From zero to hero…

Pernah tak seseorang keluar dari grup Whatsapp korang? Pernah tak tertanya kenapa?

Dulu kawan saya Elly kita duorang terperangkap dalam satu grup ni. Habis dia cakap dia akan leave grup tu tengah-tengah malam sambil membuat ucapan selamat tinggal blablabla. Dan bagi alasan kenapa dia keluar grup tu. Memang betul dia leave grup pukul 3 pagi dan banyak emoticon sedih yang timbul pagi tu heheh. I just smile sambil kata kau dah selamat Elly bedebah kau tinggalkan aku di sini haha

I left few groups juga macam grup budak kelas form 5 yang asyik bergaduh macam kau umur 18 tahun lagi, lepas tu dari pagi ada ucapan + gambar Assalamualaikum Good Morning sampailah malam ada ucapan dan bergaduh pasal politiklah tengah-tengah malam. Itu ok lagi. Paling spoil mood bila bukak lawak malam Jumaat malam Sabtu lepas tu dok kenen sape minat sape masa sekolah dulu. I macam whatzehel ini semua dah tak sesuai ok selain bukan mahram, masing-masing dah berkeluarga, tidak memberi munafaat so I gunakan teknik Elly ucap selamat tinggal tapi waktu pagi sambil beri alasan jaga Mak sakit masa tu. Mak memang stay rumah masa tu sebab kena stroke so tidaklah I menipu khens. So itulah kejayaan tersohor 2016 meninggalkan grup yang tidak bermanfaat dalam kehidupan.

Mac lepas dalam grup saya belajar dengan Irfan Khairi dulu (kita panggil IK) saya perasan ketua kelas kitorang left group. Nama dia Abang Wan Azhan. Group ni antara yang annoying juga kadang-kadang tapi I masih boleh bertahan lagi. Abang Wan is one nice guy yang umur dalam 50+ macam tu, dealer kereta Perodua dan semua assignment dengan IK dulu dia antara yang menepati masa kira boleh geng dengan I yang skematik diagram ini (skematik diagram is the way I call myself bila I skema ok). Ada juga tertanya eh kenapa dia left grup tapi biasalah orang tukar nombor semua kan. So semua orang teruskan hidup macam biasa. Sibuk + lupa pun iya nak tanya dia.

Sampailah Rabu lepas, ada seseorang paste screenshot dekat grup ucapan takziah tag dekat fb Abang Wan rupa-rupanya Abg Wan dah meninggal Mac lepas. Saya masa baca tu memang terdiam sebab memang tak sangka dan teringat kali terakhir jumpa dia adalah masa konvo. Dia sibuk tanya Dalin ni siapa, Diana ni siapa pulak. Dia tak tahu Diana dan Dalin ni orang yang sama iaitu saya. Biasalah I macam artis ada nama glamer. Kemudian tahun lepas dia ada call saya ajak join gathering kelas dan saya tak dapat pergi sebab mak ada operation angio di IJN masa tu.

Jadi rupanya isteri dia keluarkan no Abg Wan dari grup Whatsapp tu sebab dia dah meninggal. Dan kami hanya tahu setelah 2 bulan berlalu.

Saya masih ingat ucapan Abg Wan masa hari terakhir kami belajar di IKSB sebagai ketua kelas. Masa dia buat ucapan tu semua orang terdiam. Antaranya “terima kasih kepada Irfan Khairi, Mohd Zulfadli, Naiim Ahmad, Naim Marinin, Amim Najmie, Aman Safuan kerana mendidik kami from zero to hero. Ada yang tidak pernah kenal apa itu membina website dan perniagaan internet telah berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit sewaktu masih belajar di sini lagi. Anda semua mengajar kami from zero to hero…”.

Semua orang boleh menulis ucapan, tetapi tidak semua boleh memberi ucapan yang menyentuh hati semua orang termasuk IK. Saya percaya semasa menulis ucapan tu Abang Wan membayangkan perangai 40 orang batch kami yang macam-macam perangai yang becok, yang forever tak faham, yang suka buat lawak arnab dan paling tak lupa emotikon-emotikon ketawa dan lawak-lawak sepanjang kami semua belajar. Tidak ada satu pun kenangan tak baik tentang arwah yang ada hanyalah senyuman, gelak tawa dan muka dia bila dia tahu Diana dan Dalin adalah orang yang sama dalam dewan PWTC hari tu heheh.

Saya rasa itulah objektif kita dalam kehidupan juga kan. I read once at Fb Tazkirah net bahawa perkara paling baik adalah apabila kita pergi, orang mengingati perkara yang baik-baik sahaja tentang kita. Setakat ni saya masih menyakitkan hati orang lain juga. Moga-moga orang lain macam keluarga, kawan-kawan, jiran, officemate dan pembaca tulisan saya akan ingat yang baik-baik juga tentang saya satu hari nanti.

Ketua kelas dah pergi, anak buah pasti menyusul nanti #time is running out.

Minggu depan baru wakil kelas akan jumpa keluarga arwah. I think it will be soothing to know that her husband was the nicest ketua kelas we’ve ever met #must tell her family that.

Bila baca screenshot yang buat kitorang tahu dia dah tak ada tu adalah dari anak murid yang dia ajar memandu 20 tahun lepas. Dia describe Abang Wan adalah orang paling sabar mengajar dan paling baik pernah dia kenali.

Abang Wan Azhan, ketua kelas Prodims 10, terima kasih kerana jaga kelas kita selama ini. Tahu lambat tak bermakna kami lupa dan tak sayang. Abang Wan pergi kerana serangan jantung. Semoga tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al fatihah.

2 thoughts on “From zero to hero…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge