You me and Cella

Hai.

Recently saya terjumpa satu blog masakan yang best.

Dia ada semuanya dari resipi tradisional, resipi ala-ala moden (sushi bagai), tip simpan herba supaya tahan lama, resipi kuih lapis dan kuih serabai yang saya cari hehe.

Dah umur-umur macam ni gigih pulak nak buat makanan tradisi haha.

Kekiutan blog ni adalah yang bagi resipi tu mak dia, so anak dia rekod resipi tu hampir setiap hari ditambah dengan cerita-cerita lama mak dia. Love it.

Cara dia masak pun ada step by step, macam senang jek nampak, ada resipi guna santan kotak, santan fresh. Special sebab mak dia bekerja jadi boleh relate bila dia cerita ha tadi balik mak aku belum sempat bukak tudung lagi terus pegi masak nasi —>win. Beginilah pemikiran mak-mak ya secara jujurnya pegi masak nasi dulu baru semayang Asar sebab karang askar balik muka dia tak tahan bila tanya Mama dah siap masak ke Abang dah lapar ni hehehe sambil 13x tinjau tudung saji.

Setiap hari adalah cabaran Masterchef mak-mak. Biasa ada masa lebih kurang 1 jam lebih sikit je untuk masak + kemas dapur atau Papa akan takeover malam karang.

Blog ni rare sebab anak dia tulis resipi mak dia kasi. Dan mak dia punya skil korang akan tahu bila baca blog ni. Ada skil egg benedict siap masakan Filipina pun mak dia kaji. Itu belum Jamie Oliver bagai. Ada masa dia balik kampung dia cerita pasal kebun nenek dia, serta merta rindu kebun Atuk yang weols petik pucuk ubi, camping situ dan masak dalam tin sardin hurmmmm….

Banyak juga resipi yang ingatkan saya dekat masakan Mak. Resipi buat kuih lapis dia senang je kukus guna periuk nasi. Buat pun tak yah banyak sekali ngap je. So itulah saya cakap macam senang je guna je apa yang ada dekat dapur.

Walaupun adik ni sekolah lagi, dia menulis pun ok lah bahasa tu I ok je orang tak skema jangan jenis yang tulis diew, dy, kenapew tu hakak benci -_-” . Kau nak guna shortform mohon yang difahami masyarakat ok. Ingat lagi masa kursus Fb Ads Cikgu Aziz cakap sila jangan tulis bahasa budak-budak Wechat. Dia kata ada shortform yang orang faham macam uols ke sebab dia pun guna heheh.

Adik ni nama dia Cella. Dia ada keistimewaan blog yang tak semua blogger ada:

  1. Niche – keistimewaan blog dia pasal resipi mak dia masak. Ini rare
  2. Konsistensi menulis. Yang ni ramai gagal termasuk penaung blog ini sendiri. Dia macam dah blogging sejak sekolah rendah saya rasa kalau konsisten blog dia akan jadi macam blog Mat Gebu dan lain-lain
  3. Blog dia share gambar step by step takde pic beria macam dalam magazine so kau less the stress apesal orang ni masak cantik sangat plating dia, bahan-bahan dia pun cantik -_-” . Tak tahulah orang lain tapi saya prefer blog masak yang natural macam hakak-hakak masak kat rumah je. Kuali lama bawah hitam paling sedap goreng sambal tau haha.

Kau akan baca banyak blog tapi ada sesetengah blog buat kau datang balik. Biasanya sebab:

  1. Blog tu memang best
  2. Dia update setiap hari
  3. Blog tu jujur

Blog ni merendah diri, mak dia misteri, dia share every story tentang masak.

Love it.

Now sharing it with you.

Dah banyak kali cuba resipi dia memang sedap. Now I have more organized kitchen/ herbs. Please keep on writing Cella and tq makcik Mak Cella.

Say hi to namakucell.blogspot.my.

6 thoughts on “You me and Cella

  1. Salam Ramadhan semua…
    Alamaks…malunyer kiter
    Apapun alhamdulillah & tq sis….kerana sudi baca…
    Salah dan silap kiter minta maaf

  2. Hai Cella. Salam Ramadhan. Ah Cella takde salah pun. Dah tentu akak gigih ke blog Cella hari-hari intai resipi Ramadhan ini hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge