marah ke. Abang Wan is so supportive of everything itu sahaja yang saya ingat sehingga tika dan saat ini.

Entah kenapa di hari Jumaat penghujung Syaaban tu terdetik dalam hati saya bahawa Abang Wan ni di tempat yang baik-baik, melihatkan kepada isteri dia yang sangat redup mata saya memandangnya ketika itu. Selalu dengar sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah barulah pada masa itu saya betul-betul memahaminya….

Bila kita enjoy hidup kita kagum dengan keindahan fesyen dan orang yang cantik-cantik. Bila ada kematian barulah saya teringat keindahan ini yang sebenar-benarnya. Kadang orang tu dia tutup semua tapi Ya Allah nampak cantik sangat dia.

Bukan mudah untuk mendidik hati berbaju longgar, bertudung labuh, berstokin. Kadang kau rasa nak baju/ seluar ada cutting sikit sebab debby (debab), tudung tu dah labuh elok dah nak pendek sikit baru kena pakai dengan kemeja. Kekemasan gitu kononnya.

Abg Wan you did a good job. Your wife shines bright like a diamond. Semoga dia dan anak-anak Abang Wan sentiasa menjadi cahaya penyuluh Abg Wan di sana. InsyaAllah.

Semoga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kita ke arah lebih baik juga.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge